Skip to main content

Al Fatihah buat seorang sahabat

Assalamualaikum dan Salam Hari Isnin untuk semua...

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis ke tidak pasal ni tapi aku tulis juga sebagai kenangan dan tanda ingatan aku pada seorang insan yang bergelar sahabat.Menaip entri ni sambil menahan airmata. 

Malam tadi,dapat call dari kawan jam 11.46 minit malam,aku masa tu dah tido2 ayam pun,dia mengkhabarkan 'kawan kami' yang sedang sakit di PPUM itu sudah pergi menemui PenciptaNya jam sekejap tadi lebih kurang jam 10@11.00 malam.Last aku melawat arwah ialah Jumaat 29March,dua minggu lepas.Waktu aku melawat itu keadaannya dalam sedar tak sedar kerana ubat tahan sakit dan sepatah je perkataan yang keluar dari mulutnya pada aku 'ye..ada apa .......( nama sebenar aku).Mungkin dia sedar aku berdiri di bahagian kepala,ditepi katilnya.Itulah ayat terakhir darinya yang takkan aku lupa.

Kalau korang ingat,aku pernah beberapa kali menulis tentang kak A dalam blog ini tapi jenuh cari tak pulak aku jumpa mana entrinya.

Pertama kali dalam hidup aku menerima berita kehilangan orang yang aku sayang ialah masa nenek saudara meninggal dunia(kakak kepada nenek belah mak).Aku pula masa tu baru je beberapa bulan mula kerja(umur 19 tahun).Sedih memang sedih sebab banyak kenangan zaman kecik aku dengan arwah Wo Aji.Tapi seiring dengan masa kesedihan itu hilang cuma sesekali memang teringat.

Tapi..kehilangan bapa sedara kesayangan,PokSu (adik bongsu mak) pada 7 Nov 1998 paling memberi kesan pada aku..sampai saat ini bila teringat aku pasti akan menangis.4 bulan selepas tarikh itu pula,arwah atok (belah mak) menyusul..lagi bertambah kesedihan itu.

Selepas kehilangan orang2 yang aku sayang,setiap kali aku baca blog @ dengar sesapa meninggal otomatik aku kan teringatkan mereka dan sedar betapa kematian itu semakin dekat dengan kita tanpa kita sedari.

Bercerita tentang arwah kak A..sesiapa yang kenal dengan arwah sebelum ini pasti ada kenangan yang manis dengannya.Orang yang tak berapa kenal dengannya pun bila kita bercerita tentang dia,orang akan kata 'aku tak kenal sangat dan ingat2 lupa tapi kalau dengan ciri2 orang yang ko cakap ini..dia yang suka senyum dan badan besar sikit tu ye?'..Alangkah bertuahnya dia kerana meninggalkan ingatan yang positif pada orang yang mengenalinya.Arwah seorang yang peramah,suka senyum dan tidak lokek ilmu.Arwah antara orang yang terawal aku kenal masa mula2 masuk kerja dulu sebab dia kerja bahagian admin.Staff yang baru masuk keje mesti sentiasa ulang alik ke admin kalau ada hal berkaitan kerja (tentang cuti@hal berkaitan admin).Tapi waktu itu setakat baik gitu-gitu je

Kami makin rapat bila aku bertukar dari kerja shif ke kerja opis hour.Arwahlah tempat aku mengadu bila tak paham tentang kerja dan juga hal2 lain.Kami satu opis pernah gelarkan arwah sebagai 'kamus bergerak' kerana apa saja yang kita tak tau,tanya je dia..dia expert tentang jalan2 di KL walaupun tak boleh drive.Tanya je apa,InsyaAllah dia ada jawapannya.Arwah suka masak-masak..kami selalu buat potluck dan makan ramai-ramai di pantry opis.

Arwah meninggal kerana breast cancer dan meninggal dalam usia muda (36tahun).Pastinya kehilangan besar bagi suami dan 4 orang anaknya (yang sulungnya 11 tahun,7 tahun,4 tahun dan paling kecik nak masuk 5 bulan).

