pstttttttttttt
nak dengar citer tak?
ni kisah Sabtu lepas
yang fren kat FB dah muntah baca pasal ni
tp kat blog belum citer
so nak bagi adil kenalah cite kat blog jugak
baru adil kan?
dah macam berbini dua lak ye, hihi
okey, ni bukti kejadian
nak dengar citer tak?
ni kisah Sabtu lepas
yang fren kat FB dah muntah baca pasal ni
tp kat blog belum citer
so nak bagi adil kenalah cite kat blog jugak
baru adil kan?
dah macam berbini dua lak ye, hihi
okey, ni bukti kejadian
tadi Ina, PA Nurul wsap gambar ni
# alamak, tetiba malu sendiri
cer cari mana aku? sori takde adiah ye |
Alksisah bermula di SINI
RoseMawar tu aku ler create acc wordpress semata2 nak komen kat blog NurulDepp gigihkan? |
Okey, korang penah baca kan yang hobi aku selain makan, tengok drama korea, membaca adalah hobi no 1. Suka baca blog orang, kisah manusia. Dari hasil lompat-lompat blog, aku terlompat ke NurulWahapDepp. Sebenarnya aku tak tahu pun sis Nurul ni ada blog, Tapi dia pakai wordpress. Aku gigih membaca dari mula sampai akhir, sib baik jugak baru tulis, sempat khatam dalam sehari je. Kalau tulis dari tahun 2000, jenuhlah nak khatam.
Sebenarnya aku mula minat Sis Nurul lepas dia kawen dengan Mr Depp. Dulu tak minat sangat (kalau sisNurul baca, jangan kecik ati tau, tapi itu lah kenyataan). Aku suka tengok kehidupan Sis Nurul sekarang. Kalau baca mesti senyum sensorang, aku rasa kehidupannya kini sempurna dengan adanya suami yang menghargainya (romantik dan hensem juga), anak yang comel dan paling aku suka baca ialah bila dia bercerita tentang family in law yang sayangkan dia lebih dari anak sendiri dan cara mereka bila cuba berkomunikasi dengan Sis Nurul wpun tak paham bahasa melayu.
Setiap hari klik blog nak tahu citer terbaru, tapi sakit ati tak boleh komen dengan id blogspot. Demi nak komen, aku bukak akaun Wordpress, dapatlah komen beberapa kali. Lepas tu lupa password, jenuh cuba ingat balik, sampai ke saat ni aku tak jugak ingat. Klik sini Ini Wilayah RoseMawar, jangan gelak tau baca satu2nya entri kat situ, huhu. Tak boleh post dah sebab lupa password, maka diumumkan wordpress itu telah berkubur tanpa batu nesan kecuali aku jumpa balik password, huhu.
Aku tak tahu pun terpilih sebagai pembaca bertuah (sempena tahun ke2 blog NurulWahabDepp) hinggalah aku dapat emel dari Ina, PA Sis Nurul. 2 hari aku abaikan emel tu, sampailah ada kawan2 fb kata 'rugi ko tak pegi'. Akhirnya aku citer kat en abe mintak temankan sebab boleh bawak partner. Tapi check roster, en abe keje shift pagi pada hari Sabtu, memang tak sempat nak berkejar ke Bangsar sebab dia balik keje kul 3 ptg. huhu, acaner nih? punah harapan ku. #mujur jugak en abe tak dapat ikut, sebab yang datang petang tu samada dtg dengan adik@kawan pompuan. Takde yg datang dengan suami
Aku wsap Ina bagitau tak dapat hadir, tapi Ina kata 'cubalah dulu, bagitau balik sebelum saya cari pengganti'. Aku dari awal mmg bagi hint adik aku, Cik Viva untuk temankan, tapi dia awal2 bagitau tak berminat, korang kalau baca blog dia macam kelakar kan? tapi sebenarnya dia pemalu, macam kakak dia jugak. Okey, aku tahu korang tak percaya.
So, aku iklan kat FB, sapa nak temankan tapi semua ada tanggungjawab
Wsap adik ipar, dia nak temankan tapi ada kenduri pulak
Penyudahnya aku pujuk CV sekali lagi. Demi kakak kesayangannya ini, dia setuju temankan. Berdesup ke Palm Mall, Seremban balik keje hari Khamis tu semata2 nak beli kemeja putih (Tema Putih, katanya).
Okey setel dah bab sapa nak teman dan baju. Tapi ada lagi hal lain, malam tu si kenit dedar2 macam nak demam. Ah sudah, macam mana ni? Sekali lagi cik abe kata, pegi jelah .. kuar tengahari sikit, nanti dia balik awal, anak2 nanti pengasuh tengokkan.
