Thursday, September 4, 2014

Jalan-Jalan ke One City Mall, SkyPark

Ini sambungan entri semalam

lepas dah kenyang makan nasi kenduri
adik lelaki bawak kami ke sini
One City Mall, Skypark

first time jejak kaki kat sini
tak nampak pulak butik jual baju macam sopim mall biasa 
yang aku nampak banyak restoren cina dan restoren jepun
(jepun ke korea tak pasti ler, sepesen je)
payah nak jumpa muka melayu kat sini, chinese memang ramai ler
tujuan bukan nak membeli pun
tapi nak naik atas bumbung kaca tu je
ramai duk share bergambar atas lantai kaca tu

sumber dari SINI
meh bergambar kenangan
sesuai sangat bergambar dengan bendera
sebab esoknya Merdeka Day, 31 Ogos 


budak tak tahu gayat, aku pulak yang risau kot pecah cerminkaca tu

ingat abam je tak reti takut, adik pun sama  

lama gak kami kat situ
panas gile kat atas tu, cair lemak i, huhu

masa nak balik ada nampak kedai jual handphone murah
murah kot dari kedai biasa
so singgah sebab mak nak beli handphone
katanya nak handphone yang ada whatapps
kelas nenek zaman sekarang
taknak dah guna sms, nak whatsapps pulak
siap buat grup whatapss anak-anak
senang nak tengok gambar dan video cucu2 katanya
# sekarang ni duk hantar gambar menu yang mak masak
semalam masak nasi arab (yang aku jual tu)
nanti tahan jelah mata bila mak upload menu yang lain
silap haribulan ikan goreng pun share kat grup, hihi

balik dari One City Mall
kami ke KLIA2
nantilah citer ye


7 comments:

  1. wah,kalau pakai skirt hati-hati bila berdiri atas kaca tu..saya teringin nak gi tempat ni tapi gayat...huhu.

    ReplyDelete
  2. Irfa, kalau akak tak terlangkah kat cermin tuh, gayat & bimbangnya lantai tu pecah & takut sgt nmpk dlm...hehehe old school betulkan akak ni.

    ReplyDelete
  3. fuhh..nasib baik pic kita takde..hihi

    ReplyDelete
  4. Hihi kak irfa mak saya pon dah pakai sematphone tapi tak pandai whatsapp... Heheheh

    ReplyDelete
  5. memang kelas nenek2 sekarang..akak ni belum merasa jadi nenek je..seronok ada w/apps tu wani..abang j dah pandai..siap anta gambar2 kelakar ngan akak..bila akak senyap je..siap tanya anaknya .mak tak dapat ke gambar monyet joget2 yang ayah anta tu senyap je..hi hi..adui ai..

    ReplyDelete
  6. ooo..gayat tu ;p klu sy mmng tak terpijak la...

    ReplyDelete
  7. ronda sakan ...sambil bawa mak jejalan

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)