Skip to main content

Nak Tupperware Eco Living Set, please

bila gi tapau makan kat kafe @ terbeli nasi lemak akak depan simpang tu..aku mesti rasa serba salah bila makanan dibungkus dengan polisterin.kalau bungkus ngan kertas kaler cokolat tu aku masih boleh pejam mata lagi..yelah kertas tu cepat sikit boleh lupus berbanding polisterin yang katanya takkan lupus sampai bila-bila.

bayangkan berapa banyak yang kita buang setiap hari?itu kita dalam satu rumah..kalau satu taman,satu negeri,satu negara dan satu dunia?macam mana?tak terbayang masa akan datang anak cucu kita akan hidup disebalik timbunan sampah tak boleh lupus ni.fuh,ayat tak boleh blah.dah macam Menteri Alam Sekitar je kan?hehe

itu baru citer polisterin..belum citer pasal lampin pakai buang lagi.(aku masih dalam proses nak ajar si kenit kencing berak kat jamban).buruk je sebut jamban kan?nak manis sikit sebut toilet.cis,omputeh la konon.

sejak tahun lepas aku berjinak-jinak dengan koleksi Tupperware ni.tak banyak mana pun koleksinya tapi ada la..tahun ni belum beli waima (lama tak sebut ayat ni) sebiji pun lagi.tapi dalam hati ada taman eh silap.dalam hati ada berangan nak beli set yang ni..huhu.agak-agak kumpul duit Nuffnang tu bila tahun aku boleh beli yer?



gambar dari sini MADAM TUPPERWARE

Comments

keet said…
bagus2..dh mcm kempen kesedaran jgk ni..untuk kebaikan alam sekitar kita jugak..bumi ni pn umpama manusia.. makin lama, makin tua..akan cepat jatuh sakit kalo tak dijaga kesihatan dan kebersihannya betol2....
BungaTulip said…
Ehe akak wat koleksi gak ea tupperware? kite ada 2 biji je botol air tupperware. satu letak kat umah satu lagi bawa gi ofis. walaupun harga sedikit mahal tapi berbaloi jugak untuk kesihatan tidak macam bahan plastik yang lain, takut memudaratkan badan
Kakcik Seroja said…
Suami kakcik rajin beli set tupperware, tapi isteri dia sayang nak guna! :)
BAgus betul niat tuan blog ni.
prihatin terhadap alam sekitar.
Irfa said…
SumBodyMe..
tq sudi singgah sini.betul tu.akak bukan citer sebab nak promosi tupperware tpi itulah kenyataan..bumi kita dah semakin tua :(
Irfa said…
Bunga Tulis :)
tq sudi singgah sini.bekas makananan je yang ada.botol tu akak belum beli lagi tp mmg ada dalam wishlist.kalau dapat beli set tu memang sume ada..
cuma duitnya la belum ada lagi (bukan takde..tapi bajet utk itu takde).
Irfa said…
KAKCIK..
best tu..
rajin cik abang akak yer
kalau kakcik sayang nak guna,bagi saya guna ;) tapi betul la..sayang nak guna sebab cantik sgt.hahaha
dee said…
tupperware best! hehehehe
lieynanilaz said…
saya selalu beli yg tippuware...belom berhajat lagi beli tupperware..mungkin bila dah kahwin kot..ahaha.
emarieys said…
bagusnya.. semangat persekitaran yang bersih...
MOKCIK AZWA said…
Mokcik peminat tegar tupperware jugak..mujur dah insaf sekarang dan dah guna semua koleksi tupperware kat rumah dan bukan sekadar hiasan semata hehehe..
Aidah said…
Cantik tapi harga pun boleh tahan jugak. Set tupperware yang akak ada kat rumah ni pun org bagi hadiah kahwin berkurun dahulu. Hahaha.
Lady Windsor said…
Irfa,
Saya kumpul Tupperware juga, bila datang adik beradik kita isi makanan tapau...depa kata kira sedekah dgn bekas sekali le...hahaha apa lagi nak cakap...tapi memang saya nak bagi depa pun..:) cuma tak nak nampak baik sangatlah konon bagi makanan saja buat alasan..hihi
Arena said…
Aku nampak ada bebudak opis lain kat bangunan opis aku, bila gi lunch diorang bawak tupperware sendiri. Bila tapaw memang bawak tupperware sendiri. Gigih bawak 3-4 bekas kalau beli nasi ayam untuk letak nasi+kuah+kicap+sambal separately. Air pon letak dalam tupperware gaks. Bagus kan. Bila aku nak rajen gitu.
herny ridzwan said…
rasa bersalah pulak tanam pokok dalam bekas styrofoam. hihihi.. tapi saya tak pakai lampin pakai buang untuk anak..saya pakaikan cloth diapers..saya pun adalah sikit barang2 tupperware. kalau botol air wajib tupperware eco tu ;)
Mummy Sher said…
salam kenal. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D
Irfa said…
DEE..
rega pun best gak :)

LIENANILAZ..
akak dulu masa bujang pun mana minat tupperware ni.penah gak ckp 'makcik2 je minat tupperware ni'haha.skrg akak lak jd makcik2

MAMAEMA ..
:) sama2 jaga alam sekitar
Irfa said…
KAK AZWA..
mula2 dulu sayang nak pakai.nak bg anak bawak gi skolah pun takut hilang.tp skrng pakai je cuma bab bg anak bawak ke sekolah tu belum lagi..
hilang nanti mak nanges lor
Irfa said…
KAK AIDAH..
wah lagi best dapat free
masa saya kawen dapat hadiah tuala dan set gelas dalam kotak je

LW..
bestnya..makanan dapat,tupperware pun dapat.kira macam souvenier la tu.banyak bajet nak beli tupperware kalau tiap2 minggu nak tapau ;)
Irfa said…
ARENA..
mmg tabik la kat budak2 opis ko tu smpi bawak banyak bekas.aku takat satu bekas jelah..sume campak sekali dalam tu.hahaha

HERNYHAFIZ..
rasa bersalah jugak pakai lampin pakai buang tu..ada beli ClothDiaper masa mula2 dulu tapi kurang rajin nak basuh..so tak pakai pun :(
Irfa said…
SHERWIEYNA..
tq sudi singgah sini :)
pB said…
kalau tak pakai brand tupperware , tak boleh ker ???
Irfa said…
KAKPB..
boleh je.nak pakai tipuware aiskrim pun boleh.hehe.bukan kena saman pun.
oh satu lagi,Cosway pun ada jual bekas yg sebijik sebijan sama mcm tupperware punya design
Anonymous said…
Salam, saya ada jual Tupperware klau nak beli boleh la bagitau... Tupperware ni mmg bagus sebab ia berkualiti walaupun harganya agak mahal...
Anyway klau berminat nak tgk Tawaran Hebat Tupperware boleh la bukak FB saya Norazlin binti Ab Ghani... TQ ;)
Lady Windsor said…
Tapau guna tupperware tu setahun sekali jer...the rest tu guna container plastic biasa je la tak pun plastik air batu...(>.<)
Sha said…
Assalamualaikum. Sha ada jual tupperware gak. Kalau x minat nk beli 1 set, boleh share2. Sharing is caring, kan? Jalan2 FB sha utk tgk2 mana tau berkenan. Harga mmg special abissss! Boleh matching2 colour lg. Fyi, Tupperware brand mmg ada kualiti + BPA Free lg.

Sha pun member Cosway gak. Dulu pengumpul coswayware tp sekarang Tupperware sbb dh tau apa kualitinya.... Huhuhu

My FB : Bakealicious Home Bakery

Sha ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t