Tuesday, May 20, 2014

Prepaid Box Pos Laju Jimat, Tapi ...

Rujuk SINI


SITUASI SEBENAR:

Semalam gi Pos Office nak pos barang
#perlu ke nak terangkan? hihi

Masa sampai kaunter pos pun dah 1/2 hati
adik (pompuan) yang selalu kat kaunter tu takder
yag ada staf lelaki tu je, dia ni ada sikit angin kus kus
# aku kalau nampak budak tu kat kaunter, kalau boleh elak, memang nak elak
tapi hari ni tak leh elak, dia sorang je kat kaunter

Barang yang nak di pos ialah 6 pasang kain cotton
Dia ambik barang, terus timbang, ambik borang pos dan print  
aku tengok penimbang, berat kain tu 3.290 kg (tak sampai 4kg pun)

aku pandang dia sambil cakap
'oh lagi mahal, kalau gitu boleh tak guna prepaid box RM20 tu'

dia punya reaksi macam .......(taknak sebut, nanti hilang aura +)
'emm, dah print lah, patut akak cakap awal nak pakai kotak tu '

# tarik napas, hembus

salah ke kalau ko keje sebagai customer servis ko bagi cadangan kat customer?
bukan semua orang tahu pasal prepaid box tu

aku penah deal ngan staf pompuan tu, dia dengan sopan bagitau

'barang akak ni kalau pakai prepaid box lagi murah'

kalau dia jenis ringan mulut, dia boleh je cakap 
'akak boleh guna prepaid box RM20, memandangkan berat barang akak tak sampai pun 5kg'

tapi, kalau dah buat keje 1/2 hati, inilah yang jadi
'semuanya rm26.50'

okey, bayar dan terus blah
kalau korang jadi aku, apa korang rasa?
rasa Oren? okey

# wpun kos pos tu dibayar oleh customer, tapi aku rasa sangat rugi wpun cuma rm6.50
# rasa bersalah sebab tak guna perkhidmatan yang ada
# rasa geram bila ada orang buat keje cincai2
#Prepaid Box Pos Laju Jimat, Tapi itupun kalau staf kat kaunter tu jenis 'ada hati'
# rugi kat sini, untung kat sana, biasalah tu
# sekadar luahan perasaan, tiada niat lain


23 comments:

  1. aku paham. kat pos malaysia rumah aku tu mmg budaknya perangai rasa mcm nak bagi penampar.. mulut kuajaq gila.. cakap tak reti elok2.. lastnya kitorang kalau nak pos, memang guna service mail box.. so far okay la.. malas nak pegi pos malaysia..dah la ramai orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      dahlah itu je pos opis yg paling dekat nak berurusan
      nk taknak kenalah ngadap jugak
      service mail box tu mcm mana pulak?

      Delete
  2. Betul kak. Bila kita berniaga, secara automatically kita akan tolong fikirkan sama untuk customer juga. Macam bos saya kata, kita bagi pilihan pada customer. Terpulang pada customer nak pilih yang murah atau mahal. Biar customer yang buat pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TATA..
      ni dah konsep 'take it or leave it'
      takkan nak cari psl sbb hari2 kita nak berurusan dgn dia.
      mmg sakit hati

      Delete
  3. sama jadi macam dekat saya..
    saya nak buat poslaju antarabangsa..
    rasa macam diorang salah bagi borang..
    dah tanya..
    dia cakap borang yang betul..
    sekali dah print semua, saya tanya sekali lagi 'ni poslaju ke?'
    dia ckp 'parcel by air'
    saya ckp la, 'tadi kan saya cakap nak poslaju'
    boleh dia ckp 'dah print la..'
    saya terpaksa except silap dia..

    geram..
    eh! terpanjang pulak komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEAR LINA..
      sama kes lah ni
      cuma situasi beza
      td sy g pos barang lagi
      sy saja tanya, kalau slip dah print mmg takleh kensel ke?
      #lelaki tu xde, so ngadulah kat staf pompuan pasal kes semalam
      katanya 'kalau slp dah print, kensel.. kami yg kena charge nnti'
      maknanya.. diorang xnak ngaku salah,so cust lah dipersalahkan wpun dia yg salah paham'
      boleh gitu?

      Delete
  4. Cerita pasal pos laju nie aku..pun geram jugak tapi bukan pasal kes pos barang tapi hantar surat. Bos arahkan hanta HR dept terima apa2 parcel/surat dari mana2 courier service walaupun ada receptionist. Dan entah angin apa budak pos laju tue marah sangat sebab lambat(kebetulan dia sampai budak receptionist tue tgh layan panggilan masuk) nak cop terima surat dia bawak...siap ajar aku tinggalkan no ic kat budak receptionist tu lepas tue suruh je budak tue yang ambik surat.....aaiikkk dia bos aku?... Aku cakap kat budak receptionist tue "lelaki pun period ke? tetiba nak marah?...huhuhu..budak muda lagi tapi sayang adab takde...



