Skip to main content

Cerita Biasa Yang Luar Biasa dan Pisau Seramik

IKLAN SIKIT

READY STOK
# 2 SET kaler HIJAU
# 2 SET kaler WARNA WARNI
wsap@sms 
016-6116459


HajarCloset

~*~*~*~*~

Pernah tak lalui situasi macam ni, ter'sembang dengan orang baru kenal. Lebih kurang sebaya kita, so sembang2 itu ini dan sedikit sebanyak bercerita karenah anak2. Kalau dah mak-mak mmg gitu le, tak kisah anak, kisah somi (baiklah kisah anak2 dr kisah suami, itu dah namanya bukak kisah dalam rumahtangga, tak baik ye). 

Tak lama kendian, kita dapat tahu orang tu masih 'single'. Apa rasa? Macam aku, sedikit sebanyak rasa bersalah tu ada (mungkin orang tu tak kisah pun), tapi kalau tak tahu takpe kan?

Sebenarnya aku malas nak tulis pasal ni, cuma terdetik nak komen tentang beberapa perkara. Bila umur meningkat tapi masih single, ada je lah soklan seperti berikut:

'bila nak makan nasi minyak awak ni ?(macamlah ko tak boleh beli sendiri kalau nak makan, kan?)

'jodoh pun kena cari, usaha sikit, jangan tunggu je' kita tahu ke dia tak usaha? kita tahu ke entah2 dia bangun solat malam berdoa moga dipertemukan dengan pemilik tulang rusuknya itu? tak tahu kan?

'memilih sangat kot? jangan memilih sangat, nanti tak laku' yang ni aku tak berapa gemar, bagi aku salah ke memilih? ingat nak pilih pasangan hidup macam pilih ikan kat pasar? memang lah jodoh tu telah ditetapkan sejak di luh mahfuz lagi, tapi Allah juga kata kita kena usaha. Jangan sebab nak cepat dapat title 'isteri' main terima je apa yang datang. Tak pasal2 dari takde beban, dapat pulak beban.

Ingatlah, perkahwinan bukan penamat sebuah kehidupan tapi bermulanya sebuah drama hidup. Jangan ingat semua best je, bak kata kakak sayang 'yang untung ko nampak, yang rentung ko tak tahu' tak gitu kak Erna Sayang? hahaha # rindu nak jumpa dan peluk2 dia

Ntahlah, tak berani nak tulis panjang2. Kang kata aku memandai2 pulak .. Nanti orang kata 'tak kena kat ko, bolehlah cakap'

Tak melaluinya bukan tak bermakna kita tak cuba memahami. Contohnya naluri seorang IBU. Tak semestinya kena rasa sakit beranak baru nak kena tahu macam mana nak beri kasih sayang kepada seorang anak. Kalau tak, takkan terjadi kes buang anak. Kan kan kan?


Comments

NenetPenne (NP) said…
orang memang pandai buat penilaian seolah2 dia ada disisi kita 24 jam...seolah2 kita report kat dia 24 jam...refer to statement no. 2 irfa tu...

masing2 ada masalah tersendiri... apa pun akak tak kisah sebab i am in love..hahahaah...muntahhh....hahahaaha...
Acik Erna said…
ye dik..yang untung ko nampak.yang rentung??? hi hi..
akak faham sangat..dan nampak depan mata..orang senang cakap..yang mengalaminya je yang tau..
bak kata ustaz..tidak bersuami didunia..ada yang menanti dipintu syurga
t.a.t.a said…
Kak Irfa. Saya selalu berhadapan situasi macam tu. Dah sibuk borak saya pun join jugak bab yang sama. Nampak la macam saya ni dah beranak pinak. Tup² dia tanya soalan bonus, "Anak dah berapa?"

Adoii.

Kadang saya tipu. Kalau orang tu saya yakin tak kan jumpa balik saya cakap la anak saya ada 2 orang. Tapi kalau orang tu rasanya akan selalu jumpa biasanya saya jujur. Hahaha.

Tapi memang tau soalan macam tu buat kita hilang mood nak borak lagi. Sedey. Huhu.
Unknown said…
aku kalau orang baru kenal serba salah nak cerita..ye lah..kita dah jadi mak ni bukan ada banyak cerita lain.. cerita anak je la kan.. lastnya kalau borak ngan orang baru kenal..aku biasakan diri tanya banyak pasal dia berbanding cerita pasal aku.. so that takde lah ter assume yg tidak tidak tu..

biasanya orang mmg macam tu.. selagi tak kena kat batang hidung sendiri.. boleh la cakap macam2...
wakgelas said…
kawen sonok tauuu..,harhar2..,yg x sonoknyer nak jaga perkahwinann ituuuuu.,uHUUuuu
sweetie said…
Kalau saya di tanya soklan begini:
1. 'bila nak makan nasi minyak awak ni?
Ooo iya ke, takpa sok saya masak dan bawak kasi awak!

2. 'jodoh pun kena cari, usaha sikit, jangan tunggu je'
Nak cari kat ne? celah2 rumput/belukar? Usaha? nak mandrem si polan tu ngan bomoh ke? sebab saya syoklah ngan dia tu...

3. 'memilih sangat kot? jangan memilih sangat, nanti tak laku'
Eh mistilah pilih... lagi2lah dah lanjut usia ni... tak larat dah nak kerja teruk-teruk...!