AlFatihah untuk kak Anie semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.Amin





Comments

Ummi said…
Al fatihah


Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman, amin

izawani said…
Sedihnya... anak kecik kecik... 5 bulan... aduiii... tentu sakit dia makin teruk waktu dia peknen... Semoga rohnya dicucuri rahmat... amin...
Hanis Azla said…
Salam irfa..

Al-fatihah.. semoga arwah tenang di sana.. semoga anak-anak yatimnya mendapat penjagaan yang sempurna dari waris2nya, insyaAllah..
al fatihah...kesian pd anak2 yg kecik tu..:(
NinaAz said…
Alfatihah........
-- said…
Al-Fatihah.
Aku pun byk hilang org terdekat setaun dua ni. Berita kematian selalu buat aku terfikir.. bila turn aku & bagaimana...
cheqna said…
al fatihah
takziah buat keluarga arwah
moga allahyarham kan berada di samping kekasih2 Allah DISANA
:: CIKVIVA :: said…
al fatihah untuk kak ani..muda lagi kan..huhu
Kakzakie Purvit said…
Innalillahi wainnailaihiroji'uun..

Salam takziah buat keluarga dan sahabat-sahabatnya. Sedihnya pada anak yg masih comel-comel lagi. Moga ada pengganti si ibu demi menjaga anak-anak tersebut

Al-fatihah buat arwah.
Acik Erna said…
Innalillahi wainnailaihiroji'uun..
Al Fatihah
Biarlah rahsia said…
Bercerita ttg kematian...akak pun pd suatu ms dulu sgt fobia...sebelum berkahwin pernah kehilangan ayah dan nenek...slps berkahwin sesuatu yg jrg berlaku rupanya bg keluarga husband adalah perkara biasa...tetapi tidak biasa bg k.bie. husband ada 12 beradik dan keluarga nya ada penyakit keturunan..jantung...6 beradik telah meninggal ada yg demam panas, paru2 berair, ketika main bola, ketika shopping semuanya disahkan oleh dr. krn jantung...ayah mertua juga telah meninggal...boleh dikatakan hampir setiap tahun ada adik beradik yg meninggal...skrg tinggal 6 beradik...yg bongsu dah 4 tahun pakai bateri...tinggal suami satu2 nya lelaki dlm keluarga mrk...ibu mertua dah 2 thn meninggal...tp suami dan adik beradiknya yg lain sgt tabah menghadapi berita kematian...itulah sbb setiap kali suami jatuh sakit...Tuhan saje yg tahu...tapi tak mampu nk ceritakan pd org luar...hanya kita yg mengerti perasaan sendiri...setiap kali itulah terpaksa tabahkan diri dan berbyk tawakal kpd Allah...semoga Allah memanjang umur suami dan adik beradik dia yg lain.
Jari Manis said…
Al-Fatihah juga dari JM, semoga beliau berada berada bersama org beriman. Aminnn
MOKCIK AZWA said…
Al Fatihah..pagi semalam juga menerima khabar dari anak buah mengatakan ayahnya yang menderita kanser juga telah kembali ke rahmatullah..semoga roah mereka dicucuri rahmat hendaknya..aminn
Rumah Kuning said…
Al Fatihah utk arwah.
ellynadyra said…
takziah utk kamu atas kehilangan org yang kamu sayang, alfatihah utk arwah!
Orga said…
sedih jugak kalau sahabat sendiri yang rapat dah meninggalkan kita. alfatihah untuk arwah...
sitiezahim said…
salam...sedihnya, muda lagi umurnya, tinggalkan anak kecik2 plak tu. semoga suaminya tak sia2kan zuriat mereka, al Fatihah untuk allahyarhamah
Al Fatihah dan takziah bt kau dn family arwah.
Khalilah said…
Innalillahiwainna ilaihiraji'un...

Sabar ye kak irfa. Semoga arwah teman kak irfa di tepatkan di kalangan orang-orang yang di cintaiNya. Amin

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...