Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Pengalaman Pertama Pos Barang Guna KTM

Hai Korang (^_^) Sibuk ke? Aku cam biasa je, buat2 sibuk ~*~*~*~*~ ni nak share pengaalaman aku guna servis pos oleh KTM sebenarnya aku tak tahu pun KTM ada servis kurier barang2 nih cuma penah dengar2 kita boleh pos motor pakai keta api kalau tak silap adik aku penah pos motor dari Seremban ke Kelantan last week aku order banyak set  Pop Up Spice Rack dan Nicer Dicer Plus supplier pos barang guna KTM, lebih murah katanya aku duk terfikir 'nanti barang kena ambik kat stesen keta api ke?' wsap balik supplier 'jangan risau, barang akan di hantar ke rumah' okey, penantian itu satu penyiksaan dahlah supplier pun kenal online je bincang gitu dan bila setuju dengan harga terus transfer duit kerisauan takut kena tipu memang ada supplier pos barang 23/4 25hb tak sampai 26hb belum sampai- duk dak duk dak dalam hati check website KTM - takde lah column nak check tracking number 27hb, Hari Ahad- hari lepak sedunia tetiba dapat call, driver K...

Jom Melawat KLIA2

sesapa yang baca blog ni dah melawat KLIA2? tanya orang konon, diri sendiri lom jejak kaki lagi tapi setiap hari balik keje lalu depan KLIA2 dari tanah rata merah, sampai dah tumbuh bangunan dari takde apa2 sekarang dah apa2, hihi Isnin lepas ada kengkawan naik erl percuma melawat KLIA sorang pun tak pelawa aku, huhu tak kisah pun, aku kalau nak pegi, sensorang pun redah je *lap air mata* jumpa banner ni kat blog  Ummi Iman so, sesapa yang free tak tahu nak kemana cuti hujung minggu jom bawak anak2 jalan2 ke KLIA2 aku? aku suka melepak kat umah sambil monitor anak buat sepah boleh gak ulangan drama Korea  nak bersesak tempat ramai orang bukan aku lah orangnya okey, selamat berhujung minggu ye kengkawan daaa (^_^)

Rumpai Laut, Ikan Bilis dan Kopi Tenom Dari Kakak Peace

malu pulak bila baca kisah kelakar aku gi intebiu tu meh kita baca kisah lain pulak ye sapa ingat kakak Peace? kakak yang dalam trip ke Medan Trip bulan lepas   lepas intebiu semalam, berkejar ke balai berlepas akak peace nak terbang balik Sabah bah dia baru balik dari sopim raya kat Vietnam hari isnin wah! sakan sungguh suri rumah berjaya ni asik terbang je keje dia  syokkan, suri rumah yang jadi bos sendiri sambil urus hal rumah tangga emm, bukan senang nak senang jumpa dia sebab dia berkali2 pesan nanti nak jumpa katanya 'jangan lupa jumpa sebelum akak balik tau, nak bagi ikan bilis' ingatkan ikan bilis je rupanya ada 2 jenis rumpai laut (kaler ungu pepel dan hijau) lagi satu, ada juga kopi Tenom (tersohor di Sabah katanya) # sori gambar ikan bilis dan kopi Tenom lupa snap dulu tersohor sangat rumpai laut yang dikata ada kolagen nih aku pun penah lah terlibat dalam kegilaan ini sekejap, hihi macam2 orang kata pasal rumpai laut...

Pengalaman Interview Kali ke 3

Salam Khamis, hari ni giler awal sampai opis, sebelum jam 8.00 dah sampai. Jalan clear je, mungkin ramai lambat keluar sebab hujan awal pagi tadi. TQ utk yang wish good luck pada entri semalam Yang kelakar seram, kat FB ada yang ingat aku peknen bila post pasal rerama terbang dalam perut. Siap cakap Tahniah, adik Hajar bakal jadi kakak, huhu. Sebenarnya semalam aku gi interview (internal interview je) Sapa sini ada pengalaman interview? haruslah ada kan? Bape kali korang gi intebiu sampailah korang dapat keje sekarang? hah! ambik ko, jawab 3 soklan sekali napas # pitam jap Semalam, aku attend intebiu kali ke3 dalam sejarah hidup. Rama2 Kupu2 segala mak nenek serangga terbang berlegar dalam perut. Dahla malam sebelum tu, duk mengadu nasib ngan cik Abe dia bantai gelak je kat aku, huhu. Dalam takut2 pun. menten tido kul 12malam sebab layan drama Korea, Ugly Alert. Bukan nak menelaah apa yang patut jawab dalam bilik intebiu. Otak lak duk pikir 'emm, nak pakai baju apa...

