Seperti dijanjikan dalam entri lepas, meh lah kita update citer raya walaupun dah masuk Syawal ke21. Ye ke? Sorry kalau daku tersilap kira
Raya kali ni kami berpecah kepada 2 kumpulan. Kakak dan Abam beraya di kampung, ikut adik aku, CikViva balik ke kampung 2 hari sebelum raya. Aku dan kenit pula beraya di Cheras bersama EnAbe dan family Mil. Sib baik enAbe keje shift petang, dapat lah beraya pagi tu. Ini tahun pertama beraya tanpa Fil, jadi semua adik beradik EnAbe pakat berkumpul dirumah Sil pada malam raya. Kami berharap Mil happy dan tak terasa kehilangan Fil dimalam raya.
Malam tu riuh rendah umah Sil dengan acara masak2, diorang ler yang masak. Aku jadi mandur je, bertuah punya menantu, huhu. Ada rendang, ketupat palas, kuah kacang. Emm apa lagi ye? aku pun dah ingat2 lupa, maklum dah nak basi pun cite raya ku ini.
Alkisah Pagi Syawal Pertama...
Bangun awal untuk mandi sunat Aidilfitri, pastu mengadap juadah raya, aku makan sikit2 dulu takut nanti keluar balik, diorang ramai2 gi solat raya, tinggallah aku dengan kekanak ribena. Bila diorang balik solat raya, barulah acara salam bersalaman maaf bermaafan, tak lupa acara bergambar sampai abis kodak, eh! macam2 pesen ada, nah sekeping sebagai hiasan.
Lepas tu ramai2 menziarahi pusara FIL, sedih tiba2. Moga Fil aman disana. Balik dari tanah perkuburan, terus balik umah sambung makan, sebelum Zohor aku dah lena dibuai lemak lemang, huhu.
Petang tu aku lepak umah Sil sementara EnAbe pula masuk keje shift petang. Tetamu silih berganti, sedara mara belah FIL ramai datang menziarah MIL.
Syawal ke2...
Masih di rumah Sil, lepas lunch kami balik umah sendiri, enAbe masih keje shift petang. Tinggallah aku ngan kenit kat umah, nasib lah kenit belum memahami erti raya. So dia tak kisah pun kami berkurung dalam rumah walaupun baru raya ke2.
Begitulah adanya sampai Syawal ke4, barulah kakak dan abam balik dari kampung bersama Mak dan Ayah sekali. Alhamdulillah dapat lah bersalam raya dengan Mak Ayah, terima kasih pada mereka berdua kerana sudi datang menjenguk anak sulungnya yang tak balik beraya ni.
Emmm... tak meriah kan raya aku kali ni kan? Takpelah, moga ada lagi Syawal tahun depan.
Kbai

Comments
Sy sbnrnya ok je raya kt mna2 pun, cuma tk complete satu family tu je yg buat kurang meriah. Hihi
Kasih ibubapa walau jauh datang berkunjung.