Skip to main content

PilihanMu PilihanKu..

ni kisah minggu lepas.pada hari kejadian aku berjalan-jalan di sebatang sungai..hehe,lawak la konon.taklah..aku berjalan-jalan kat balai berlepas.hari jumaat kan waktu lunch 2 jam so banyak la masa nak cuci mata (selalunya aku jarang keluar kalau takde hal).

oh lupa,hari tu keluar jugak sebab nak jumpa kak Erna yang tiba-tiba datang ke klia sebab nak temankan kawannya yang teringin nak makan puding roti tersedap katanya (so far aku tak penah la pulak makan puding roti itu).tapi sayang takde rezki..puding roti itu tak jual pada hari diorang datang.sian kat kawan kak erna tu.kami jumpa tak lama sebab diorang dah nak balik.lepas tu aku jalan sorang-sorang sambil cuci mata tengok duty free shop.tiba-tiba aku tersesat kat kedai Sembonia.hahaha..sila percaya yang aku tersesat ;).tapi aku heran la nape rega kat kedai Bonia dan jugak Sembonia dah makin mahal reganya?macam la berjenama sangat.dulu tak macam ni punya mahal..hehe.suka ati la.nak beli,beli je..tak nak beli,nyah kau dari kedai ini..banyak cakap la kata aku kepada diriku sendiri.



aku ternampak kasut yang lawa ni kat rak kasut tu.nampak cam selesa je pakai jalan-jalan.ada 4 kaler yang berbeza.dalam diam aku pilih kaler merah dan saja gatal ambik gambar nak tunjuk kat cik abe.sekali beliau pilih kaler biru.huhu

selalu jadi gitu kan?kita mesti nak pilih yang mana cantik dimata orang tersayang kan?walaupun sebenarnya kita lebih suka yang lain..ker aku je camtu?sebab itu ada ketika kalau aku nak beli sesuatu yang aku berkenan,aku beli je baru tunjuk kat cik abe.hahaha.sebab kalau dia pilih yang bukan pilihan aku mesti aku rasa tak syok je nak ambik pilihan hati aku tu..so dah beli baru cakap..boleh gitu?korang pulak macam mana?tapi ini bukan dalam semua hal la..kalau aku berkenan sangat-sangat aku beli je.cuma ada ketika nak mengada-ngada barula aku tanya :) tapi selalunya gitu la.kalau boleh mesti la nak yang cantik dimatanya..sebab yang nak tengok hari-hari adalah dia.tak gitu cik memon?

Comments

pB said…
lagi seronok , kalau kita pilih hok kito ke'nae , pah tu dio pulok hok tulung bayar ...
NenetPenne (NP) said…
aku suka merah tu...
berapa hengget u?
mcm lawa pulak
new collection eh?
NenetPenne (NP) said…
tapi kaler biru pun ok gak..
u at least encik abang nak belikan
i dulu, belilah sendiri dgn duit pun sendiri jugak..harapkan dia tu..hampeh
eh tapi sejak2 tak jadi laki ni, rajin pulak dia nak beli mcm2..wahhh ada harapan nih...ahaks...
Irfa said…
KAKPB..
hok tulung bayar tu meme la sgt besh.
hehe
Irfa said…
NET..
sama la pilihan kita,hehe.reganya sebelum diskaun rm99 kalau tak silap..lepas staff diskaun 10persen la..new arrival katanya.

belum beli lagi sbb belum gaji tapi dah booking pun.hehe..sendiri bayar la ;)sian dia sebab banyak benda lain nak kena bayar.saya x kisah pun ;)
aNIe said…
Irfa.. kalau akak... akak pilih yg coklat..senang nak match... tapi akhir2 ni pilihan warna akak dah macam pilihan warna org2 tua dah je...hahahah
lieynanilaz said…
saya suka yg sebelah biru tuh!!...

sesekali apa salahnya kalau nak keluar duit untuk diri sendiri ye dak...hehe.
Angah said…
Kalau aku amat la terbalik hahaha..biasanya pilihan laki aku adalah lebih baik dari yang aku pilih. Hes got an eye for these things la..3 kali dia belikan aku jam yang ku sangat berkenan, sandals, outdoor shoes pun..dia pandai cari yang nampak rare sket..

