Skip to main content

Jalan-Jalan ke One City Mall, SkyPark

Ini sambungan entri semalam

lepas dah kenyang makan nasi kenduri
adik lelaki bawak kami ke sini
One City Mall, Skypark

first time jejak kaki kat sini
tak nampak pulak butik jual baju macam sopim mall biasa 
yang aku nampak banyak restoren cina dan restoren jepun
(jepun ke korea tak pasti ler, sepesen je)
payah nak jumpa muka melayu kat sini, chinese memang ramai ler
tujuan bukan nak membeli pun
tapi nak naik atas bumbung kaca tu je
ramai duk share bergambar atas lantai kaca tu

sumber dari SINI
meh bergambar kenangan
sesuai sangat bergambar dengan bendera
sebab esoknya Merdeka Day, 31 Ogos 


budak tak tahu gayat, aku pulak yang risau kot pecah cerminkaca tu

ingat abam je tak reti takut, adik pun sama  

lama gak kami kat situ
panas gile kat atas tu, cair lemak i, huhu

masa nak balik ada nampak kedai jual handphone murah
murah kot dari kedai biasa
so singgah sebab mak nak beli handphone
katanya nak handphone yang ada whatapps
kelas nenek zaman sekarang
taknak dah guna sms, nak whatsapps pulak
siap buat grup whatapss anak-anak
senang nak tengok gambar dan video cucu2 katanya
# sekarang ni duk hantar gambar menu yang mak masak
semalam masak nasi arab (yang aku jual tu)
nanti tahan jelah mata bila mak upload menu yang lain
silap haribulan ikan goreng pun share kat grup, hihi

balik dari One City Mall
kami ke KLIA2
nantilah citer ye


Comments

SalbiahM said…
wah,kalau pakai skirt hati-hati bila berdiri atas kaca tu..saya teringin nak gi tempat ni tapi gayat...huhu.
Mak Wardah said…
Irfa, kalau akak tak terlangkah kat cermin tuh, gayat & bimbangnya lantai tu pecah & takut sgt nmpk dlm...hehehe old school betulkan akak ni.
:: CIKVIVA :: said…
fuhh..nasib baik pic kita takde..hihi
sitiezahim said…
Hihi kak irfa mak saya pon dah pakai sematphone tapi tak pandai whatsapp... Heheheh
Acik Erna said…
memang kelas nenek2 sekarang..akak ni belum merasa jadi nenek je..seronok ada w/apps tu wani..abang j dah pandai..siap anta gambar2 kelakar ngan akak..bila akak senyap je..siap tanya anaknya .mak tak dapat ke gambar monyet joget2 yang ayah anta tu senyap je..hi hi..adui ai..
Kopiolimauice said…
ooo..gayat tu ;p klu sy mmng tak terpijak la...
Nieda Ramly said…
ronda sakan ...sambil bawa mak jejalan

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t