Skip to main content

Sayur Kangkung, Pilihanku Selamanya

Anak2 masih bercuti
(cuti sempena besday YDP N9)
tapi mak-mak kene keja la, dah keje kat Selangor kan
Ramai gak yang sambung cuti dengan anak2
sunyi je opis hari ni

Okey, ni nak citer
dari minggu lepas, aku sedikit pelik
sebabnya, rata-rata status kat FB tentang 'KANGKUNG'
Ada yang post makan nasi dengan sayur kangkung
ada yang post kata arnab peliharaannya suka kangkung
ada jugak yang post lagu 'lenggang-lenggang kangkung'

apa ke hal diorang ni?
semua di 'kangkung' kan

nampak sangat fresh sayur kangkung ni
tengok dari rupa, ni spesis kangkung menjalar
okey, dah tahu kisah sebenar, tapi tak nak komen
boleh?

apapun, kangkung always my feveret dari dulu sampai lo ni (sekarang)
kecik2 dulu buat maggi goreng mesti letak sayur kangkung
kutip belakang rumah je, tak beli pun
# aku lebih suka kangkung yang menjalar dari pokok kangkung yang tanam tu  

gambar kangkung goreng belacan pinjam dari blog KakJee
itu versi rajin, sempat la buat kangkung goreng belacan
tapi bila malas datang
aku celur je kangkung tu, cicah ngan budu
tak sedar sepinggan nasi licin, huhu

# tadi kat kafe ada sayur kangkung goreng
sarapan dengan kangkung? makan ngan nasi lemak ke?


Comments

izawani said…
Anak akak suka kangkung... tapi batang yang banyak. Kalau daun banyak, nampaknya tak laku. Sama macam akak agaknya.

Akak pun suka yang menjalar atau yang kat paya dari yang kat batas. Yang kat batas tu, batang dia nipis skit... tak berapa sedap. Yang kat paya tu keras dan rangup skit... sedapnyer kangkung goreng belacan...



Unknown said…
haha..aku pun mula mula blur okeh..

tapi aku mmg dari dulu tak suka kangkung.. kadang2 bila salah salah masak baunya tu macam bau rumput.. tak lalu dek tekak aku..tapi kalau orang masak aku makan je la.. rezeki tak baik ditolak..hihi
Irfa said…
RAI..
kalau nak masak sayur kangkung ni, kena basuh bersih2
belek betul2 sbb kekadang mmg ada terselit rumput sekali
ada kawan aku, phobia dgn kangkung
sbb dia hampir masuk spital sebab tercekik daun kangkung
mgkin yg masak tu potong sayur kangkung ni panjang2
tu yg makan macam nak tercekik tu.hihi
Irfa said…
CHEQNA..
hihi, selera memasing
antara kangkung dan bayam, dua2 sy suka
tp bayam leceh jugak nak mencucinya
sebab kalau cuci ala kadar, ada pasir,
Irfa said…
KAK IZAWANI..
sy pulak makan kangkung, pilih daun je
batang kuransi sikit, kalau yg lembut sy makan la
kalau keras, tolak tepi, hihi

ops. lupa, kangkung paya dan kangkung batas namanya ye
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

akak pun suka kangkung.. dulu masa kecik2 kutip kangkung bagi arnab makan.. sekarang ni kalau nak makan kena beli sendiri.. Alhamdulillah.. harga kangkung murah.. :))
paridah said…
RAMAI YG SUKAKAN KANGKUNG NI IRFA TAPI SENGAJA MEMPERLEKEH KEJADIAN ALLAH YG ESA SEOLAHNYA KANGKUNG ITU TIADA NILAI HARGANYA...CITER DULU2 HANG TUAH DAN UTUSAN SULTAN MELAKA KE CHINA MINTA DIHIDANGKAN SAYUR KANGKUNG YANG XDIPOTONG JADI SEWAKTU MEMAKANNYA DAPATLAH MRK MENDONGAK MELIHAT WAJAH RAJA CINA YG DILARANG ORANG BIASA MEMANDANGNYA...
sweetie said…
Dulu-dulu kan Irfa sekitar tahun 1970, nasi lemak siap bungkus tu mesti ada kangkung rebus sebagai sebahagian dari lauk/sayur2nya.

pssst! saya pun suka sayur kangkung goreng belacan.... sedapkan!
happyichigo♥ said…
Dira suka kangkung...kangkung masak belacan dengan kangkung sotong, fuuh yummy.. Tp mkn daun nya je..batang buang terus...
emarieys said…
ada yang buat pantun pasal kangkung...menarik juga...hehehe
Aisyah said…
irfa, kangkung masak lemak kunin titik serei pun sedapp..tp yong paling suka budu yg digaul dgn ikan dan deroyan..perah limo kasturi..sedap do-oh..
Kangkung jalar tu beb, sedap dibuat pecal. Pehhh~
Jari Manis said…
Kangkung pun sodap....
QasehnyaRania said…
tak suka kangkung.
ada yg breakfast kopi o dgn kangkung.hihi
Nieda Ramly said…
kangkung goreng belacan mcm best jer
MOKCIK AZWA said…
Azwa suka kangkung masak belacan tu..kelasss aper makanan tu.. tapi sejak baca pasal ada orang tu perutnya penuh lintah sebab termakan lintah yang duduk dalam batang kangkung, azwa dah kureng sikit makan kangkung..kalau nak masak mesti buang semua batangnya, ambik daun jer...
Tie HT said…
kangkung colek budu perghh sedap.. :)
dekdaa said…
Hahahah mula2 fikir jgk "apesal wall FB aku arini asyik ckp pasal KANGKUNG jah?"

Gugel punya gugel.. dpt la jawapannya kekekeke.

(mula2 terjebak jgk dgn gambar McD MckANGKUNG tu.. rupa2nya tipu semata2.. tertipah aiii) :P
Irfa said…
KAK FEA..
teringat kenangan beli kangkung rumah jiran nak bagi arnab makan
20 sen je tapi sebesar pemeluk banyaknya
Irfa said…
KAK PARIDAH..
ye ke? tak sangka ada kisah ttg kangkung ni
pertama kali saya dengar kisah ni
tq kak kerana berkongsi cerita
Irfa said…
SIS SWEETIE..
nasi lemak sayur kangkung tu pertama kali saya jumpa masa dtg ke bumi Selangor
tahun 1998.. itulah pertama kali sy makan nasi lemak ada sayur
mmg pelik rasanya sbb kt kg saya xde macam tu ;)
Irfa said…
DIRA..
sotong kangkung tu mcm sotong letak dalam yong tau fu tu ke?
yg tu akak pun suka
Irfa said…
EMA..
ada pantun ke?
nanti gugel ;)
t.a.t.a said…
Kak Irfa, saya lebih suka kangkung yang ditanam di pasir berbanding tanam dalam longkang. Ada telur lintah dalam batangnya. Hehehe.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...