aku pun ok jek la..and thats why kalau nak cari barang dia adalah agak boring nak ngikut sebab nak jumpa yang dia berkenan tu payah. Layan jek laaaa..
Aidah said…
Dah beli ke belum? Cantiklah tapi mmg betul Irfa. Bonia sekarang dah mahal sangat, tak macam dulu.
asyifamustaffa said…
adehhhh...kaler biru ssh pulak nak macing kan ngan pakaian...huk3....sy suka kaler krim tu ngan cekelat la......
kedai mana nie ye..? cam cun je design tu...hehe...
Nieda said…
Pilih je yg mana berkenan sbb kita yg nak pakai pon. Saya la...
Zareda Norman said…
irfa

hohoho pilihan cik hubby tak pernah mempengaruhi taste akak tapi taste akak memang sll mempengaruhi pilihan cik hubby hehehehe.. Wpun dia yg bayar..

Bagi kak zar klu cantik di mata kak zar cantiklah di mata org lain.. Tapi kasut biru tu laa gak.. Pakai dgn jeans mmg awesome.. :-)
Acik Erna said…
anie.tumpang lalu kat tempat irfa ni..akak pulak dah tua tapi tang warna masih nak yang muda.he he
dik irfa..tak tunuk tumit kasut pun..tinggi ke rendah..kalau tinggi akak dah tolak tepi..tak pandai..
Lady Windsor said…
Err cemane lak I buleh suka semmo kaler...hwarghh pokai lagu ni...dah le kalu nak, sendiri beli sendiri bayar...hmm x boleh jadi...kena cari bapak gula..muehehehe!
Nisa said…
Untung kalau si Abe yang bayarkan. Kita hanya point this, point that. A happy moment!
NenetPenne (NP) said…
RM99? oooh dalam range boleh dibeli lagi tu...

nanti nak cekkidaut lah kat subang parade nanti
Nida said…
Suami Nida tak kisah mana2 pilihan Nida.. tapi kalau emak Nida memang cerewet dan selalunya kami memang berbeza citarasa..hehe
gerhana luka said…
sama la selalu gak barang yang saya berkenan suami tak berkenan. kalau dia yang nak bayar ikut je pilihan dia janji mata dia sedap tengok. Kalau sendiri beli sendiri bayar, pilih je ikut suka yang mana hee.. takde tanya2.
saya suka gak yang kaler merah tu cantik, cam seksi je kaki bila pakai kaler merah hee...
Irfa said…
wokey..
nanti bgtau selesa ke tak ye
Irfa said…
cik abe pun tak kisah cuma kalau saya paksa suh dia pilih kenalah dia buat pilihan..tapi kalau saya nak jugak,saya beli je ;)
Irfa said…
give and take katanya..
cantikkan merah tu?
Irfa said…
oh sgt best kalau boleh main tunjuk-tunjuk je ;)
Irfa said…
bapak gula?nanti kena kencing manis..hehe
beli je sume kaler..saya ni susah nak cari size,so kalau nak satu2 tu nampak je terus tanya size 8/9 ada tak?hahaha
Irfa said…
itu tumit rendah je..jenis flat..so selesa kalau nak jalan-jalan santai.saya pun dah lama tolak tepi kasut tumit tinggi.kang tak pasal kena buat fisio balik.tak mau dah kalau boleh
Irfa said…
hehe..mesti pengaruh suh ikut pilihan kita yer?
baik tak yah tanya kalau cantu ;)

biru lawa jugak..merah pun lawa.camner tu?
Irfa said…
sendiri bayar kan?hehe
Irfa said…
kat sembonia.klia sepang..new arrival katanya
ada yg kata kalau kat klia ni limited..kat luar takde stok
org kata la..
Irfa said…
belum lagi :)
malu je citer kan?
tp dah suh adik promoter tu simpan kan size yg saya nak
sbb saya susah nak dapat size
mmg bonia dan sembonia dah mahal giler skrg
Irfa said…
oh kiranya beliau perunding imej ko la yer?
bagus tu

tapi betul la ko cakap..lelaki pilih barang agak cerewet jugak
Irfa said…
semualah lawa ;)
kalau pompuan nak berkira setiap sen yang dia belanjakan sy pasti org pompuan paling banyak duit.boleh pakai gelang sampai siku.sbb katanya itu tanggungjawab suami.tapi berpadalah..kalau mampu bayar sendiri,bayar jelah..itu pendapat saya
Irfa said…
ish tak baik tau..mana ada kaler orang tua.
coklat senang match tapi sesekali nak jugak kaler yang menyerlah ;)
dari jauh org nampak kasut dulu..hahahaha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t