Thursday, July 26, 2012

'Suko Selok' layan You Tube Ustaz Azhar Idrus



tahu makna 'Suko Selok'?lebih kurang macam ketawa gelihati tahap tekan perut sambil nak guling-guling atas lantai.tapi aku masih boleh kontrol duduk atas kerusi lagi la.belum tahap nak guling-guling lagi.gilo ke hapa nak buat macam tu.eh!sebenarnya aku suka dengar loghat Ganu ni.loghat negeri lain pun aku suka dengar.ada keunikkan masing2.sama jugak macam aku suka loghat Kedah,Penang,Sabah,Sarawak dan juga Melaka.Loghat Klate ofkos la ai like ;).

kalau tanya sapa ustaz glemer kat Malaysia abad ini pasti ramai yang bagi jawapan,kalau tak Ustaz Don Danial tu mesti akan ada yang pilih Ustaz Azhar Idrus (UAI) atau Ustaz Kazim Elias yang pekat loghat Perak tu.Ustaz Kazim ni feveret mak aku.UAI pula pilihan ayah aku.kalau balik kampung aku,bersusun koleksi ceramah UAI ni dalam bakul cd ayah aku.tak pasti la cetak rampok ke original.aku pun suka dengar UAI ni buat ceramah..walaupun kata mak aku 'UAI ni banyak keluar tajuk.buat lawak je lebih'haha..itu mak aku yang kata.aku suka dia jugak sebab apa tau,contoh yang dia bagi tu lawak tapi makan dalam.orang kata 'pukul anak sindir menantu' la lebih kurang.

selama ni aku perati akak depan aku ni pasang earphone kat telinga sambil wat keje.aku tak tau la dia dengar apa.dengar lagu ke dengar ceramah atau dengar bacaan AlQur'an.tapi tu ari da mintak aku ajar macam mana nak buka You Tube sebab baru beli handphone yang boleh buka internet tu.aku ni bukan le pandai mana..tapi tahulah sikit-sikit.wifi kat opis ni pun boleh tahan lajunya.

hari ni baru la aku heges-heges geledah kotak henpon mencari earphone aku tu.nama je dah lama jugak pakai henpon baru tapi pemalas yang amat nak menggodek.baru2 ni je aku pandai ambik gambar pakai Camera360 yang boleh ambik gambar konon macam pro.hehe.jumpa la earphone..sumbat kat telinga walaupun ada rasa geli-geli sikit.takpe kan sumbat earphone tak batal posa.bukan masuk dalam sangat pun.ingat lepas ni nak beli headphone la baru best tak geli telinga.

aku cari video UAI..aduh!sakit perut gelak bila dia citer pasal lelaki yang sibuk nak berbini lebih dari 1 padahal tak mampu.katanya sebagai contoh:selipar bini putus.pegi kedai kasut ingat nak beli selipar baru.rupanya nak cari dawai nak jahit selipar bini yang putus tu.pastu lagi..'nak bayar duit tambang van skolah anak pun 2,3 bulan sekali baru bayar sampai muka driver van tu 'masam cetung' baru bayar.sedarlah diri ahai suami yang kamu memang tak mampu dari segi kewangan untuk beristeri lebih dari 1'.

kalau mampu macam ni caranya..'bini nak gelang beli gelang,nak duit cakap je berapa nak terus je hulur tak fikir banyak..nak makan tomyam bagi tomyam.nak itu bagi nak ini boleh bagi.itu baru mampu berbini lebih dari 1'.

aku gelak je dengar.lain orang lain pendapat.tapi aku penah dengar orang kata 'bukan senang nak puaskan hati pompuan ni.bagi betis nak peha tapi kalau isteri2nya sama-sama redha insya Allah aman rumah tangga'.

any komen?'eeee ekon rosak ke?rasa panas la pulak'.hehe

10 comments:

cheqna said...

cheqna ngan incik asben memang dengo sokmo UAI ni.
banyak ilmu..ada org kata UAI ni keras sket cara dia ceramah..bagi cheqna..setiap ceramah dia memang kena atas butir =)

oren said...

akak lebih suka ustat kazem..mebi sbb paham slang dia..UAI nih pon ok..cuma tak tahan tang perkataan 'bodo' tu jek..

Rai said...

aku jarang dengar ceramah UAI ni..tapi ada sorang ustaz asal utara tu aku suka dengar kat radio..dengan loghat dia pekat pulak..best gila..tapi tak sure la ust kazim ke sapa..tak berapa nak ambik tau nama..

-Sara- said...

ehehe..org kg saya UAI ni kak..hihikk :D

mmg best kan!

muslimah rempit said...

ala Irfa, komen apa, komen kawen ker komen ustaz kui kui kui..

Komen ustaz : semua senarai diatas kesukaan Kak So dan Encik.

Komen tambah bini : sesiapa isteri redho, beruntung la laki hehehhee tapi kena pikir kita ni hidup kat sini sahaja ker? heheheh

zue said...

assalamualaikum arfa,
kzue kini kembali aktif semula...selepas bermusahabah diri :)

ustaz2 yg irfa senaraikan tu semuanya kzue suka dgr..yg paling suka ust kazem lah sbb dia klu beri ceramah siap2 brnyanyi lagi.

izawani said...

Dulu hubby suka ustaz kazem... now UAI pulak... kami gelak keras perut dengar lawak dia... anak anak pulak tanya kenapa gelak... sebab macam tak lawak, tapi lawak... gitu la...

SHAHZEE said...

UAI memang best.memang senyum sorang2 kalau dgr ceramah dia.ustaz Don pun best.i like:)

Zareda Norman said...

Cik hubby akak memang obses dengan uai. Cd berderet beratus dah rasanya.. Dan kak zar pun terjebak juga dengan ceramah sesekali pasang kat kereta. Baguslah cara dia berdakwah.. Seimple dan precise.. Tapi belilah cd original sbb hasil jualan cd tu akan disalurkan ke rumah anak anak yatim, sambil kita dengarceramah boleh juga dapat berkat menyumbang ke rumah anak yatim

anaa said...

Irfa,
k.ana memang minat giler kat UAI.. tambah2 pulak memang faham loghat ganu, tu yang memang suka selok gop.. haha..

hasben k.ana orang ganu.