Skip to main content

Kasut Getah dan Kenangan

hallo hallo kengkawan
sebelum berceloteh, nak iklan sikit
stok pemanggang ajaib dah sampai semalam
sesapa yang berminat boleh klik
@ sms @ wsap 016-6116459
*untuk harga kasih sayang*


*****************

okey ni kisah anak2 lagi, kisah si abam
# semalam pun ada kisah dia yang buat aku hilang darah kejap
nanti lah citer bab tu 

masa nak beli persiapan sekolah hujung tahun lepas
aku ada nampak kasut ni berlambak2 kat Mydin/Tesco dan pasaraya  sewaktu dengannya

dari jauh nampak macam kasut buatan kain macam biasa
pegi dekat/pegang 
'eh!plastik ke?'

si abam mintak dibelikan kasut getah ni
alasannya 
'nanti senang cuci, lap je dah hilang kotor'

emm bagus gak ni

tengok kasut ini, ada kenangan menggamit memori


ni dah lepas basuh, berus dengan berus lembut tu je
dah putih bersih, bersinar seperti baru, hihi

zaman aku sekolah dulu, ada jugak kasut getah ni
tapi tak penah lah mak ayah aku beli
cuma tengok orang lain pakai
maaf ye, mohon jangan ada yang terasa
selalunya yg pakai tu ialah anak orang susah
sebab kasut tu murah je harganya
selalu tengok anak india estet yang pakai

tapi kasut getah dulu tak cantik macam ni
dalam dia pun masih getah jugak
rasanya panas kot kalau pakai

tapi kasut getah pesen baru ni dalam tu kain
ingat lagi mak aku pernah bercerita tentang arwah paksu
(adik bongsu mak)
arwah paksu pernah mengamuk taknak pegi sekolah
gara2 nenek aku belikan dia kasut getah
tapi mak aku kata 'nenek cuma mampu beli kasut getah ni je'
so bila tengok kasut ni, terus teringat arwah paksu
alfatihah untuknya 

zaman aku sekolah dulu pakai kasut jenama Bata @ Pallas
bukan beli kat kedai kasut
tapi ada satu lori india
aku ingat lagi nama dia, Marimuthu Narayanasamy
dia masuk kampung bawak macam2 barang
ko pesan je nak apa, minggu depan dia datang bawak
so bila nak beli kasut ni, hari Sabtu je tunggu depan kedai sorang makcik
dah arwah pun makcik tu
penah terjadi, aku kena tunggu satu minggu lagi 
bila kasut yang aku nak takde size, huhu

untungnya budak2 sekarang
macam hero aku tu, tahun lepas je 4 pasang kasut
aku dulu sepasang kasut pakai selama setahun

sekian kisah aku dan kasut dan kenangan
hihi


Comments

t.a.t.a said…
Dulu masa sekolah menengah pakai kasut tali, buat kerja gila. Sebelah kasut kait tali pattern lain. Lagi sebelah pun pattern lain jugak. Malas nak bukak tali, basuh dengan tali² nya terus. Kalau kotor sangat masuh machine aje kasut tu.
Puan Eka said…
A ah dulu2 ayah eka cite die pegi skolah pakai kasut getah je mampu.

Cite psl kasut sekolah, aku pun ada kenangan sedih. Bkn diri sendiri. Kena pd budak sekolah yg aku pnh mengajar dulu. Gi sekolah, pki selipar je sbb mak ayah tak mampu. Takde beg sekolah beb. Pegi sekolah bwk beg plastik je. Bygkan.....skg ni klu dicongak umurnya, aku rs dah abs sekolah kot? Ape? Aku dah tua upenye?????
Dr K said…
so kasut getah zaman sekarang ni, mmg tak perlu di kapur lah ya?
Unknown said…
aku tak sempat merasa pakai kasut getah.. zaman aku pakai kasut pallas jazz yang ada lampu lampu tu kira anak orang kaya dah tu.. tapi mak aku belikan kasut bata je la kat kami..hehehe......
bangsawan nilai said…
'selalunya yg pakai ialah anak orang susah' kata irfa.
itu termasuklah aku. tak kisah janji ada kasut kan....:(
tapi yg tak syoknya, bila bukak kasut baunya...tengit dan masam daaa....
safurara said…
lahai.sedihnya baca.rara mungkin xpenah pakai.tapi mak rara dulu penah pakai kot.sbb dulu mak cite,mak org susah gak.hmmm sedih.
sweetie said…
Zaman saya pun pemes gak kasut ni Irfa... tapi ada lagi satu yang pemes gak... nama Fungkeong (eh tak pasti plak camna enjaannya... tapi arwah abah sebut camtulah. Samalah kita kasut sekolah pakai sampai koyak baru tukar yang baru.
||aLeaSaRa|| said…
hye sis irfa..tqvm tau singgah,apa khabar?

