Skip to main content

Cabaran Bila Berpuasa

semalam dah ganti posa (2 hari je pun kena ganti) so tinggal sehari je lagi.minggu depan la kot ganti sehari lagi tu.hehe.perasan tak kalau posa kat opis..rasa sejuk semacam.sejuk sampai ke tulang hitam orang tua kata.sejuk sebab lapar plus ekon memang sejuk tahap nak beku.kalau kat umah tak sempat nak sejuk sebab banyak keje kena buat.ye tak?

kalau posa apa yang selalu mencabar kesabaran korang?

1-ko sorang je posa,orang lain buleh makan cam biasa.kejap-kejap ada orang offer makan..(hulur kopok ke?)tensen tak?cabaran posa bukan dibulan Ramadhan ni lebih terasa




2-makan/minum boleh tahan lagi tapi tiba-tiba rasa ada benda tergolek-golek dalam hidung.intai kat cermin takde apa pun..memang itu aku rasa dugaan paling hebat.tak payah nak rasa geli sangatlah..korek hidung tu normal cuma korek hidung di khalayak ramai je yang agak memalukan.hehe

betul tak?aku rasa itu adalah mainan syaitan je.hehe

Comments

Misz-ella said…
saya pun semalam berpuasa. saya sorang je kat off ni yg puasa lak tu. cabarannya memang tersgt lah hebats.
Kakcik Seroja said…
Yang sehari itulah kadang2 'sakit' nak dibuat. Sebab 'sehari', selalu fikir 'nantilah...'.

Alhamdulillah, kakcik dah habis ganti yang tahun lepas punya. Tapiiiii... dulu-duluuuuuuuu punya?? (~_~)
Irfa said…
kakcik..
semalam pun saya rasa sy sorang ko(mgkin ada yg lain tapi diorang diam je..hehe).balik melepek..sib baik sampai umah dh nak magrib,terus boleh makan je :)
Irfa said…
betul tu kakcik..kalau kena ganti sebulan pandai pulak cari waktu nak mengganti.sib baik dah 3 anak saya ..tak penah pulak bersalin/pantang dalam bulan Ramadhan..kalau tidak,jenuhlah mengganti

dulu2 punya?zaman kanak-kanak ke zaman remaja?kena fikir gak ni
Unknown said…
arghhh...aku tak abis lagi ganti pose..eh..kotak komen ko berubah lagi eh.. rajin ko pomen blog ek..pomen blog aku sekali beb.. haha..
Yunus Badawi said…
Bila puasa memang rasa sejuk lebih bila di opis.

Masa saya kerja sykt kulit kerang dulu, naik menggigil kalau kat opis termasuklah semasa menghadiri kuliah tengahari di bulan Ramadan.

Tapi kalau pergi site di hari yg panas, rasa nak pengsan pulak sebab terlalu dahaga.
Yunus Badawi said…
Irfa cuti tahun lepas 3 hari aje ke? Wah senanglah nak ganti.

Emak Adam semasa melahirkan Adam kena ganti hampir sebulan penuh sebab adam lahir 5hb Ramadan. Dapat puasa 3 hari sahaja masa sebelum Adam lahir.
~Cik Sweety~ said…
uwaaa...puasa tak ganti lgi neyh.. (*_*)
lieynanilaz said…
cabaran berpuasa gitulah..haha.
Biarlah rahsia said…
muju akak dh habis ganti puasa...ada kenangan gak puasa ganti tahun ni...rasanya awal tahun kot habiskan saki puasa ganti slps puasa 6 hr tu...puasa direct 3 hr...nak dijadikan cite...terlupa hari yang k.bi puasa tu ada event...hari pertama puasa kena gi melawat tempat org...mmg sah sah org jamu mkn sedap2...penat travel lg, pulak tu kita ketua rombongan...sabar je la...boleh terlupa ada lwtn, tapi teruskan juga berpuasa...hari kedua puasa rupanya ada makan2 kat opis meraikan staf yg pencen...tengok aje lah org mkn...hari ketiga ada mitin belah pagi (everytime mitin mmg sedia makan) sebelah petang org dtg melawat tempat kita pulak...juga jamu mkn sedap2 dan k.bi juga yg kena entertain tetamu mkn...bila org tanya knp tak mkn sekali...mcm2 alasan bagi...

bukak puasa ptg tu...sbb dh hbs ganti puasa dan bermcm dugaan sepanjang 3 hr berpuasa....belanja mkn hubby dgn ank2 sedap2 kat KB...hadiah utk diri sendiri juga...sorry komen terpanjang.
Irfa said…
bukan senang nak pahala lebih :)
Irfa said…
mmg cabaran sungguh tu
3 hari menahan diri bila tgk org makan2 ;)
kuat jugaklah kak Bie ni yer

saya suka baca komen yg panjang2..
Irfa said…
cepat,cepat..ramadhan just around de conner ;)
Irfa said…
total 5 je..dah ganti 3 masa mula-mula dlu
tggl lagi 2 ni yang bercinta nak ganti

so far 3 anak saya tak penah ada pengalaman pantang dalam bulan Ramadhan..YB pun boleh tolong emak Adam ganti posa kot..hehe
Irfa said…
sejuk salah..panas pun salah ye ;)
Irfa said…
cepat ganti.nak kena babab ni :)

rajin kan aku?
saje je try kotak komen baru ni..dah lama cari tpi tak tahu nak godek tang mana..aku ada baca komen kak pb tadi mcm mana nak buat kotak komen boleh reply ni.
nak ker?
gi kat dashboard..setting..pastu comment..gi kat Comment Form Placement..kendian Embbedded below post
Aku perasan sgt2 beb. Mmg aku pun mengalami nsb yg same mcm ko. Erk...!
Irfa said…
takpe..itu maknanya kita ni manusia normal ;)
berpuasa bukan pada bulan ramadhan merupakan suatu cabaran yang amat getir. bertabah ye sayang : ) orang hulur makanan ko ambik je,simpan makanan tu tuk bukak puasa.boleh gitu.
Biarlah rahsia said…
paksa diri...sebb dah niat dan siap bersahur kan...so teruskan juga...
Acik Erna said…
dik..akak tak de masalah..kalau dah niat..tak tergoda lansung..sebab dah biasa buat isnin kamis..
Irfa said…
hahaha..
malu la nak ambik
macam budak2 pulak simpan makanan nak berbuka ;)
Irfa said…
wajib ganti so nak tak nak kena buat jugak
Irfa said…
itu kena belajar lagi menahan godaan
dah biasa nanti okeylah

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t