Tuesday, November 27, 2012

Ingat Esok,Rupanya Pagi ni..alahai

kisah pagi ni
jam 7.30 pagi dah keluar rumah
ke medan perang eh silap,ke opis
tinggal en abe,si kenit dan si abam
tengah sedap bergolek depan tv
kakak pula malam tadi bermalam kat umah ex pengasuh
aka rumah 'mak angkat'nya

dalam perjalanan,mak call
dalam hati ingat mak nak tanya kot aku nak pesan apa2
sebab kepala otak aku ingat petang ni mak naik tren dari kampung
untuk datang sini
besok pagi la baru sampai
sekali..........aku silap sangka
rupanya mak tanya 'sapa ada kat umah?dah nak sampai ni'
alahai....... 

kalau lah aku tahu mak sampai pagi ni
harus aku masak nasi lemak untuk sarapan
dan masak siap2 menu untuk lunch
aku ingat nak buat semua itu pagi esok
huhu

inilah namanya 'miss communication'
nasiblah labu...
aku keje sebab cuti tahun dah abis :(

19 comments:

~ yus ~ said...

Takpe, nanti mak tolong masakkan...:)

faraherda.razalan said...

Syoknye mak dtg umah!!

Yellow said...

alaaaaa saje nak suruh mak masak leteww!!

Irfa said...

#kak yus..
dah tentulah mak masak tp saya xde niat nak susahkan mak..sbb tahu mak mesti penat duduk lama dalam tren sejak malam tadi.huhu..rasa bersalah tak hilang lagi ni

#fara..
ye seronok.bukan senang mak saya tu nak datang sini..ada je alasan

#yellow..
euw tak baik ko tau..
aku takde niat okey.huhu

bangsawan nilai said...

irfa, ko ingat KB ikut time new york ke? ha ha

Irfa said...

#bangsawan nilai..
smlm call adik aku,katanya'naik tren esok'maksudnya petang ni naik itu yg aku paham..kalau gitu pagi Rabu la sampai.agaknya aku silap dengar.mgkin adik aku kata 'esok sampai'bukannya esok baru naik tren,huhu

Kakcik Nur said...

Balik nanti mesti mak dah siapkan hidangan. Seronoknya. :)

Irfa said...

#kakcik..
igt petang ni nak bawak mak makan nasi arab yg mak suka kat saba' cyberjaya tu..tpi masih menunggu sapa nak sponsor.hehe

cheqna said...

cheqna ada 14 hari lagi cuti tahunan =)

Lynn Hamzah said...

salam perkenalan...
seronoknya mak nak datang rumah...
yg x seronok tu bila miss communication...
hehehehe...
dah follow sini...

♥cikmOt♥ said...

alahaii...nasib baik ada orang kat rumah...kalu idak lagi haru kan

Norhaizan hakim said...

kalau misscomunication ni berlaku, memang boleh kacau bilau jadinya.Ini peringatan, kalau hal2 tarikh dan masa kena comfirm betul2.

shida said...

seronoknya bila keluarga datang bertandang.... meriah je rasa

Kesuma Angsana said...

wah best2 mak dtg !

SHAHZEE said...

apa lagi che abe la masak..si kenit n si abam assistant hehehe

Acik Erna said...

sape ambik dik..ada sape kat rumah..sian kan..kalau tak de sape..dah le sepanjang malam dalam keretapi..ye ke naik keretapi..

Irfa said...

#cheqna..
14 hari?banyak lagi tu.nak gi umrah pun sempat :)

#lynn Hamzah..
tq sudi singgah sini :)
salam kenal jugak dr saya

#cikmot..
kebetulan pulak en suami cuti
tp kalau takde sapa kat umah pun takpe sbb ada satu lagi rumah mak boleh pegi..adik saya duk area sama juga..wife dia mmg suri rumah.cuma mmg mak nak singgah umh saya dulu

#kak zan..
salah saya juga tak konfem betul2 tarikh tu..huhu

#shida..
ye betul.masa cuti skolah ni la diorang boleh datang pun

#KA..
mak dan adik je dtg,ayah x dtg pun

#shahzee..
masak air boleh la kot ;)

#kak erna..
adik lelaki yg duk shah alam tu.mmg dah janji dia nak ambik

azieazah said...

Kalu saya jadi mak saya bebel "kau ni makan semut banyak sangat ker?" hehhe

mama aryan said...

hehe..nasib baik ada org kat rumah,xpe nanti mak bole tolong masakkan