owh banyak kasut ni kat tesco nilai.offer kat anak2 untuk 2nd shoes,mengada2 tak mau.kalau zaman kita dulu dapat macam tu pun bedal je pakai,janji bertukar,kan huhu..


wah tererlah sis ingat nama uncle tu.panjang tu nama dia he3...
akak pernah pakai kasut sekolah getah masa sekolah rendah .Senang tak payah basuh, bila kotor lap ngan kain .Masa tu tak berduit yang ado jelah. Boleh tahan jugak dia punya panas : )
asyifamustaffa said…
Anak sy thn lepas 2 psang je..jdi la tu...
Maknya plk zaman sekolah dulu jrnana carefree x silap...yg gmbar bola takraw tum..arwah abah kata yg tu tahan lasak...da mmg pun...pakai selagi x bocor tapak...atau jari kaki x jerlus....mmg jaga baik pnya sbb x mmpu nak beli yg baru....bata2 ni...x termampu nak blinya masa tu...huk3...
Unknown said…
laa.. dulu masa sya kcl saya ingtkan kasut getah cm ni mahal.
Aisyah said…
wahhh...cantekknye kasut getah zaman milenium...mmg bebeza dgn zaman dolu kala..akak punyer dulu nipis je...tapak pun macam warne getah je..hee...akak sama kasut dgn sowg budak estet india..Kanan nama dia...ahh rinduu..argghhh sedih plk tetiba..Kanan ni budak baik, pendiam bebeza dgn bdk estet lain..bapak dia anto naik beskal ari2..suor sampei ke pusat..kaki kecik je..
Irfa said…
TATA..
mmg igt lagi masa tu ada pesen kait talikasut
sampai ke sudah aku tak reti,huhu

penah tak ko keringkan kasut kat bawah/belakang peti ais?
hihi
Irfa said…
CIK EKA..
zaman mak ayah kita dulu tak pelik kot pakai kasut getah tu
majoriti ramai yg susah
bersekolah pun dah kira bagus sgt dah tu
Irfa said…
DZ..
tak payah, smlm anak saya balik skolah nampak cam berselut sikit
saya pakai berus mcm span cuci pinggan tu dan sapu sikit gel cuci pinggan
putih berseri balik ;)
Irfa said…
FARA..
masa aku sekolah rendah pun ada ada budak mcm tu
dalam kelas aku..dia sorang je yg pakai kasut getah
satu kg sedia maklum yg family dia org susah
hehe..dah tua kot, tahun ni pun aku dah 35 ;)
Irfa said…
RAI..
zaman aku dulu pun Bata tu dah kira hebatlah
tp Bata tu kualiti
bukan mcm Bata sekarang
tahan sikit je dr yg rm9.90 sen tp x tahan sampai setahun pun
Irfa said…
B-NILAI..
jangan terasa tau
itu pengalaman aku dan kisah dulu2 dgbn kasut getah
tp sekarang, yg berkasut getah tu dah pakai kasut mahal kan?
termasuk lah ko ;)
Irfa said…
CPR..
emm dulu2 mmg ramai yg susah
tp sekarang yg susah ramai jugak, tapi susah yg tak nampak
nak pulak zaman sekarang semua mende naik rega
maka wujudnya miskin bandar
org kat kg lagi kaya dr kita kot sbb x payah byr sewa rumah
nak kemana2 naik keta x bayar tol pun
Irfa said…
SIS SWEETIE..
jenama Funkeong? tak penah pulak sy dengar
jom tanya en gugel, mana tahu ada :)
Irfa said…
SIS LEA..
hehe, tak tahu kenapadah lama x singgah blog sis
nak kata bz sgt takler jugak
sy sihat2 je sis

ha'ah.. melambak kat tesko nilai
tp sy beli kat mydin nilai lama tu

nama uncle tu mmg ada kenangan sgt ngn saya
di kg saya (kelantan)
jarang jumpa kaum india
so kalau jumpa nama india, rasa cam pelik sgt
lekat terus kat kepala
Irfa said…
MAKCIK TEMPE aka CIK INA..
dulu org susah pakai kasut getah
skrg orang kaya pun pakai kasut getah
jenama crocs tu getah jugak kan?hihi

dulu punya mgkin panas la
kasut getah yg baru ni ok
Irfa said…
ASYIFA..
ye, sy igt jenama carefee tu
pemes gak tu ;)
Irfa said…
TIFA..
rasanya zaman dulu punya kasut getah dlm rm2/3 kot
skrg pun x mahal sgt
dlm rm13 kalau x silap
Irfa said…
YONG..
sekali pandang mmg tertipu punya
siap nampak cam bertali lagi
padahal corak je bertali hihi

tak cuba cari kat fb ke si Kanan tu?
mana tau dah jd manager estet ;)
skolah kg saya dlu xde india@cina
semua malay je

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...