Thursday, January 16, 2014

Novel: Suratan oleh Noorlaila Ghafar

Cam best je hari ni
Cam Jumaat je
(^_^)
senyum lebar maklum le esok cuti
(Jumaat, Sabtu & Ahad cuti, balik kampung best gak ni
kenapa rasa lambat sangat gaji bulan ni, huhu)


Lama dah tak baca novel
tanpa di sangka Isnin lepas terima satu parcel
seseorang yang aku kenal di laman blog
hadiahkan aku sebuah novel
# ini novel pertama yang aku baca untuk tahun 2014
kata KakP, novel ni ditulis oleh kawan baiknya berdasarkan kisah benar 

muka depan novel SURATAN 

Sinopsis :
'versi aku'

Kisah seorang wanita pertengahan umur bernama May Ling, seorang saudara baru
Seorang isteri kepada suami bernama Razak dan ibu kepada 9 anak
Hidupnya sangat bahagia bersama keluarga disebuah negeri di pantai timur
disamping tugasnya sebagai seorang guru

Selepas bersara wajib, suaminya mendapat tawaran sebagai penyarah jemputan
di sebuah universti di negara jiran (Thailand)
berjauhan dengan keluarga, akhirnya sang suami menemui cinta baru
seorang janda warga Indonesia yang beranak 2, bertugas sebagai guru disana

Mampukah May Ling menerima suami yang sudah menemui cinta baru
dan menerima 'madu' dalam hidupnya
Bagaimana May Ling menghadapi badai perasaan sendiri
di samping menangani anak2nya yang memberontak terhadap bapa mereka


err, penamat dia korang kena baca sendiri kot
takkan nak tulis semua kat sini, hihi
pendapat aku, novel ini di tulis dengan baik sekali
membaca novel ni, rasa macam aku ada kat sebelah May Ling
tengok dia menangis malam2 waktu suami bersama dengan madu nya
dan rasa macam aku ada bersama dia sewaktu menunaikan Haji di Mekah
dalam waktu semalaman, aku khatam novel 315 muka surat ni


# aku masih berangan untuk menulis novel sendiri
entah bila akan jadi kenyataan
tajuk dah ada, nama watak pun dah pilih
jalan citer je belum pasti nak tulis tentang apa
hahaha


23 comments:

  1. Kak. Ada masa jugak eh nak membaca. Saya dok mencari waktu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TATA..
      anak dah besar, dah pandai buat hal sendiri
      sempatlah baca novel
      dulu2 masa anak kecik, nak habiskan satu novel sebulan kot ambik masa

      Delete
  2. As-salam irfa..

    membaca sinopsisnya pun hati dah jadi tertawan.. sungguh mengasyikan.. semoga anganan irfa untuk menulis novel sendiri akan jadi kenyataan.. All the best ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK FEA..
      sabar menunggu 'buah tangan' dari akak pulak
      impian saya tu entah bila akan jd kenyataan
      yg pasti bukan masa sekarang :)

      Delete
  3. Hari ni mmg best. Aku klu hari Jumaat, nak bt keje mmg takde mood. Mulalah terlengah sana, terlengah sini. Samalah hari ni pun. Walhal, keje melambak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FARA..
      mggu ni paling best lah kot ;)
      aku pun mood nak wat keje pun ala kadar
      mggu depan lah baru bersungguh wat keje
      hahaha#takbaiknyelah

      Delete
  4. terima kasih irfa tolong review novel kawan kak ni...tahniah irfa berbakat sbg pengulas novel yg baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PARIDAH..
      tq sbb sudi hadiahkan novel tu pd saya ;)
      sekarang novel tu dah 3 orang tengah beratur nak baca
      saya buat ulasan setakat pemahaman saya
      bagi saya May Ling tu tersangatlah baik dan tabah
      bukan senang nak cari wanita tabah dan redha mcm tu di zaman ini

      Delete
  5. haha..geng..tp akak dah ada jln cerita...tp nak nulih tu yg bitamin M myk...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. YONG AISYAH..
      emm saya rasa boleh agak jalan cerita tentang apa
      kisah cinta tak kesampaian antara awek melayu dan jejaka korea ke ?
      gurau je
      # cepat nyorok belakang pintu

      Delete
  6. Baca review macam seronok...nanti nak cari juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS ZAITUN..
      sy suka kisah masyarakat
      novel ni antara kisah masyarakat yg berlaku di sekeliling kita
      cuba lah cari di kedai buku ;)

      Delete
  7. Cepatlah realisasikan novel irfa tu... nanti jgn lupa buat 'lonching' dan ajak saya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS SWEETIE..
      hihi, bila tahun agaknya novel saya akan di 'lonching' tu ye

      Delete
  8. cepatt..mulakan menulis dari sekarang.. boleh vangga ada kawan novelis..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      adoi, ko buat aku tunduk malu
      tengah belajar sign otograph ni
      senang bila novel siap, buleh sign dulu sblom pos
      wakakakaa

      Delete
  9. elok tu. mula-mula tulis blog.
    kemudian try buat certot (cerita kontot) lepas tu cerpen (cerita pendek) kemudian boleh lah keluar novel....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. B-NILAI..
      'cerpen' aku biasa dengar
      'certot' ni pertama kali aku dengar
      hahahah tak tahan nak gelak

      Delete
  10. Mcm hebat bunyinya... aku suka novel yg mcm kamu katakan. Mcm ko berada sebelah dia.. tgk dia nangis mlm2. Baca rangkap tu pun dah buat aku sebak..


    Nak juga.. angan2 nak ada novel sendiri hehehe...


    Nong andy

    ReplyDelete
  11. Macam best je. nak kena cari ni.
    Baca novel ni berhantu. Selagi tak habis, selagi tu takleh buat benda lain.

    ReplyDelete
  12. Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Saya pon suka baca novel. Hehehehhee..tak kira la novel ke buku ke apa ke..rasa tenggelam sendiri kalau membaca...S

    ReplyDelete
  14. wahh mcm best je novel ni..kena cari ni..saye dahla suke cite yang feeling2 sedih ni...huhu

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)