WW - Doa Seorang Ibu, Bersyukurlah Jika Masih Punya Ibu

Salam Barakah buat teman2 blogger # hari ni pepagi lagi call ma di kampung pohon restu dari seorang Ibu #terasa ada rama2 terbang dalam perut Go Irfa Go U can do it wish me luck my dear fren (^_^)

Daddy Oh Daddy

TQVM untuk yang kongsi tips dan petua untuk anak semput semalam DISINI si kenit masih belum ok baru kejap tadi pengasuh call, si kenit batuk non stop aku dah sampai opis, en abe lak keje shift pagi aku memang nak balik je tadi, tapi pengasuh kata tak payah  dia dah mintak adik iparnya hantarkan kenit ambik oksigen kat klinik # akak pengasuh n family baik sangat, hanya Allah mampu balas budi baik mereka Rezki bukan hanya $$ semata, di kelilingi orang2 yang baik juga adalah Rezeki dr Allah    sekarang kenit nampak okey sikit sambil layan vcd kegemaran 'Frozen' tapi dia sebut 'Pozen' kata si kenit 'nama kita 'ELSA', kakak jadi ' ANNA' 'do u want to build a snowman' lalalala ~*~*~*~*~ ni aku jumpa kat FB tetiba gelak besar hahaha, sweet sangat kan? si ayah kuar outstation seminggu si mak okey je urus anak si mak kuar kursus 2 hari ke cuti gi sopim dengan kengkawan anak dah huru ...

Adik dan Oksigen

Assalamualaikum kengkawan hari ni datang keje cam biasa tapi badan je kat opis, perasaan tertinggal di rumah Si kenit tak sihat Jumaat tu balik keje, pengasuh kata si kenit demam tiba2 waktu lunch dah dibagi makan ubat demam katanya Malamnya, dia tido nampak sangat tak selesa Sabtu cam okey, tapi dah mula batuk Ahad, dia dah melepek, kejap2 datang peluk aku 'kita sayang umie' , banyak kali sebut camtu aku tak pelik sangat sebab dia memang suka cakap camtu kalau dengan ayah lagilah, selang seminit kot cakap 'kita sayang ayah' Petang agaknya dia dah tak tahan, duk cakap 'kita nak gi spital' batuk makin teruk, mencungap dia ambik napas tunggu en abe balik, terus ke klinik ambik oksigen ni kali ke3 dia kena ambik oksigen sejak awal tahun semalam sampai je klinik, dia terus lompat atas katil ambik benda tu tekup kat hidung siannya anak umie # sila abaikan pemakaian anak tudung tu sbb lupa bawak payung, tutup kepala...

Bunga Itu Membuatku Tersenyum

Salam Jumaat buat semua sahabat maya terima kasih kerana rajin singgah dan juga mengomen disetiap entri aku wpun ada ketika aku happy, ada ketika emo, huhu semalam adalah hari stress macam biasa lah, ngadu kat 'teman sebilik' katanya 'sabar lah' gambar ni dah share kat fb, tapi nak share jugak kat blog lagipun tak semua kawan blog adalah fren di Fb gitu lah kalau dah banyak sangat lama sosial (sib baik xde tweet, insta)    cantik kan? bunga ni bukan aku tanam, tapi peninggalan owner rumah ni aku cuma tolong siram je pokok ni dah takde nyawa masa aku memula pindah dulu tapi berkat kesabaran menyiram, akhirnya dia berbunga cantik sangat hilang stress balik keje semalam bila tengok bunga mekar tersenyum rasa bahagia je walaupun bunga tu takde bau bak kata seorang kawan 'Allah juga yang maha menolong memberikan kebahagian' tq Allah kerana semalam mengirimkan bunga itu untuk membuat aku tersenyum  tak tau nam...

