Skip to main content

Hujan DiLuar Sana,Bukan Dihatiku



tajuk cam mintak pelempang je ;).saja je 'panas' kan hati yang tak berapa nak sejuk ni.dari dalam opis ni nampak hujan lebat di luar sana..

korang kalau duk opis..tiba-tiba hujan lebat,apa yang pertama sekali korang ingat?

a-'bestnya kalau cuti hari ni.dahlah hujan...sedap tido ni'

b-'alamak..kain aku sidai pagi tadi..janganlah basah kena hujan'

c-'sian anak2 kat umah pengasuh bila hari hujan..nak pulak ada kilat mesti dia takut'

d-tiada satu pun yg dia atas :)

aku tinggalkan soalan cepu gangsa tu untuk korang fikir-fikirkan..aku nak gi jenguk kat balai berlepas sebab fil kata ada pakcik dan makcik cik abe yang nak gi umrah hari ni..

cau

Comments

Mak Wardah said…
Irfa,

Akak kalau hujan ribut mesti otak focus anak dulu, Ya Allah kelas Along tinggi skali, janganlah Along duduk tepi tingkap. Ya Allah, janganlah Wardah charge hp sambil main game, bukak fb....hehehe itulah perangai mak wardah
Unknown said…
A! hahahahahaa....
Anonymous said…
Jawapan saya - (b). a, tak sebab memang jenis tak tido siang. c, tak sebab anak bukan kat rumah pengasuh. Either kat sekolah or with me kat kedai...tapi kalau depa kat sekolah...risau gak. -Leney
Anonymous said…
makan sup sedap ni
hehehehe
Irfa said…
MAK WARDAH..
hehe..yg ada anak,mesti igt anak dulu kan?tambah2 lg kalau anak kecik..
kalau anak dah besar mgkin kurang risau sikit

RAI..
a?
sesekali je tapi selalunya aku igt kain :)

LENEY..
samalah kita ..bukan apa kalau dah nak kering dan basah balik..aduhai tensen

CHEQNA..
ha'ah la..tomyam panas dan pedas pun boleh gak tu..takkan ada yang ngidam nak makan aiskrim masa hujan kot
lieynanilaz said…
well..memangdangkan aku ni bujang lagi..jawapannya ialah A.
Rinah said…
aku jawab D. tadi aku terfikir aktiviti lain yang jawapannya tiada ;) hehehe
Aidah said…
Akak kalau hujan suke terutama kalau duduk rumah tapi kalau dalam perjalanan memang saspen sangat takut banjir kat mana2. Tapi waktu hujan ni kenalah banyak2 berdoa sebab insyaAllah waktu hujan antara waktu makbul doa. Mudah2an.
A - Aku tak nah heran psl tido time ujan.

B - Aku selalu sidai kain baju dlm umah (klu keje)

C - Hah! Yg nie aku ade gak terpk! Eh, tau2 je ko eh? Hahahahah!
aNIe said…
Sebab akak tak bekerja...jawapan akak...sedapnya tidoo....
Unknown said…
teringat anak balik sekolah,sian kena hujan,aduhhh kasut basahlah tuh,dahlah kasut sek tu kontang kanting satu tu jeh.....he he itu yang aku pikirkan sejurus lau hujan turun lebat !

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...