Skip to main content

Bila Abam Dah Pandai Membaca



abam masa tadika 6 tahun (tahun lepas la ni)

dulu.........(macam la dah lama sangat..xceli tahun lepas la kan) aku sangat risau dan pernah meluahkan kerisauan aku kat blog kesayangan aku ini.aku risau bila dia belum lancar membaca.aku risau nanti masuk darjah 1 dia ketinggalan dari kengkawan yang lain.aku siap hantar tusyen kat jiran yang mengajar kat SRK(SmartReaderKid) tu dengan harapan dia akan boleh membaca dengan lancar bila masuk sekolah nanti.

pendek kata macam-macam la aku risau.dia kan The Only Hero :).tapi syukur masuk je darjah 1 dia boleh membaca sukukata pendek dan sekarang dah boleh membaca dengan lancar.tapi yang bestnya bila dah pandai baca ni semua benda dia nak baca.termasuk diari aku.huhu.tapi siap komplen..umie tulis apa ni?huruf apa kecik-kecik ni?abang tak paham la.



gambar sekadar hiasan

paling tak tahan..dia kan tido sendiri dalam bilik kakak..sekarang bilik kakak dah jadi macam bilik dia..entah apa dia buat agaknya membelek-belek dalam bilik kakak malam-malam tu,tetiba dia kata 'umie.abang jumpa surat kakak.abang baca dan rasa sedih sangat surat tu'.terkejut aku surat sapa?bila dia gi ambik surat tu,rupanya itu surat anak pengasuh merangkap kakak angkat si kakak.surat itu macam surat nak cakap nanti dah pindah duk kampung jangan lupakan diorang.aku nak gelak pun ada.nampak gaya kena sorok diari kakak kat tempat lain..nanti dengan diari kakak pun dia baca sekali.tapi aku dah pesan kat dia 'tak baik baca surat orang'.

itulah kisah si abam yang tengah seronok sebab dah pandai membaca.tak perlu heran kalau anak korang dah boleh membaca masa umur 3 tahun..ini kisah anak-anak aku je :)

Comments

gerhana luka said…
saya risau gak anak saya 6 tahun ni belum pandai membaca lagi cuma boleh baca 2 suku kata, saya kurang kesabaran dalam bab mengajar membaca ni. Bukan apa kat sekolah ajar lain kat rumah ajar lain takut budak2 keliru.
Irfa said…
GL..
jangan risau.masuk je skolah darjah 1 nanti dia akan pandai dengan sendiri.
itu ikut pengalaman saya la..saya pun bukan sabar sgt nak ajar sendiri tu psl kena cari org ajar.skrg tengah ajar mengajo sbb susah nak hantar umah orang waktu malam..siang pulak sy tak harap dia jalan sendiri ke rumah ustazah.mmg banyak kena sabar ni
Nina K's Luviee said…
cutenye blog...jom follow my blog. i will follow yours.... http://nina-wns.blogspot.com/
Irfa said…
Nina..
tq sudi singgah sini
oren said…
owwhh..

akak risau si muhammad nih..dh 6 tahun, tapi huruf pon, dia tak berapa nak kenal lagi..

harap by hujung tahun, sblm masuk drjh 1, dpt la membaca..
HUD AIKARA said…
teringat pulak saya masa kecik2 dulu...saya boleh membaca masa umur 6 tahun. Sebab yg berkobar masa tu ialah nak baca majalah kartun dan komik. yang ajar datuk angkat. penatlah dia tiap2 hari ajar saya huruf dalam dialog kartun tu.hahaha...tak sangka lepas tu adik saya yg bongsu pulak ikut cara saya. sebab nak baca komik doremon punya pasal dia sanggup belajar membaca. Masuk tadika dia dah boleh baca komik...hehehehe...rasanya komik memang boleh buat kita pandai membaca!
paridah said…
Tahniah abam...suka dgr cerita irfa tentang anak2 tersayang yg diberi didikan sebaiknya demi masa depan cemerlang....
Irfa said…
samalah masa sy risau ngan irfan dulu.alhamdulillah..masuk je darjah 1 dah okey w,pun agak merangkak pd mulanya.insyaAllah..muhammmad pun sama agaknya :)
Irfa said…
wah!hebat jugaklah..komik punya pasal yer
tapi saya perasan bdk2 ni jenis belajar sambil main-main
kalau mengadap betul2 susah nak masuk otak
Irfa said…
tq kak ;)
malu juga kadang2 sbb takde citer ilmiah pun
tapi itulah kenyataan..selain hal keje,hal diri sendiri..selebihnya adalah citer anak2 je..dah itu kehidupan saya pun

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t