Skip to main content

Teka Lagu

Ni kisah 'warga paling kecik dalam rumah aku' dialah yang sentiasa memeriahkan suasana menghibur kami semua.umurnya kini 2 tahun 3 bulan dan 4 hari (refer sticker belah kanan tu la..aku mana la dapat kira dengan tepat.hehe).hobi terbaru adalah menyanyi..lagu feberet dia ialah lagu tema BoboiBoy,Astro Ceria dan drama Cuak yang ada Mia Nasuha tu.dia juga sangat suka main masak-masak ;)..sesuai la ngan jantina.kalau main tembak-tembak aku pun risau

kalau korang terer cer korang translate lagu ni..versi pelat si kecit Hajar.boleh kata hari-hari akan nyanyi lagu ni.hadiah takde yer :P

'emang..ate aki.eti amu..api ebih aik.anyak'
lalalalalalala (lupa lirik la tu)



mulut muncung tu sebab nak sebut 'Omie'..tu tengah sebut huruf 'O'



nampak tak 'ebi emam'..siap letak kain kat dahi.



haa..ni la 'emak' baby bear putih tu

esok dan lusa cuti boleh la umie temankan dia main masak-masak ;)

Comments

Unknown said…
emangnya ku pikirin...hadeii..

'emang..ate aki.eti amu..api ebih aik.anyak'
memang kata $#%@#% kamu, tapi lebih baik banyak...

hahaha..lagu apa ni irfa!!
gerhana luka said…
haaa...haa... memang budak2 suka lagu alif satar ni anak saya pun sama la lagu ni duk bermain kat mulut.
alaa.. pandainya main emak2 ya jangan mandikan bear tu betul2 udah hee...
Kakzakie Purvit said…
Kakak tak dapat agaklah lagu apa juga yg si comel ni nyanyi...

Betul anak perempuan memang suka main masak-masak dan jadi ibu pada patung dia. Tak lama besar sikit jadi cikgu pada patung-patung pulak...
Balqis Nazid said…
comelnya....apalah yang si comel ni nyanyi ek....
Anaasuria said…
hahaaa.. jap nak teka..

memang tiada lelaki seperti aku, tapi yang lebihh baikk banyakkk.. !

kekeke.. anak2 kita pun, hari2 nyanyi lagu ni...
mummY daniSha said…
danisha suke main masak2 gak..tp bila kazen die boy main pistol ,danisha pun mtk nak pistol tp pink heeehe
Acik Erna said…
alo..comelnya dia nyanyi lagu apa tu dik..kalau dirumah ni..dah beso pun asek nyani lgi jimmy palikat tu je
Rumah Kuning said…
memang tiada lelaki seperti aku, tapi yang lebihh baikk banyakkk.

hehehe pandainya....sama spt jawapan anaa kat atas.
Hanis Azla said…
dahlah muka tu comel sangat, aksi2nya pun comel jugak.. jadi geram tengok.. bijak betul.. tp nak teka lagu tu mmg tak bolehlah.. he..he.. lahu apa agaknya ye?
oren said…
budak yg nama awatif nih mmg suka nyanyi kut??

my awatif, mulut serupa anak burung..nyanyi sakan..kdg, bila dh mlm, tutup lampu semua pon, bila mai roh menyanyi n berjoget, mmg bergegar kelambu..hahaha...

kdg, dok pikir..sok2 dh umo 5-6 tahun, mesti takde sapa nak buat suara chomel, menyanyi ikut suka hati..hmm..

btw, muka hajar dh mcm muka abang dia, eh??
Comel gile la si kenit nie. Geram lak aku. Hah? Lagu pe tu beb? Aku tak ley tgkp la...tp mcm familiar pun ye. Yg penting, si kenit ade ciri2 jdk sorang doc. Kemain pandai meredakan kepanasan baby bear putih tu. Huh!
Rinah said…
lagu timang tinggi-tinggi kan?! betul ke? hahaha

lirik -> Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Afasz said…
temuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
tepuk adik pandai,
bila malam mak upah susu....

:D
Deqna said…
pandainya si tecik ni nyanyi, comel je mulut cam tu. Terus terindu anak kat rmh (masih dlm tren ni on d way blk)
Lady Windsor said…
Mak baby sama comel dengan baby...pinjam jap kedua-duanya...hihi!

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...