Sarapan Bajet di Klia

sesapa yang penah datang Klia ni tahu lah mana nak sarapan murah * masa nak gi Medan tu hari, member di Medan kirim nasi lemak pepagi tu gerai lom bukak,  aku beli nasi lemak ayam rendang di klia, rm29.90 sen untuk 4 bungkus* nasi lemak dengan sambal, sehiris timun dan 1/4 telur rebus pun bodo-bodo rm2.50 sen, itu belum tambah air lagi tapi, semalam aku nampak iklan promosi kat tiang besar tu *sebelum ni takde pun, baru lagi nih* Breakfast Value Meal RM2 terpampang gambar nasi lemak bungkus dan teh o dari parking lot ke terminal dah nampak tiang ni (tingkat 2)  abaikan gambar blur tu, sebab snap pic sambil berjalan seganlah nak ambik berdiri tegak depan tiang tu nampak sangat i blogger sendu dalam hati terfikir  'eh! biar betul, ada ke sarapan rm2 siap nasi lemak dan teh o rm2 kat klia nih?' Pagi ni, kebetulan lalu situ, saja lah nak tengok eh eh, memang ada lah tapi masa bayar jadi RM2.10 aku tanya '10sen tu ...

Rasa Nak Boikot Kurier Skynet

* Ya Allah, berikan aku extra kesabaran, kebengangan dari semalam membawak sampai ke pagi ni* Last week aku order banyak stok Genie Bra, supplier hantar guna servis Skynet (katanya PosLaju mahal, nanti kesian lah kat awak kena bayar pos mahal sebab barang tu banyak). So aku check tracking number, 12April barang dah sampai kat cawangan Skynet area perumahan aku. *aku masih baik hati sebab tak sebut nama cawangan tu kali ini, tapi kalau korang baca kat link yg aku penah tulis pasal Skynet, korang akan tahu cawangan mana* 12 April adalah hari Sabtu, okey aku bersabar sebab hari tu cuti, mungkin dia akan hantar Isnin. Semalam aku kol cawangan, bagi tracking number. Yang jawab kol pompuan, katanya 'taman tu tak masuk hari2, mungkin esok baru masuk situ*. Perkataan 'Mungkin' bukanlah ayat yang patut diguna dalam situasi mencemaskan macam ni. Mungkin bermaksud samada 'masuk @ tak masuk tu tak dapat dipastikan, tengok keadaan' boleh gitu? Tak masuk hari2, padahal d...

Stroop Wafel, Halal Tak?

tadi ada kiriman dari stesen Netherland, Amsterdam mende alah ni aku tak penah makan tapi ramai kengkawan kata sedap sesapa pegi sana wajib beli sebagai souvenier aku dapat sepeket, belek2 ingredient kat belakang plastik bahasa diorang lah dan juga bahasa France buat lawak kat kengkawan yang dah makan 'ni halal ke?' hahaha, lepas tu semua dah kelam kabut yang dah makan terus ternganga yang belum makan pakat gelak sambil tangan pegang wafel tu setelah di check oleh Halal Food Unit katanya ' boleh makan, HALAL' barulah aku berani makan rasanya? rasanya macam wafel biasa, tapi ada lapisan karamel antara wafel tu sedikit manis bagi aku  # i is tak suka manis wpun orang selalu cakap 'ko kan kelantan, mesti suka manis' emmm, tak semua kelantan suka budu, tapi aku suka sama gak tak semua Melaka suka cencaluk tak gitu? hambek, ada kaitan ke wafel dengan budu dan cencalok? layannnnnnnnn

Rezki Hari Jumaat

Salam Jumaat sahabat2 alam maya semua, dah sarapan? hari ni betul2 'rezki harimau' . Aku memang bawak bekal (ada lebih lauk malam tadi je), tapi datang2 keje ada orang 'buat amal jariah'. Ada sebungkus nasi lemak dan sebungkus laksam atas meja. Mana nak sumbat tu? rezki orang lain lah kot, tapi laksam aku punya, simpan untuk lunch nanti, hihi laksam dan laksa ada beza? cuba bgtau apa bezanya kalau korang terer  ~*~*~*~*~*~*~*~ Okey, ni nak share sikit sesapa yang berminat dengan kain ela cotton  (asik2 cite pasal cotton je, nanti nak tukar nama 'kak cotton' lah) ni Pre- Order ye sapa berminat boleh sms/wsap kat no ni 016-6116459 RM85 (4 meter, bidang 45') nak tambah meter pun boleh, 1 meter tambah rm19 *stok sampai next week* ini rupanya bila dah jadi baju dah jumpa yang berkenan ke? okey, selamat cuci mata dan  selamat berhujung minggu (^,^)

