Skip to main content

Hijau Emerald (Zamrud), Sesuai tak?


emm ramai jugak spesis macam aku
boleh buat group anti kacang tanah nih
gurau je, hihi

okey, sebelum keluar lunch
kita up satu lagi citer
bajet ramai la datang baca en3 merepek ko ni ye

apa warna tema raya 2013 ni ?
aku bukan tahu sangat tema-tema ni

tapi aku perasan raya kali ni ramainya yang pakai kaler hijau
pusing kanan hijau
pusing kiri pun hijau
hijau mata biru ku (eh!biru ke?)



gambar dari sini

walaupun selama 7 tahun aku beruniform kaler hijau
masa tu suka tak suka takleh kata apa
sebab dah uniform, wajib ler pakai tanpa bantahan

tapi sekarang memang hijau bukan pilihan aku
rasa cam pelik je pakai hijau

tapi entah kenapa rasa cam nak terai hijau pada hari raya lepas
gedik2 ajak CikViva meneman beli tudung hijau
bukan tudung mahal, bawal murahan je pun
murah sesangat
kalau lepas ni wat lapik meja pun tak ralat rasanya

ni hijau apa?
aku panggil 'hijau kepala itik'
hehe

eh! pakai camera360 pun nampak juga jerawat 3 biji tu
korang perasan tak?
buat2 tak nampak lah ye  
gambar adalah bersama kakak 
masa buat kad pengenalan tu hari


# ku lihat hijau 
(lagu Zainal Abidin kalau tak silap)

korang suka kaler ape?
hah!kelabu tahi anjing?
biar benar korang ni
lalalala, gurau je

okey, nak gi lunch sambil beraya bersama teman lama

(^_^)


Comments

Nieda Ramly said…
lawa pa warna hjau....kain hijau campur bunga warna pink.
Kakcik Seroja said…
Sebenarnya kakcik suka warna hitanm atau kelabu untuk pakaian. Tapi asyik kena tegur, kakcik pakailah warna2 lain juga. :)
:: CIKVIVA :: said…
hijau emerald ni buat tema raya haji la pulak..tudung dah ade, beli baju je..hahah
Unknown said…
skrg trend ijau emerald dgn biru! :) cantekkkkkk!!!
Jari Manis said…
cantek ap hijau Zamrud ni JM suka tapi susah nk jumpa lah
IndaMarya said…
irfa , hijau cntik apa.besides blue that is my favourite color.tapi paling suka hijau kepala itik, and hijau zamrud la.hijau pucuk pisang tend to make look darker.
Unknown said…
aku suka hijau ni..

eh..taik kucen pun kelabu apa..hahaha
Unknown said…
cantik je hijau zamrud ni. tp akak pun tak bape suka kaler hijau nih..hehehe
Aisy Nasiha said…
nampak ok juga warna ni... nampak cerah dan hijau je.....
NenetPenne (NP) said…
dulu akak pun tak suka hijau..balik2 biru dan ungu..pastu rasa bosan, so marilah kita mewarnakan wardrobe kita dgn macam2 kaler seperti hidup kita juga...

hijau zamrud cantik yer..
HeNRieTTa JoSe said…
Riettw suka biru....tpi tema bincang adik beradik ngn mak ayah sekali...its red plus black....
Nong Andy said…
Oik.. aku pun tema hijau gak raya ni. Sama hijau gelap tudung kita
Zareda Norman said…
Kak zar tahun ni hijau.. pilihan warna cik hubby.. dulu kini dn selamanya.. jauh kak za mencari baju hijau tu sampai ke jakarta
Rashid said…
assalam .. wah nampak meriah tapi tenang ..
Aisyah said…
oh manis orang nyer irfa ni...akak pun suka sesetengah kaler ijo..ritu bekenan sgt baju kurung pahang tanahjo polkodot putih..mmg cantekk sgt..
Puan Eka said…
Eka skang suka tiffany green. Hijooo gak. Haha
Rumah Kuning said…
betul 15x.ramai yg pakai hijau raya nih.
happyichigo♥ said…
Salam aidilfiti maaf zahir batin kak irfa! First time tgk gambar kak irfa niii..hihihi
Irfa said…
SIS NIEDA..
hijau bunga pink?
anaj dara sesuai la kot
konfem jd perhatian ramai di hari raya
haha
Irfa said…
KAKCIK..
dulu ia,bab tudung asikla beli dan terbeli kaler hitam
konon kalau pakai hitam, muka kita jd putih,huhu
lepas kena tegur tu sy cuba2 beranikan diri pakai yg ada kaler
xnak lah di kata tua sblum usia.huhu
Irfa said…
CV..
ok gak tu
cadangan di luluskan ;)
Irfa said…
ANNE..
memula mmg tak tahu pun hijau jd pilihan ramai raya ni
tp bila tgk gambar raya org lain, baru perasan
patutlah ada kawan kirim kaler hijau ni masa saya ke vietnam tu ari
susah jugak nak dapat hijau emerald ni
Irfa said…
JM..
mmg susah nak jumpa,masa kawan kirim baju kaler ni..banyak kedai cari tak jumpa.sib baik satu kedai tu ada jual dan size pulak ada.tu pun ada selai je
xleh nak pilih2..ambik je
Irfa said…
SIS INDA..
tak berani nak cuba kaler yg selain dr selalu pakai ;)
tp blue always my feveret kaler
barang dlm rumah dr cadar,lgsir,bakul sampah sume kaler biru
Irfa said…
RAI..
dah agak hijau tu kaler ko
blog ko kaler hijau kan?
haha

taik apa kaler kuning?
#larik

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t