Happy Wednesday u olls
okey, nak sambung cerita minggu lepas
Masih ingat entri INI ?
# tak ingat takpe, aku tetap nak citer jugak sebagai kenang-kenangan di blog kesayangan ni
Bagi menunaikan hajat kakak nak berniaga di Hari Koperasi Sekolah. Aku order Bubblerice Chocolate dan Red Velvet Cake dengan jiran. Pastu ada kawan sekolah poskan hasil krafrangannya iaitu Bookmark dan benda yang gantung kat henpon (lupa dah nama apa).
Tapi malam sebelum kejadian, jiran wsap bagitau yang dia masih dikampung, ada kematian ahli keluarga, berkemungkinan tak sempat nak buat Red Velvett Cake. Tapi dia cuba buat Bubblerice Chocolate tu je, emm takpelah .. benda kita tak rancang. Teruskan jelah dengan apa yang ada.
Tiba lah hari yang ditunggu, kakak dan kawan yang share tapak sangat excited nak berniaga (kawan kakak tu ialah anak kawan aku).
kami yang paling awal sampai untuk setting meja |
taraaa, dah siap kakak jual bubblerice coklat, bookmark dan yang gantung kat hp tu kawannya jual pencuci muka Himalaya dan Pastri Sosej |
Jemput singgah ke meja jualan budak Form1 |
ni anak member yang jual, import direct dari negara asal produk Himalaya yang pasti 100ml, lagi murah dari yang di jual di kedai biasa |
Lepas dah siap tolong setting meja diorang, kami ke opis dan serahkan pada mereka berdua menguruskan meja jualan.
Balik petang tu, kakak tak sabar nak citer. Dia bawak balik cash RM110, lepas tolak sewa tapak dan kos barang, dapat lah untung sikit upah penat berdiri.
Ada jugak kes panas telinga bila ada senior yang ejek2 diorang sebab jual barang murah camtu, tapi katanya 'kakak buat tak dengar je walaupun kakak rasa nak marah' sian anak umie. Budak2 biasalah tu, aku dulu pun zaman sekolah banyak jugak perangai pelik, hihi.
Ingatkan dia dah serik berniaga, tapi tidak, Siap bagi proposal untuk tahun depan. Katanya 'tahun depan kita jual air dan buah yang letak asam tu, nanti kita beli buah dan potong, kita buat sendiri je, nanti semua duit kita dapat'. Hahaha, boleh tahan dia punya perancangan. Ye lah kakak, kalau itu buat kakak happy, umie ikut je janji bukan perkara tak elok.
Mana tahu nanti tercapai cita2 kakak nak jadi doktor gigi yang ada kedai cupcake. Tak salah berangan dari sekarang kan?
Comments
Kakak suka tengok anak-anak yg macam ini..
Perangai Melayu hasad dengki, especially dalam bab berniaga, terserlah sejak usia muda remaja lagi...alahai
ala bebudak perangai mmg gitu.. akai tak panjang lagi..
yg letak kat hp tu namanya handphone strap kot.. hehe..
Errrr.. mana button LIKE?? Nak LIKEEEEEE byk kali nih..
hehe
Makcik doakan semoga cita2 kakak nak jadi doktor yang ada kedai cupcake tercapai.