Wednesday, August 8, 2012

Natijah..itu bukan nama orang

Apa maksud NATIJAH?
mengikut pemahaman aku Natijah itu bermaksud kesan @ kesimpulan.suka suki je kan?lebih kurang la.so boleh la aku buat ayat macam ni.

Natijah kerana tidur semula selepas sahur maka saya bangun lewat pagi ni.Kesan kerana bangun lewat itu Solat Subuh pun lewat dan anak bujang saya terlepas van sekolah.(baru aku perasan,bulan ni dah 2kali abam kena tinggal dengan van gara2 umie lewat bangun,sian abam).

boleh?bangun sahur dah jam 5.00 pagi..bukan masak pun,makan biskut cicah air milo je.abam makan cornflake dan susu.itupun aku suapkan atas katil,abislah semangkuk.ingat nak baring-baring je tunggu subuh.sudahnya buka mata dah jam 7.00 pagi.sib baik baik 7.00 pagi,kalau 10 pagi acaner?

bulan Ramadhan ni kita makan masa berbuka dan sahur je.masa berbuka pun setakat mana sangat boleh makan?kecik-kecik dulu bolehlah..berbuka makan nasi,makan kuih,air satu jag.balik dari terawih pun boleh makan lagi.sekarang ni,berbuka nasi dan air segelas dah rasa penuh perut.kadang2 beli kueh 3 ketul pun boleh makan sampai sahur.

bila time sahur pun mata masih mengantuk..makan gitu-gitu je.agak-agak berat ada yang kurang ke dalam bulan posa ni?jangan salah faham pulak bila aku kata macam tu.bukan niat nak kurus masa bulan posa ni.cumanya..kalau dah kurang makan mestilah ada kilo yang kurang.ye dak?

petang ni en Abe ajak balik dengan mil kat cheras.kebetulan dia cuti hari ni.emm..mil masak apa yer?wah!awalnya dah fikir apa nak makan.acaner kilo nak kurang ni?hehe

15 comments:

♥cikmOt♥ said...

saya ni lepas sahur tak pernah bleh tido...walaupun esok adalah hari cuti...sobs...

~ yus ~ said...

tahun ni lepas sahur mmg tak tidur, gosok baju sekolah budak2 dan basuh baju, tahun ni je baru buat gitu, sbb kalau takde kerja nak buat, confirm tidur dan terbabas.....(kes tahun2 sudah dah selalu jadi gitu..hehe)

Kesuma Angsana said...

KA pown hari2 dok pening memikir menu berbuka !

Rai said...

khatijah tu nama makcik aku..haha..

aku rasa aku pun kalau anak aku da start skola sok pakat lambat je la T_T

bestnya kalau mak mertua atau mak aku tak berapa nak jauh kan.. boleh berangan petang ni mak masak apa utk berbuka..haha..

Anna said...

Irfa..kilo i turun byk...8kgs..muahaha..wlaupun i masak sedap2 for buka..natijahnya, org yg masak salu tak berselera nak makan..siyan kan?

Lady Windsor said...

Ya Allah manjanya dak abam ni, umi dia suapkan atas katil...iskkk anak bertuah! hehe...

Irfa said...

LW..
bukan dia manja dan bukan saya manjakan.selalunya dia bangun sendiri sahur kat bawah tapi saya dah penat mengejutnya tak jugak bangun.kejut lebih2 nanyi adiknya pulaj yang bangun.huhu..so nak cepat punya pasal saya bawak je cornflake tu suap atas katil ;)

Irfa said...

ANNA..
8 kg?
wow kagumnya.
saya turun 2kg tapi itu sebelum berbuka
lepas berbuka naik balik.haha

mmg pun,kalau kita masak mmg kurang selera makan sebab dah banyak telan bau masa masak tu

Irfa said...

RAI..
kim salam kat makcik ko ye ;)

anak2 sekolah nanti ko akan merasa jugak sesekali terbabas.dont be khuatir ye masa itu akan tiba.insya Allah

walaupun cheras je duduknya tapi bukan boleh balik hari-hari.seminggu sekali boleh la.mentua aku jaga cucu..sian dia penat nak masak

Irfa said...

KA..
masak penuh meja yer?
patutlah pening kepala pikirkan menu
hehe

Irfa said...

CIKMOT..
dah cuba tapi sesekali je boleh.
banyak kali mmg tertido jugak ;(

Irfa said...

KAK YUS..
saya perasan kalau ganjak sikit bersahur 5.15 mmg saya tak tido.masa tu buleh gosok uniform anak dan lipat baju @buat apa2 utk isi masa

so moral of de story bangun sahur 5.15 lah baru tak tido balik ;)

Lady Windsor said...

hehe..yang penting best.....kalau dia besar esok dan ingat jasa uminya, pasti dia akan jadi anak yang sangat menghargai/mengasihani ibunya..:)

Irfa said...

LW..
harap2 gitulah.saya selalu cakap macam tu kat dia bila dia nakal sikit.
'abam sorang je anak lelaki umie.mana ada anak lelaki yang lain.kalau abam nak buat apa-apa ingatlah kat umie.igt umie marah ke tak marah'hehe..
en abe selalu kata saya suka saiko anak..mmg pun ;)

sid said...

hai!!!
saya ada nk jual tablet lgi power dri galaxy tab!!
SESUAI SANGAT UNTUK GAMING DAN INTERNET!!
harga rm550!murah!!boleh nego lagi!! :D

sape2 bmnat/info:
rahmatmu ramadan dot blogspot dot com