Monday, April 16, 2012

Abam Dan 'Biji' Di Bibirnya

hari ni aku 'cuti setengah hari' kerana menemankan hero ke hospital seremban berjumpa dengan doktor gigi.ini ada kaitan dengan entri sebelum ini Adakah Itu Ulser.memula aku tak plan nak pegi pun sebab tu tak apply cuti awal-awal sebab suh cik abe je yang bawak ke spital.tapi bila difikirkan tentang masalah parking kat spital somban tu aku pegi jugaklah..kesian pulak cik abe nak cari parking lagi pastu nak menunggu lagi (banyak sangat kesiannya..hehe).

memula gi bekfes dulu takut nanti lepas jumpa doktor dah tak leh makan.lepas belasah nasi lemak ayam dan nasi lemak hati masak kicap (rasa boleh tahan la)..kami pun terus ke spital.sebab dah ada surat temujanji so takdelah menunggu lama..terus je bilik rawatan.orang tak delah ramai sangat..dapat no giliran pun 7004.kira pesakit yang ke 4 la.



persekitaran yang 'mesra kanak-kanak'



nampak tak no giliran 7004 tu..



di kelilingi oleh doktor-doktor yang murah senyuman..muda-muda lagi doktornya.kata doktor yang merawat hero.daging terlebih yang tumbuh di bibir bawahnya itu disebabkan kelenjar air liur yang yang sudah pecah akibat tergigit kerana gigi kekal yang tumbuh dan sedang membesar itu.(gigi kekal masih dalam proses untuk tumbuh sepenuhnya).tak boleh nak buat apa..sebab kalau buang melalui pembedahan biasa pun biji tu mungkin akan datang balik selagi gigi kekal tak tumbuh habis.so apa yang diorang boleh buat cuma ikatkan bahagian daging yang tumbuh itu dengan benang dan akan tercabut dengan sendirinya..aku ikut kata yang lebih arif..buat la apa yang doktor rasa patut.ai follow ;)





memula tak nanges tapi agaknya proses ikat benang tu menyakitkan sikit..tetiba dia melalak..aduh.ilang macho anak umie ni.



tara..dah siap di ikat dengan 'benang hitam'..mungkin akan tercabut dalam sehari dua ni

okey itu je nak cerita hari ni.babai ;)

16 comments:

Rai Ourkizuna said...

adoiii..ngeri la irfa... sure sakit gila..kalau aku takde la melalak..tapi meleleh air mata woo..

Aidah said...

Alhamdulillah bukan masalah besar. Kalau kena kerumun macam tu, kita yang dewasa ni pun boleh panik, Irfa. Hehehe.

Anonymous said...

tibe2 rase nak nanges sbb ngilu..adehh...huhu ~acikviva~

sweetie said...

Dalam proses membesar ni macam-macam yang dilalui.

kakcik said...

Ngeri juga tu!

Pok Amai-Amai said...

Uish....scarylah beb. Tp hero ko mmg hero. Aku pun tak sgp nak mengadap benda alah nie. Huhuhuhu...

lieynanilaz said...

ouchh!!...

Acik Erna said...

sakit tu abam..sian dia

cheqna said...

cheqna yang baca ni pun berkerut2 muka
membayangkan sakt..huhuhu

ainnoraini said...

sekarang kakain pun ada sebijik jugak mcm tuu..sakit giler..nak makan pun susah...

Lady Windsor said...

uikss abam untung, ramai awek manis dok keliling dia naaa....hehe

Arena said...

Adesss macam sakit jek..

Balqis Nazid said...

alahai siannya...

ngeri pun ya juga..

hernyhafiz ^_^ said...

:) good boy.... bila dah luruh bind tu ok lah...

lienda said...

siannya....! tapi still macho per.....

syed muhsin said...

Sya baru kena ni adohaiii tk tau nk buat ape nk gi hospital takut.sama lah bijik nya.cam ne niiiii tolonggggg