Pepagi masak awal untuk anak2 yang nak kena tinggal. 11.30 pagi dgn CV naik Erl ke KL Sentral. Cuci mata jap Nu Sentral (first time aku masuk sini, tak tahu pun ada shopping mall kat KL Sentral, next entri aku citer ye). Kebetulan adik lelaki yang keje situ pun ada, kami ber3 lepak minum kat La Cucur. boleh tahan rega makananya, orang tak putus-putus masuk kedai, maju jugak kiranya.
my adik lelaki |
me and adik kesayangan, Cik Viva |
lapik perut kat La Cucur |
Kul 2 kami naik taxi ke Bangsar Village, bagitau pakcik taxi 'saya nak ke Cafe Pak Abu di Bangsar'. Pakcik tu tanya aku kat mana kafe tu? Terus terang cakap 'saya tak tahu pakcik, ni first time nak ke sana'. 2 kali pusing jugak taxi cari kafe tu, dahlah jalan sesak giler. Sib baik lah Ina (PA Nurul) cepat je reply bila aku wasap. Last2 baru nampak, kafe tu betul2 depan Bangsar Village, macam butik pengantin kafenya (terus teringat Pak Abu ni kot yang buat pelamin tu).
Kafe Pak Abu betul2 depan pintu masuk Bangsar Village |
Awal lagi, so pusing2 dalam Bangsar Village, takat cuci mata jelah, nak beli memang taraf poket aku. Kul 3, Ina wsap dah sampai, terus kami ke Kafe Pak Abu, kami antara yang terawal tapi ada lagi yang awal dari kami, hihi. Cam biasa, aku kejap je boleh sembang macam dah kenal lama. 'Hai Murni *lambai sikit* welcome to myblog'
Tak lama kendian Sis Nurul datang (MrDepp outstation tak dapat datang dan heronya Zachary tak sesuai lagi untuk bawak ke majlis kami, nanti tak terlayan katanya, hihi). Sis Nurul ni dalam tv ingat besar, rupanya tak besar pun wpun sedang preggy, yang pastinya dia tinggi dan senyumnya menawan. Suka tengok dia sengih dengan gigi tersusun tu ( hai sis Nurul, kalau lah dia sudi baca).
Pertemuan kami petang tu hanya2 borak2 santai sambil makan2 (ada nasi goreng, bihun goreng, roti jala dengan kari daging yang super mabeles). Ada jugak PiccaBooth yang kami boleh posing dan terus print, memula semua malu2 kucing, lepas tu terus jadi kucing tumbuk tanduk, haha. Katanya ' unlimited print' hambek ko, bergambar sampai lebam, haha.
Meh tengok gambar
Jom selfie kita |
PiccaBooth sesapa nak sewa untuk photobooth majlis kahwin sila ctc diorang kat IG PiccaBooth rega boleh runding, tapi dengan dia lah jangan pulak korang runding ngan aku, hehe |
sapa datang paling lewat kena denda nyanyi tp rasanya diorang lagi best sebab dapat berduet ngan sis Nurul suara sis Nurul memang best |
deco dalam kafe Pak Abu risau aku kot terlanggar@terpecahkan barang dalam kafe ni, huhu |
semua sedap di tekak aku |
jemput makan, ni first round round seterusnya korang bayangkan sendiri, hehe |
kari daging ni lembut sangat, telan air liur tengok gambar ni |
dapat goodies bag Jamu Mak Dara disampaikan oleh Mr Abib(anak mak dara) terima kasih ye (saya cuba habiskan jamu tu nanti, pesen payah makan jamu gini le) |
duk potpetpotpet sembang sambil makan-makan
tak sedar dah 3 jam kami kat situ
intai jam dah kul 6 petang
mintak diri untuk pulang
#baru ingat ada anak2 kat umah, huhu
ambik taxi ke Kl Sentral dan tepat jam 7 malam sampai Salak Tinggi
malam tu tido awal, penat katanya
btw, tq Sis Nurul dan Ina kerana pilih saya untuk majlis tu
moga ketemu lagi (kalau dijemput ler)
moga Sis Nurul terus maju dalam kerjaya dan juga bisnes
teruskan menulis, sebab saya mesti baca
cuma nak komen dah tak boleh, huhu
KLIK SINI UNTUK GAMBAR BELAKANG TABIR
#jangan gelak sangat tengok gambar kandid aku ye
KLIK SINI UNTUK GAMBAR BELAKANG TABIR
#jangan gelak sangat tengok gambar kandid aku ye
#fuh, lega dah tamat, selagi tak tulis macam ada hutang pulak
tq baca
(^_^)
Comments
wah beruntungnya dia.. akak pun minat dgn nurul.. pada akak dia cantik sangat..