    ReplyDelete
    Replies
    1. CIKJA..
      emm mmg geram sungguh, gigil aku tahan geram tadi

      amboih, dia lah ngajar ko ye
      mgkin dia bosan ngan keje dia, tu yg jd mcm tu

      Delete
  5. kalau tak sebab pelanggan dah order barang, akak memang sanggup patah balik dari terus hadap orang yang kat kaunter macam tu.. memang tak lah..

    psstt: akak selalu avoid dari terpaksa berhadapan dengan sorang staf kat maybank ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIZAMIA..
      huhu, betul tu
      dah janji ngan cust nak pos hari ni
      kenalah tunaikan janji

      hahaha, ada jugak kes alergik dgn orang mcm ni ye?

      Delete
  6. Kalau Irfa tak high light memang tak tahu kewujudan kotak ini..ada orang pos laju nak terangkan?? minta mahap jer la...patutnya hargai pelanggan, baru berkat perkhidmatan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK AZWA..
      saya pun tahu baru ni je
      sbb nak pos kain banyak balik dr vietnam tu hari
      member rekues pos laju utk jaminan sampai dgn selamat
      10kg=rm30
      esoknya dah sampai ;)

      Delete
  7. Saya pun selalu gak lalui situasi macamni. Dah tahu kau kena deal dengan public, sila la beri servis&layanan dengan baik. Ni layan pun macam nak tak nak jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TEENA..
      kalau ada pilihan mmg saya pegi tpt lain dah pun
      tp takde pilihan, yg ni je satu paling dekat dan senang nak pegi
      agaknya dia tahu orang xde pilihan, tu pasal buat keje cincai2 je

      Delete
  8. Baru2 ini ada tawaran prepaid box tu: Beli 5 dapat free 1. Dah jimat juga tu.

    Saya nak cadangkan Irfa buka akaun dgn Poslaju jika selalu mengepos barang jualan ni. Tak perlu susah payah nak ke pejabat pos utk poskan barang2 tu. Call aje mereka akan datang pungut tanpa kos tambahan. Kalau perlu ke pejabat pos pun tak perlu beratur bila dah ada akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB..
      ada nampak iklan tu
      buy5free1

      mmg kena bukak kot, tak lalu dah nak ngadap muka dia hari2 kat situ
      dari 10 yg saya jumpa, ramai komplen psl dia
      baru sorang yang saya jumpa puji dia nih
      tapi nak buka acc perlu deposit jugak kan?

      Delete
    2. Kena deposit RM500. Itulah. Patutnya kurangkanlah. Tinggi sangat bagi yg berniaga kecil2an ….. huhu

      Delete
  9. Kat sini kalau pakai DHL atau Deutsch Post diorang akan rekemenkan yang paling murah. Diorang akan suggest based on parcel kita tu then dia akan bagi a few option. So pilihlah yang mana kita nak. Servis penuh dengan senyuman cakap pun sopan dan dengan ucapan selamat bagai. Tapi saya selalu buat online jer, pack siap2 pastu kat online trus pilih servis yg kita nak, bayar dan trus print label tu sendiri. Tampal kat kotak then nanti posmen datang ambik kat rumah. Atau boleh pergi drop kan saja parcel tu kat pos opis. Jauh sangat beza penjaga kaunter pos kat sini berbanding kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA..
      ntahlah, saya ni nak kata hari2 pos barang tak jugak
      tapi setakat ni mmg guna PosLaju je sebab yang lain lagi hampeh (terutama skynet)
      (ni kaunter Pos Malaysia yang menyediakan khidmat Pos Laju, bukan PosLaju punya kaunter sendiri)

      rasanya lambat lagi kot nak maju sistem kurier negara kita nih

      Delete
  10. Xpernah guna yg kotak, biasa guna yg buble jerr dgn kotak pos express...biasa dorg xgtaw pown...dorg ikut apa kita mnta jerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RIETTA..
      sy selalu guna yang plastik bubble rm6 dan rm9, kotak tu penah guna yang 10kg=rm30
      sbb dia rasa bukan keje dia, tu pasal dia salah kan customer sbb tak tahu

      Delete
  11. rasanye guna pos swasta lagi bgus kan.. tp tulah.. mahal sikitlah.. memang semua pos laju bermasalah ke ek? hehehe

    ReplyDelete
  12. Kerani lelaki mmg cenggitu kot...tak suka berbasa basi...amik timbang dahhh...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)