Hai, Nama Kita Hajar

YaAllah, ngantuk tahap gaban hari ni. Rasa cam nak je aku letak pen kasi tongkat kelopak mata dari tertutup. Duk khatam satu blog macam mana suri rumah menjana pendapatan sendiri sambil2 masak, sambil2 jaga anak, duit mengalir masuk akaun setiap hari (oh! pastinya bukan semudah ABC, usaha tetap kena ada) , yang pasti ni bukan MLM, dia bisnes dari rumah ye, jadi agen dropship. Macam2 barang dia jual, bagus kan? Back to the topic, lama tak citer pasal 'cintahati' aku yang paling kecik setakat ni. Dah 4 tahun umurnya *dah boleh bagi adik orang kata, itu orang yang kata, aku tak kata apa-apa, senyum je* Yang ni lain dari 2 keluaran yang lepas, kakak n abam masa kecik dulu okey je kalau ayah gi keje, yang ni tahap melalak melolong macam kena pukul bila nampak ayah sarung uniform, kalau ayah cuti, dia suh baring je sebelah dia, ayah bangun gi bilik air pun tanya 'ayah nak pegi mana? ayah jangan work, kita sayang ayah, kita nak sayang ayah' . Drama sangat tau, kaka...

Pokok Kari, Masak Kari Entah Bila

hai, dah sarapan? hari ni bekfes sambil dating ngan cik abe, sebab sama2 keje pagi sambil makan, teringat anak2 kat rumah sarapan roti sosej gitu lah bila jd mak bapak ni makan apa pun mesti ingat anak-anak, kan?  eh, sesapa kat sini suka kari? sila angkat keyboard aku kalau di suruh pilih untuk masak antara gulai kari dengan gulai tempoyak laju2 aku angkat tangan untuk masak gulai tempoyak siyes, aku memang fail masak kari kalau tanya mil, dia pun dah jemu kot bagi resepi asal dia masak, aku pun tanya 'ma, lepas ni masuk apa?letak apa lagi?'  tapi masaknya, haram tidak  sabtu lepas hujan sepanjang hari, ahad je tu baru nampak matahari so kuarlah kemas laman nampak pokok kari tepi tembok segar bugar kena air hujan wpun hari2 siram guna air paip tp tak sesegar kena siram air hujan sekali aku tengok 'eh! pokok kari tu beranak, dua anak dia' haha, gila. pokok kari beranak kebetulan ada pasu extra, terus pindah ke pasu kec...

Durian vs Timun

'kau ibarat gajah, ku hanya semut merah' lalalala, lupa lirik okey, sekarang lagu baru 'kau ibarat durian, ku pula mentimun ulam' timun, meh aku nak pesan 'ko gelek pun ko luka, di gelek lagiiilah luka' kadang2 aku fikir kalau dah timun tu buatlah cara timun ko takyah lah nak berkeras nak jadi durian silap haribulan sendiri yang sakit kan kan kan? #suara2kecilyangtakdidengari

