Monday, November 26, 2012

Dalam AlQur'an Ada 114 Surah dan Juzuk Ada 30

Lagi kisah apa yang aku tonton kat tv..tadi drama ni pulak nak komen pasal rancangan teka teki teka tekuk.hehe.mengomen je keje ko ye..macam good2 je.oh lupa nak bagitau,malam tadi konon layan bola dengan adik lelaki,Malaysia vs Singapore.tapi keterujaan tak sehebat macam aku layan bola bila time Kelantan main.Berkesudahan dengan Malaysia 0 dan Singapore 3.huhu.Takpelah Malaysia..jangan kecewa,cuba lagi (ayat skema biasa bila dah kalah.Bila menang di puji2..kalah kalu,dikeji2..itu biasa).

Dalam layan bola ...tukar-tukar channel layan 104,Sejuta Duit Jatuh tu ;)


Antara soalan yang menarik perhatian aku ialah 'siapa nama bekas suami pelakon Rozita Che Wan?'emm sapa je yang tahu sebab aku pun tak tahu,apa yang aku tahu ialah bekas suami Cik Ta ialah pilot.Namanya siapa,sori aku pun tak tahu.

Aku rasa takdelah kesal sangat bila peserta tak boleh jawab soalan tu tapi..yang buat aku sedih malam tadi ialah bila 2 orang beserta (lelaki India dan perempuan Melayu,ofkos la Islam).Dia diberi pilihan Ayat @ Surah..dan mereka sepakat pilih soalan berkaitan Surah.Konfemlah lelaki India tu serah bulat2 pada pompuan itu untuk jawab..selamatlah dia sebab tak perlu jawab soalan itu.Aku pun cuak jugak..yelah,soalan berdasarkan surah pun luas jugak skopnya.manalah tahu kalau si Dato Ac tanya ayat berapa dari surah apa.Itu confirm aku pun tak leh jawab pecah kepala nak jawab.surah2 pendek tahu la..

Tapi soalannya tersangatlah simple..Benda basic yang rasanya ada diajar masa kelas fardu ain zaman sekolah rendah.

'berapakah jumlah surah dalam AlQur'an?' dan pilihan jawapan ialah 3,90,114 dan 120

Lelaki India dah angkat tangan awal2 memang tak boleh jawab.Serah bulat2 kat pompuan itu.Tapi yang peliknya pompuan tu boleh pulak ajak lelaki tu berbincang apa pilihan jawapan.Ker memang dah wajib kena berbincang sebelum bagi jawapan?emm..

Akhirnya..pompuan tu pilih 90.Aku yang kat luar tv tepuk dahi.Bukan ke ada nasyid tentang surah2 dalam AlQur'an kalau tak silap aku.Perghhhhhh sayup je tengok selambak duit jatuh.Aku tak ralat dengan duit yang jatuh tu tapi aku ralat dengan jawapan dia.Yelah,kalau dia menang pun bukan aku ada persen.Tapi aku ralat sebab soalan itu patutnya kita sebagai orang Islam tahu.Aku pulak yang tumpang malu kat peserta lelaki India tu...apa la yang dia fikir agaknya.

Masa aku kecik2 dulu..aku selalu kena tadah telinga bila mak bercerita kisah Nabi dan macam2 bab lagi tentang agama.Korang tahu tak,mak aku sambil menjahit tu bila nampak aku @ adik2 lalu belakang dia..boleh mak tiba2 tanya 'benti kejap,cuba baca doa Qunut?'..masa tu jugak ko kena baca.macam spotcheck gitu.Jem jugak kepala otak sebab masa tu kepala dah ingat nak jumpa kawan kat laman umah dia..dah janji nak main masak-masak tiba2 kena baca doa Qunut.hehe

Bila aku jadi ibu,aku kagum dengan mak aku,walaupun mak tak sekolah tapi mak ada masa untuk bercerita dengan anak2 bab agama yang cuma mak pelajari dari ustaz2 dan dengar dari radio.Kadang2 aku pun malu sebab bab2 macam ni aku pun harapkan cikgu mengajar anak2 aku di kelas agama petang.Ada la kadang2 sambil baring2 sebelum tido tu aku bercerita tentang hal2 berkaitan agama,kisah Nabi dan tauladan..tapi bukan selalu la..bila ada masa je.

Ye..memanglah,orang selalu cakap..'ko duk luar tv memanglah boleh jawab.cer bayangkan kalau ko yang duk dalam tv tu..nak kena jawab dalam masa terhad..konfem tanya nama sendiri pun boleh tersasul'..okey,aku menyerah kalah..jangan kondem aku ye,aku cuma bagitau apa yang aku rasa.ada ke yang baru tahu dalam Al-Qur'an ada 114 surah?emmm

daaaaaaaaaaa

PEMBETULAN:aku dah tengok balik siaran ulangan 1,000,000 MoneyDrop tu.peserta tu jawab 91 surah,bukan 90 seperti yang aku tulis sebelum ini.emm..sama je,jawapan tetap salah samada 90 @ 91 :)

19 comments:

Anonymous said...

dah la tuh dia dah la naik dgn opis mate yg beragama hindu(indian) boleh plak confident pg pilih quran sebagai kategori. confident thap dewa plak tu bile jwb brapa surah dlm quran. kan bgus plih lgi 1 kategori klu xtau. mate die pon indian. lain la dua2 islam.