BLEH Irfa jawapan saya tu... hahaaaaa!
Ei tengah2 chating pun sempat lagi update n3 ya!
sweetie said…
Acikkkkk! I like it!
paridah said…
terkedu irfa nk jwb tu sweetie...
Leney said…
Mestilah kena pilih kan? . Bukan nak bersama sehari dua.
Jari Manis said…
ahakss..suka entry ni dah pernah kena jugak..dlm2 borak tu dia tanya...anak berapa org..biasalah borak ngn org dh kawin ni..pastu jawab..belum kahwin lagi...nasib baik dia reply..oh tak pe..in shaa allah ada jodoh tak ke mana...tapi kalau ada org yg tanya mcm akak cakap tu..mmg bengang dan geram la kan..sibuk ngan hal org kan..kalau dia dah kawin pun..belum tentu anak nya kawin cepat gak nanti kan..
Kopiolimauice said…
wah! best entry ni..tu la lumrah manusia dari bb, remaja, tua sampai jasad nya dh takde kt dunia tetaappppp org nk cerita perihal kita T__T
izawani said…
Pilih pilih pun... nak terkena terkena jugak... hehehe... kita bukan tahu hati budi orang... yang kita tahu apa yang dia tunjukkan pada kita....
Irfa said…
KAK IZAN..
macam kata mak saya
'pilih punya pilih, dari banyak2 tebu terpilih ruas'
dalam maknanya tu
hahaha
Irfa said…
KOPI O LIMAU ICE..
best ke? oklah kot, jgn syok sendiri dah ler
hahaha
warna warni kehidupan namanya
Irfa said…
KAK NET..
itu kisah orang biasa
artis lagi banyak orang duk citer
buat itu salah, buat ini salah
ada je tukang kondem

amboi..tutup kotak komen ye
baru nak taip komen panjang lebar
hahaha
Irfa said…
KAK ERNA..
ayat tu mmg akan melekat kat kepala saya smpi bila2 kot
hahaha

KAK SWEETIE..
give me 5
haha
Irfa said…
TATA..
ko memang berani ye
mslhnya aku ni susah nak menipu, takut kantoi
sbb tu kdg2 ada orang tanya 'peknen ke?'
(maklum perut dah tak kempis cam dulu)
nak je aku jawab ' ha'ah,peknen'
tapi mulut terkunci, lepas tu geram sendiri

lepas ni kena hati2 kalau nak bercerita
takut ada yg kecit hati
Irfa said…
RAI..
bukan lah serius bercerita, sekadar membuang waktu
berbasa basi, aku bajet dia dah kawen, ada anak kot tu yg buat modal
tp dia layan mcm okey je (dlm hati tak tahulah)
nak tanya direct dah kawen belum @ ada anak ke tak
itu mmg bukan aku, kecuali org nak bercerita
Irfa said…
WAK GELAS..
ye, betul sesangat ;)
Irfa said…
SIS SWEETIE..
mmg terbaek lah jawapan tuh
selalunya bila berdepan terkunci mulut
kat belakang baru rasa mnyesal kenapa x jawab
hahaha

# eh chatting ngan sapa tu ye?
Irfa said…
LENEY..
pilih selagi boleh
kdg2 kulit lain, isi nya lain
:)
Irfa said…
KAK PARIDAH..
jawab mcm tu boleh mendatangkan gaduh kot
hihi
abuikhwan said…
kena memilih, tetapi jangan terlalu memilih...
happyichigo♥ said…
Begitulah manusia ye kak irfa.. Mmg geram sgt.. Bila belum kahwin tanya bila nk kahwin. Bila dah kahwin tanya bila nk ade anak.. Macam2 betul soalan.
bangsawan nilai said…
aku pernah tanya pada wifey adakah pisau-pisau cantik itu menjadikan kita lebih rajin memasak atau menjadikan masakan lebih sedap, jadi lebih pandai memasak mcm masterchef atau sekadar hiasan...(pilih jawapan yg sesuai) he he ;)
(ini tak keluar tajuk kan irfa...)
sweetie said…
Paridah, Org2 yg menanyakan soklan gini kena 'cubit' sikit... depa ingat bila depa dah kawin awai2 hebatlah tu... cepat laku. Ni ada satu kejadian benar terjadi kat jiran2 saya...Kisah anak si A dan si B... mereka sebaya dan satu sekolah. Anak si A kawin muda dlm umur 20 cam tulah... dan dapat anak beberapa org. Anak si B tak kawin2 sampai skrg. dah tua dah... dlm 40an cam tu. Anak si A pun bertanyalah pada anak si B soklah:

Anak si A: (dengan bangganya dia bertanya) ni bila nak kawin ni... tgk aku dah berderet anak.

Anak si B: (geram) Kau cerailah dulu ngan laki kau... boleh aku kawin pulak ngan dia. Tak terjawab anak si A.. terkedu dia. Hambik kau!... hantaran tepat!

Dengan tak semena-mena, dah suratan takdir... berlaku perceraian anak si A dengan suaminya... sebabnya tak tahulah pulak. Lepas tu dia jadi penyenyap dan tak laser2 lagi...

Mcm Irfa cakap jawapan2 cam gini boleh dtgkan gaduh... tapi sesekali kena juga... mana tahankan... yang bertanya tak pernah fikir langsung perasaan org yg di tanya.... sapa yg tak nak kawin melainkan org yg ada 'masalah' je... TST sudahlah!
Irfa said…
SIS SWEETIE..
haha, gelak besar baca komen ni tau
ada kawan penah jugak jawab mcm tu tau
last2 masam muka smpi skrang
agaknya mmber dah lama bersabar...sekali meletop terus
Irfa said…
JM..
akak takkan tanya direct soklan tu
kecuali orang nak bercerita
benda2 ni sentitif bg setengah orang
wpun ada org okey je
Miss Brenito said…
aah, kiter pon nak komen kat dia nyer blog tp tetiba tak jumpa kotak..
Miss Brenito said…
wah, best citer benar tuh.. pendek citer "jangan suka sebok hal orang".. hiks
:: CIKVIVA :: said…
Sori.....kite lambat komen kat entri ni.....sbb entri ni panasssss...hahaha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...