Skip to main content

Syawal 2015: Kisah Raya Kami

Seperti dijanjikan dalam entri lepas, meh lah kita update citer raya walaupun dah masuk Syawal ke21. Ye ke? Sorry kalau daku tersilap kira

Raya kali ni kami berpecah kepada 2 kumpulan. Kakak dan Abam beraya di kampung, ikut adik aku, CikViva balik ke kampung 2 hari sebelum raya. Aku dan kenit pula beraya di Cheras bersama EnAbe dan family Mil. Sib baik enAbe keje shift petang, dapat lah beraya pagi tu. Ini tahun pertama beraya tanpa Fil, jadi semua adik beradik EnAbe pakat berkumpul dirumah Sil pada malam raya. Kami berharap Mil happy dan tak terasa kehilangan Fil dimalam raya.

Malam tu riuh rendah umah Sil dengan acara masak2, diorang ler yang masak. Aku jadi mandur je, bertuah punya menantu, huhu. Ada rendang, ketupat palas, kuah kacang. Emm apa lagi ye? aku pun dah ingat2 lupa, maklum dah nak basi pun cite raya ku ini.

Alkisah Pagi Syawal Pertama...

Bangun awal untuk mandi sunat Aidilfitri, pastu mengadap juadah raya, aku makan sikit2 dulu takut nanti keluar balik, diorang ramai2 gi solat raya, tinggallah aku dengan kekanak ribena. Bila diorang balik solat raya, barulah acara salam bersalaman maaf bermaafan, tak lupa acara bergambar sampai abis kodak, eh! macam2 pesen ada, nah sekeping sebagai hiasan.


Lepas tu ramai2 menziarahi pusara FIL, sedih tiba2. Moga Fil aman disana. Balik dari tanah perkuburan, terus balik umah sambung makan, sebelum Zohor aku dah lena dibuai lemak lemang, huhu.

Petang tu aku lepak umah Sil sementara EnAbe pula masuk keje shift petang. Tetamu silih berganti, sedara mara belah FIL ramai datang menziarah MIL.


Syawal ke2...

Masih di rumah Sil, lepas lunch kami balik umah sendiri, enAbe masih keje shift petang. Tinggallah aku ngan kenit kat umah, nasib lah kenit belum memahami erti raya. So dia tak kisah pun kami berkurung dalam rumah walaupun baru raya ke2.

Begitulah adanya sampai Syawal ke4, barulah kakak dan abam balik dari kampung bersama Mak dan Ayah sekali. Alhamdulillah dapat lah bersalam raya dengan Mak Ayah, terima kasih pada mereka berdua kerana sudi datang menjenguk anak sulungnya yang tak balik beraya ni.

Emmm... tak meriah kan raya aku kali ni kan? Takpelah, moga ada lagi Syawal tahun depan.

Kbai


Comments

paridah said…
KALAU MSH BERSAMA SUAMI ANAK N FAMILI BERAYA TERASA JUGA KEGEMBIRAANNYA TU...DI TAMBAH DGN KEDATANGAN IBU BAPA YG TURUT BERZIARAH WALAU SELEPAS RAYA.
Irfa said…
Salam Syawal Kak Paridah..
Sy sbnrnya ok je raya kt mna2 pun, cuma tk complete satu family tu je yg buat kurang meriah. Hihi
Nieda Ramly said…
selamat hari raya irfa ...ramai & meriah juga beraya di rumah MIL
Zaitun said…
Salam irfa semoga cepat sembuh.
Kasih ibubapa walau jauh datang berkunjung.
Anonymous said…
Hi Irfa, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t