~Cik Viva~ said...

emm..baru nak wat posting pasal ni tadi..huhu

Irfa said...

#dear Anon...
ye betul..bertambah malu bila dia sangat konfiden menjawab dan muka pasangannya nampak yakin bila dia jawab 90 surah.mesti dalam hati mamat tu kata 'adoi,islam sdiri pun tak tahu apa kitab dia'huhu

#cikviva..
oklah tu..igt nak posting psl kasut smlm tpi dah ada org post dulu.huhu

Daddy Ziyyad said...

last2 dia menang berapa ribu? Saya tak tgk episod semalam..

Irfa said...

#daddy ziyyad..
tak menang pun.soklan pasal surah tu ialah soklan no 2 @ 3 tak silap saya.habis duit dilabur kat jawapan 9 surah tu..saya snap pic konon nak share kt blog tp jadi.rasa cam tak baik pulak.kesian dia

cheqna said...

x brapa suka rancangan ni sebab cheqna rasa macam berjudi je..ni pandangan cheqna ye....

*SiRibenMerah said...

hurmm.. saya sendiri mengaku saya terleka mengambil tahu jumlah surah dalam Al-Quran.. thanks share post neh.. at least saya dah tersedar untuk mengambil tahu jumlah surah dlm Al-Quran..

:)

Irfa said...

#cheqna..
mmglah ada unsur perjudian..kita yg tgk bukan dapat duit pun :) saya cuma nak komen psl jawapan pserta tu je

Skull Writers said...

adoi... surah: 90? allah... takpa boleh belajar lagi, aib terserlah di hadapan semua mata, takpa... boleh belajar lagi. tapikan? aku memang tak tgk citer ni. tak da masa. buang masa.

*untuk peringatan pada diri sendiri*

{Pisang Kaki}

bangsawan nilai said...

soalan sepatutnya berkaitan pengetahuan am. jgn campur soalan ada kaitan pengetahuan agama...

Irfa said...

#SiRibenMerah..
kalau tanya surah apa dan ayat ke berapa konfem saya pun kantoi..tp bab jumlah juzuk dan jumlah surah tu rasanya semua org Islam patut tahu
mgkin masa tu dia gelabah.semua dah lupa

#skull writer..
itulah silapnya,sebab ditayang kat tv semua org tengok ;(

#bangsawan nilai..
masa ditanya soklan tu aku pun dah rasa tak sedap ati..kenapa soalan bab agama di campur aduk sekali.
cth:kalau 2 peserta itu adalah bukan Islam..adakah diorang akan tukar soalan?tak paham la

Nieda ramly said...

sekarang ni budak darjah 6 pun belum tentu boleh lulus Qunut .

Amie said...

Salam kenal, follower 294

chekmud said...

sya tgk gk..tp msa duit tgh jtuh.. pmpn tu mnta maaf kt lki tuu..ingt kn suami diaa.bkn ekk..? lps tu trus tukar siarn..hihi

Irfa said...

#nieda..
itulah yang menyedihkan ;(
saya penah dgr citer,ada lelaki yang tengah nak akad nikah tak tahu baca doa Qunut,macam mana tu?dah nak jd suami..nak pikul dosa isteri lagi.doa Qunut pun x tahu.Nauzubillah

#Amie..
hai ;)
tq sudi singgah dan follow blog tak seberapa ni

#chekmud..
diorang kwn sepejabat,bukan somi isteri ;)

Anonymous said...

Soalan tu dipilih oleh beliau sendiri mengikut kategori. Quran dgn apa ya 1 lagi kategori general(lupa). Sebaliknya dia patut pilih yang general tuh lagipon dia bersama partner non muslim. Tapi dia dengan confident pilih quran.

azieazah said...

Bukan semua orang tahu dan ambil tahu. Zaman sekarang. Bertuah bagi orang yang sentiasa tahu, diberitahu dan diingatkan.

Anonymous said...

eh sis..sy rse plhn jwpn tu bkn 90 la..91 kot klu xslp,yg pntg blkgnye no gnjil..sbb sy igt pmpuan tu plh jwpn tu sbb ade no gnjil..die ckp besenye nmbo2 yg bkaitn islm ni no gnjil,sbb tu die knfden je ltk seme duit tu kt no tu..

Edy Arjuna said...

Memalukan..aku yg tgk tadi tecengang jgk,ingatkn laki tu india muslim (mamak penang) sbb gaya dia confident jwb pn mmg teserlah,yg pmpuan tu pn 1,split jela duit tu klu dh xtau,skrg 1 mesia dh nmpk kejahilan kau..aku pun xbpe amik tau sgt hal2 agama ni,but now i realize once u are muslim,pls learn how to be muslim,jgn islam pd nama je..