Tuesday, August 7, 2012

Dimana dan Bagaimana Kita Mati,Hanya Allah Yang Tahu

baru kejap tadi dapat emel ni dalam akaun e-mel pejabat(emel pejabat?ayat super skema).arwah meninggal hari sabtu dan admin kan cuti sabtu,ahad dan isnin.so hari ni lah baru dapat emel

-----------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa (nama unit),(nama staff), (no kakitangan) telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 04hb Ogos 2012. (sebab meninggal:meninggal dalam tidur).

Kepada sesiapa yang ingin menziarah keluarga arwah bolehlah berbuat demikian di alamat seperti di bawah:

(alamat dan no telefon keluarga)


Dengan itu marilah kita sama-sama berdoa agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

-----------------------------------------------------------------------------

mesti korang pun selalu dapat emel macam ni kan?

tiap kali dapat emel macam ni,cepat-cepat sedekahkan al-Fatihah walaupun tak kenal siapa dia.kalau ada gambar lagi bagus so boleh kita ingat balik,penah ke kita jumpa dia.kadang2 kita tak kenal nama tapi kenal orangnya.semoga sedekah kita itu sampai padanya kerana yang penting kita saudara sesama Islam.harap-harap bila aku dah tiada nanti,ada yang sudi sedekahkan AlFatihah pada aku selain dari ahli keluarga.Insya Allah.

aku tertarik nak kongsi emel ni bila tengok sebab kematian.selalunya aku terima emel dan tertulis sebab kematian KEMALANGAN @ SAKIT.tapi ni MATI DALAM TIDUR.YaAllah..dalam hati aku terdetik,senangnya dia mati.dahlah dibulan Ramadhan.

ada orang yang kita kenal tak berapa baik akhlaknya tapi meninggal di hari mulia,Hari Jumaat

ada orang yang waktu meninggalnya tiada siapa sudi menziarah dan waktu pengebumiannya pun sunyi sepi hanya tinggal sedara terdekat dan tukang gali kubur.

ada orang yang semua orang dari jauh dan dekat datang menziarahinya dan menemankan hingga ke liang lahad.

itu rezki masing-masing.hanya DIA yang tahu..

15 comments:

~ yus ~ said...

Al-fatihah

Yunus Badawi said...

Berapa umur arwah tu?

Tapi bila dah sampai ajal tak kira usia.

Al-Fatihah.

pB said...

kita mungkin hari ini
mungkin esok

makchaq said...

Memang kita tak tau bila ajal kita, yang pasti semakin hari kita semakin hampir dengannya..

~Sweet Honesty~ said...

alfatihah utk arwah..

~Cik Viva~ said...

al fatihah.. arwah ni jiran brader opis..

Nieda said...

alfatihah.

Anonymous said...

Asmkm, terdpt beberapa pendapat tntg mati di bulan posa, pd hari jumaat.
So not necessary exemption just bcoz mati hari jumaat padahal atas dunia kufur..

Ramai atau tidaknya org hadir melawat kebumi jugakbtidak bleh dianggap sbg sesuatu utk mengukur bhgn org tu. Ada org yg mulia tapi hidupnya dan amalnya pd Allahswt shj. Low profile..mka kurang lah org yg teman ke lahad ..tapi sdikit tidak kurang apa amalanya atasvdonia.

Lady Windsor said...

Irfa,
Saya pun semalam dapat email dari Company, ada staff meninggal jumaat malam di ampang puteri, meninggal dalam koma selepas sehari jatuh di bilik air di tempat kerja, stage 4 colon cancer...semua orang tak tahu dia ada cancer, cuma kami-kami nampak badan dia susut jer..
kan..dia dah lepas...kita ni yang tak tahu macam mana keadaan...ya tuhan insafnya..(takut sebenarnya)

Kesuma Angsana said...

bahagian masing2 tu..

Rai said...

innalillah..

best nya kan bahagian dia dapat meninggal cara macam tu.. semoga bahagian kita nanti pun dipermudahkan..insya allah..

Irfa said...

YB..
muda lagi..
rasanya belum kawen sbb nombor untuk dihubungi cuma ada nama mak dia.
alfatihah utknya

Irfa said...

CIK VIVA..
oh i see

Irfa said...

CIK ANON..
terima kasih krn komen.
saya tak kata pasti masuk syurga bila meninggal hari jumaat@ramai org datang ziarah itu orangnya mulia.cuma pandangan orang akan positif bila dengar mati hari Jumaat dan ramainya orang sayang dia bila tengok betapa ramai datang ziarah..terpulang pd pendapat masing2.

Irfa said...

LW..
alfatihah buat staff LW tu.
dah ajal dia..penyakit itu cuma penyebab.
mmg takut,sapa tak takut MATI kan?