Peniaga Kecil vs Peniaga Besar

Salam Jumaat untuk semua.. Ya Allah, terima kasih jutaan kali buat korang yang bagi sambutan pada post cotton lawa lagi gojes aku semalam, TQ muah2 sebab sudi beli ngan aku wpun korang sebenarnya boleh je beli ngan orang lain. Tq sebab support bisnes kecik2 aku tu. Ops, yang kat blog cuma sebahagian corak, untuk album penuh sila wsap ye Sebenarnya mak ayah aku bukan orang bisnes, tapi mak aku tukang jahit di kampung aku (menjahit tu kira bisnes jugak ke? boleh lah kot, hihi) . Tapi korang tahulah, upah jahit kat kampung bape rm je kan nak banding ngan upah jahit di KeyEl dan Rembau Most Wanted, eh! Seingat aku, zaman aku tolong mak menjahit (tahun 1997/1998) dulu, upah jahit baju kurung dewasa rm18, kanak2 rm10. Pastu barang naik, mak naikkan sikit rega dalam rm20 sepasang. Perghhhhhhh, dia punya respon 'guano koho mahal ni mokteh? kak ton kampung sebelah rm15 je sepasang'. Dalam hati aku yang belum berakal panjang masa tu, nak je aku jawab 'nape datang sini, pegi ...

Borong Cotton Untuk Baju Raya, Baju Kerja Pun Boleh

dah tempah baju raya? kemain menanya orang, aku pun belum lagi, haha dah beli kain masa gi Medan tu hari tapi untuk aku je, anak2 dara belum lagi kebetulan aku dah jumpa stok cotton cantik kebabom ni apa kata kita beraya pakai cotton anak-anak mesti nampak comel pakai cotton kan? kain sejuk dan nyaman je, boleh pakai beraya pagi sampai petang takdelah belum Zohor dah mintak tukar baju nak beli sepasang pun boleh nak borong jugak di alu2kan jangan memalu, wsap@sms 016-6116459 we chat takde, baru je uninstall, tak muat memory, huhu ni sebahagian corak yang aku tunjuk ada ratus2 lagi tapi kena wasap lah kang jem pulak blog ni nak sumbat sumer gambar  note: kain bidang 60, 3.5 meter sepasang dah siap potong yang bersize comel pun boleh, sebab kain bidang besar     C1 C2 C3 C4 C5 C6 pilih jangan tak pilih # emm, aku dah target beberapa corak harap2 takdelah sama ngan pilihan korang tp...

February Bulan Expired

Morning readers, kui kui kui bajet retis ke? kemain readers-readers bagai  adui, banyak tertelan semut ke aku ni? perkara penting pun boleh lupa tadi datang keje, dapat wsap dari seorang 'blogger' nak terbang ke Kota London pagi ni wah! aku teruja sebab dah lama tak jumpa dah jumpa peluk2 n kiss2 siap tapau bekfes konon nak makan sambil tunggu dia masuk kapal baek punya nak masuk balai berlepas 'cik (cik hokey), pass cik dah expired Februari nih?' oh tidakkkkkkkkkkkkkkk alahai, nape hari nak guna baru tahu ko expired? so, tak dapat lah nak borak lama dengan akak tu dahlah susah nak jumpa dapat peluang jumpa pun tak sampai 10 minit 'kakak, selamat pergi selamat kembali ye semoga dpermudahkan urusan disana'   ni namanya, February Bulan Expired 3 hari lepas, drive sana sini atas beberapa urusan malam tu baru sedar lesen mati bulan February hari ni pulak, hampir2 nak masuk pintu baru sedar airport pass pu...

Kapsul vs Tablet, Kapsul Larut Tak Dalam Perut?

Rabu Tanpa Kata moga urusan kita hari ini dipermudahkan nak tanya, sapa yang baca ni makan jamu? # mak bising, katanya  'jadi perempuan ni banyak kena jaga jamu2 akar kayu tu makan, jangan simpan wat hiasan atas lemari' tapi, aku ada sikit masalah pasal jamu dalam kapsul ni  takut sarung tu tak hancur dalam perut, gigih aku kuarkan jamu tu letak dalam sudu pastu togok air sampai kembung, sib tak sembur kat pc korang paham2 jelah rasa jamu camana, tiada yg perisa oren ye  masa aku start makan, 2 hari lepas ada sorang kakak tegur 'eh! tak elok makan jamu yg kapsul ni, baik ambil yang tablet punya sarung tu tak hancur dalam perut, ni doc yang kata tau, bukan buat citer' tetiba, aku jadi ngeri membayangkan sarung2 jamu tu berkumpul dalam perut aku emm, ada alasan nak bgtau mak kenapa aku culas makan jamu, hihi betul ke tak hancur?  dia keluar bersama dengan 'bahan buangan ke?' kalau susah membuang macam mana? (-...