Skip to main content

Bila Mak Datang Rumah

Salam Selasa

Lagi ceritera dari gambar di henpon
# tengok gambar pun menitik air liur, selera makan menggunung sekarang ni

2 minggu lepas mak ayah datang
Sempat tido rumah aku 2 malam dan 1 malam tido rumah adik
Mak ayah datang sebab ada urusan pasal Umrah (Insha Allah Dec nanti)

Apa yang best bila mak ayah datang?
of coz lah makan-makan



Mak cakap
'korang balik kampung pun ma masak
ma datang sini pun, ma masak
abis tu, bila masanya korang nak masak?'

hahaha

aku jawab
' kitorang bawak ma ayah makan kat kedai jelah, buat apa penat2 masak'


Selagi ada mak ayah, ini lah masa nak bermanja dengan mereka
kadang2 bila aku post pasal mak masak
ada yang komen
' beruntung masih dapat rasa masakan mak, kita dah takde emak'
tiba2 aku rasa sedih sangat
tak dapat bayangkan kalau mak ayah dah takde nanti, huhu

Sebagai anak, kami adik beradik cuba membahagiakan ma ayah
setakat yang kami mampu
apa yang mereka sebut nak makan
kemana mereka sebut nak pergi
kami cuba tunaikan

YaAllah, bagi kami kesempatan dan kemampuan untuk membahagiakan mereka
Yang banyak berjasa dan berkorban membesarkan kami 6 beradik

# emo lak posting hari ni

ALFATIHAH UNTUK MEREKA YANG TELAH TIADA





Comments

QasehnyaRania said…
alfatihah
kan.
hikhiks
x puas rasa air tangan mak, kan !
lain drpd yg lain
ct cheery said…
Masak an Mak paling best. Ramuan kasih syg
paridah said…
masakan mak simple saja kan irfa tapi sedap teramat...
Eye_nee said…
Untung dan syukurrrr Alhamdulillah sgt2 kan sis..masih ada mak...akk yg dah tua ni pun boleh kata hari2 mkn kat umah mak walaupun dah duduk rumah sendiri...yg paling best nyer umah akk dgn umah mak lebih kurang 25 langkah kaki jer...hihihi....
Nora Karim said…
Aduh... sedapnya.... betul la irfa, untung masih ada mak.. saya xde dah keduanya... rindu sgt masakan mak!!

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...