Friday, November 30, 2012

Alah dengan ubat nyamuk dan kaitan dengan G6PD

Salam Jumaat dan selamat tengahari semua ;)

dah lunch?aku makan meggi goreng (bawak untuk sarapan tapi kena masuk briefing so tak sempat makan.salah sendiri sebab sampai cukup2 time je..makanya makan sarapan jadi lunch terus),ada member bagi rasa seketul durian crepe..sudahnya sendawa ada bau durian.euwwwwww..

Durian ni makannya memang sedap tapi sendawa kalu baunya,arghhhhhhhhhhhhh perit.itu baru sendawa,kentut kalu..sendiri jawab ;)

Nak tanya pernah dengar kata-kata 'lagi banyak belajar lagi bodoh' hehe,kasar bunyinya.bukan itu maksud dia..maknanya bila kita belajar dan belajar,banyak benda kita tak tahu jadi tahu tapi banyak juga benda yang kita tak tahu.eh,peningla...

korang tahu apa itu G6PD?sini ada tulis dan sini juga.G6PD ialah singkatan kepada Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase.Semalam berbalas emel dengan sorang kawan blog yang sedang menunggu hari bersalin,dear..kamu tahu siapa kamu.hehe

kami bercerita tentang macam-macam dan last tercerita pasal G6PD.serius aku tak ambik pot sangat pasal ni sebab aku ingat benda ni tak bahaya.rupanya bila gugel..banyak jugak pantang larang untuk anak-anak yang dilahirkan dengan G6PD ni.Aku tak nak ulas panjang lebar,cuma nak petik sikit je..bab alahan.

Antara alahan untuk yang ada G6PD ialah :

-alah dengan ubatan tradisional
-alah dengan kacang parang
-alah dengan ubat nyamuk

aku kalerkan warna merah pada ubat nyamuk tu sebabnya,aku perasan yang aku memang tak boleh bau ubat nyamuk (jenis yang lingkaran kena bakar tu..yang spray takde masalah)

kalau pasang ubat nyamuk tu..tersedut je,aku boleh kena selsema dan sakit tekak membawak kepada demam terus esoknya.sebab tu aku elak pakai ubat nyamuk ni.kalau pasang pun aku letak nun jauh disana.(aku pelik ngan nyamuk ni,..kalau nak hisap darah tu hisap jelah.takdenya dia hisap sampai kering tapi yang paling aku tensen tu siap pakej nyanyi lagu heavy metal kat tepi telinga..huhu.en nyamuk,tahu tak bunyi kamu tu bikin  saya stres) .

adakah aku ada G6PD jugak?Orang kata penyakit itu boleh dikesan semasa bayi itu baru dilahirkan melalui ujian menggunakan tali pusat.TAPI..kalau macam aku,zaman bayi ramai yang dilahirkan kat rumah dan disambut oleh mak bidan kampung ..macam mana pulak ye?dah besar panjang ni kena buat test jugak ke untuk tahu kalau kita ada G6PD?Risau jugak sebab kalau tak dikawal boleh mengakibatkan kencing berdarah atau bertukar jadi kaler macam air coke.

Sapa ada anak yang disahkan G6PD?apa pengalaman kamu tentang itu..sebab anak aku 3 orang tu masa dilahirkan katanya bebas G6PD (masa tu aku tak ambil pot pun pasal ni).Sekarang baru nak ambil kisah.

15 comments:

  1. Saringan G6PD memang dijalankan ke atas baby yg baru lahir, termasuk juga saringan Hep B.

    Penting utk inform kepada doktor kalau jumpa doktor di klinik/hospital, supaya doktor alert dan elakkan prescribe ubat ubatan yg perlu dielakkan tu

    ReplyDelete
  2. Salam irfa..

    anak akak yg kedua pun G6PD.. memang kami elakkan apa yg doktor dah pesan apa yg perlu dia elakkan.. mcm kacang parang tu sampai skrg ni selalu dok ingatkan supaya dia jangan makan.. kalau pergi klinik pun mmg dah inform pada doktor.. klu nak pandai2 beli ubat kat farmasi mmg tak berani..

    ubat nyamuk tu, akak pun selalu akan rasa mcm yg irfa rasa bila terkena asap dia.. tapi akak takde G6PD pun..

    ReplyDelete
  3. #DZ..
    maksudnya baby baru lahir jelah yang boleh buat ujian..kalau dah dewasa macam kita ni tak boleh kesan lagi lah ye?saya rasa mak saya xde buat pun ujian masa saya lahir dulu..sbb lahir kat rumah je takde gi spital

    #kak Fea..
    anak buah (belah suami) ada 2 org yang disah ada g6pd..banyak sungguh pantang larangnya..benda ni bukan mslh kalau kita tahu apa yg kita alah.baguslah kalau pesan awal2 kat anak2..yelah kalau dia kat luar takut termakan apa yg x boleh dimakan.igtkan alahan saya dgn ubat nyamuk tu ada g6pd jugak ;)

    ReplyDelete
  4. entry yang sangat bagus! saya pun tak pernah tau pasal baby yg lahir G6PD ni, bahaya juga rupanya ekh..

    ReplyDelete
  5. Anak saudaraa kak zan juga mengalami g6pd..utk pengetahuan ianya hilang menjelang dewasa.

    ReplyDelete
  6. anak say ada sorang G6PD, kmi mmg elak ubat nyamuk, ubat gegat, kacang sepat dan byk lagi brg terlarang.

    kecik2 dulu kurus tapi sekarang kalah si abngnya.

    ReplyDelete
  7. Irfa
    Anak kawan saya kat opis tiga tiga ada G6PD..

    ReplyDelete
  8. satu lagi.. org kata G6PD ni alah jugak dengan baju yg dicelup nila

    ReplyDelete
  9. akak tak pakai ubat nyamuk kat rumah..

    ReplyDelete
  10. mmg kena jaga betul2 masa mereka kecil dan disahkan G6PD... tapi org kata lama2 ia hilang...

    Nuffy: Tourism Australia

    ReplyDelete
  11. anak saya yg sulung pun G6PD..ia berkaitan darah..saya o+,anak saya pun o+ tp dia ada G6PD,anak kedua darah sama tp x kena pun..
    mmg dia alah pada ubat nyamuk,penah kena sekali,habis badannya naik bijik2 mcm kena demam campak tu..tp yg paling teruk jgn bagi kacang parang,doktor kata itu paling bahaya..

    ReplyDelete
  12. Anak eija yg 1st disahkan ada G6PD masa mula2 lahir, masa mula2 dpt tau mmg frust jgk le sbb anak pertama kan dah ada penyakit, tp alhamdullillah anak eija sihat hingga kini yg penting kena jaga pantang larangnya tu, betul la pantang larangnya tu ubat gegat & kacang parang, ada bahan yg diorang x boleh kena yg boleh buat sel darah merah dia rosak. G6PD ni maksudnya dia x de enzim yg melindungi sel darah merah dia mcm kita yg normal ni sel darah merah kita ada enzim2 yg melindunginya...

    ReplyDelete
  13. Anak saya pernah dikesan menghidap g6pd ketika dilahirkan.Alhamdulillah sembuh sepenuhnya selepas membuat rawatan di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak.Sekarang boleh makan apa sahaja termasuk yg tidak dibenarkn kpd pesakit ini.Sila hubungi Dr Wan 0196676236

    ReplyDelete
  14. Betul ke g6pd ni boleh hilang..saya ada baca ia kekal hingga dewasa..

    ReplyDelete
  15. G6pd ni bukan kekal ke seumur hidup?

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)