Skip to main content

Aku Mahu Cuti

Minggu depan cuti sekolah seminggu.
apa ada dengan cuti sekolah?

1-kakak akan balik sini..rindunya kat kakak

2-insya Allah ma ayah pun datang jugak

3-pengasuh mintak cuti seminggu nak balik kampung ada kenduri kahwin

so..

apa lagi..aku pun kenalah cuti jugak.nanti sapa nak jaga kenit..boleh je mak aku tolong jaga tapi..aku nak cuti jugak.spend masa ngan kakak,alangkah bestnya kalau dapat gi bercuti ke mana-mana.perancangan paling dekat nak jalan-jalan ke MELAKA.insya Allah

minggu ni kena pulun buat keje,harap seminggu aku cuti takde menyusahkan sapa-sapa ;)

Comments

Kakcik Seroja said…
Kakcik teringin nak balik kampung, tapi tiada siapa untuk dijengah lagi. :(
Deqna said…
mesti tak sabar nak tunggu minggu depan kan...saya pun tak sabar jugak..hiks
Mak Wardah said…
Bestnya uols...Akak keje gak.
lieynanilaz said…
selamat bercuti bersama keluarga...
Unknown said…
saya pun tak sabaq menunggu hari nie...!
mummY daniSha said…
wahhhh nak dtg melaka...oorg melaka pulak nak gi jejalan KL hehee
Acik Erna said…
sama lah kita cuti seminggu..
Aidah said…
Seronoknya cuti. Akak pun cuti jugak jadi driver ni seminggu tapi tak de makna jugak sebab masih nak keluar gi kedai semua. Pegi Melaka memang best, Irfa. Banyak tempat menarik.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...