Friday, November 2, 2012

Soalan Provoke Seorang Isteri

baca blog comel milik fieda..lepas tu senyum sorang-sorang (^_^)

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

*Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke diaduduk rumah kita.* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.


* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.


* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.


* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi,drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.


* Isteri : Handbag saya, kasut saya, ?* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5.....


* Isteri: @#$%????!!!!!* Suami: (Dalam hati)Alamak!!kantoi...

kisah atas tu macam sesuai ngan aku pulak (bab anak 3 tu la) tapi aku tak pasti selama 12tahun kawen ni aku penah tanya ke tidak soalan no 1 tu..kalau no 1 pun tak pernah tanya konfemla soklan lain pun tak kan?

tapi............memang biasa kalau isteri tertanya2 dalam hati walaupun tak terluah dengan kata2 samada 'kalau aku mati,agak2 suami kawen lain ke?'...kalau dulu,masa memula kawen.tahun pertama @ tahun ke2,aku amat sensitif bab ni.boleh bawak menangis la kalau dilayan perasaan itu.

tapi masuk tahun ke12 aku lebih 'cool' ye ke?mungkin usia memainkan faktor.bukan cool dalam ertikata aku 'bertepuk tangan' bila suami nak kawen lain.bukan itu maksud aku.'cool' yang aku maksudkan ialah kalau aku dah mati..kawenlah.takkan aku nak bangun dari kubur cekik suami dan bini barunya.masa tu aku dah tak sempat nak fikir pasal orang yang masih hidup.

korang pulak macam mana?penah ke buat soklan provoke macam tu kat suami?apa responnya?citerlah..

13 comments:

Leney said...

Pernah jugak tanya tapi tak ingat jawapannya. hehe. Tapi tak kisahlah..diluar kuasa kita dah kalau dah mati tu.

Zareda Norman said...

pernah tanya dgn coolnya.. Memula ok.. Biaalah lelaki sure nak kawin lain.. Lelama che kiah hangen terus jawab.. Kawinlah bang.. Nanti saya balik jadi hantu.. Saya bisik bisik kat telinga awak.. Hah kawin kawin lah..

Hahahahah mengong kan... Terus nak jadi hantu tetiba padahal maa tuu tgh azab menahan sakit dalam kubur.. :-)

Daddy Ziyyad said...

hahahah...
soalan perangkap namanya tu

Khairul Abdullah said...

Saya kerap diajukan soalan yang No 1 sahaja.

NenetPenne (NP) said...

akak tak pernah pun tanya soalan tu tapi semuanya dah terjawab sekarang even akak belum pun mati lagi.....

kalau dah mati tak ada makna nak bangun cekik dia ..nak mengadap malaikat tu yang lebih penting...

my fren citer, ada sorang lelaki tu kata, bini dia penah kata, kalau dia mati dan laki tu kahwin lain, bini tu akan bangkit dari kubur dan cekik2 suami dia.. sekali betul isterinya meninggal dan suaminya kahwin lain..suami tu kata kat my fren, tak ada pun aruah bini saya datang cekik saya sejak saya kahwin baru nih...

Kesuma Angsana said...

pernah tanya, lepas tu hubby kata buang tebiat ke hehehe

KLMari said...

Kalau belum mati pun, dah pasang cita2 nak kawin lagi, acaner tuu...dah ler tak mampu...

azieazah said...

Usia mematangkan. Selalunya dah lama kahwin, kita dah tak heran bab camtuh. saya la, orang lain saya tak tahu.

cikcloudy said...

erkkk.. lawak.. bleh jadikan pedoman nih..suatu hari nanti..

Luna said...

jgn kan soalan 'kalau saya dah mati nnt..' ...skrg pun kalau kata 'kalau nak kawin lain, kawin lah..' pun dh 'cool' dah,insyaAllah...semua ni, pinjaman kan...hehe

m.u.l.a.n said...

jawapan utk soklan yg last sgt menyakitkan.. rasa nak bwk keluar parang je..

Hanisumayyah said...

Akak bukan jer tanya kahwin ker tidak...siap suh kawin satu lagi....hehehee...dia plak menolak....

Lady Windsor said...

saya pernah tanya ex dulu, dia jawab belum fikir tahap tu..now dah break off, tak juga dia kawin..