Assalamualaikum dan Salam Hari Isnin untuk semua...
Sebenarnya aku tak tahu nak tulis ke tidak pasal ni tapi aku tulis juga sebagai kenangan dan tanda ingatan aku pada seorang insan yang bergelar sahabat.Menaip entri ni sambil menahan airmata.
Malam tadi,dapat call dari kawan jam 11.46 minit malam,aku masa tu dah tido2 ayam pun,dia mengkhabarkan 'kawan kami' yang sedang sakit di PPUM itu sudah pergi menemui PenciptaNya jam sekejap tadi lebih kurang jam 10@11.00 malam.Last aku melawat arwah ialah Jumaat 29March,dua minggu lepas.Waktu aku melawat itu keadaannya dalam sedar tak sedar kerana ubat tahan sakit dan sepatah je perkataan yang keluar dari mulutnya pada aku 'ye..ada apa .......( nama sebenar aku).Mungkin dia sedar aku berdiri di bahagian kepala,ditepi katilnya.Itulah ayat terakhir darinya yang takkan aku lupa.
Kalau korang ingat,aku pernah beberapa kali menulis tentang kak A dalam blog ini tapi jenuh cari tak pulak aku jumpa mana entrinya.
Pertama kali dalam hidup aku menerima berita kehilangan orang yang aku sayang ialah masa nenek saudara meninggal dunia(kakak kepada nenek belah mak).Aku pula masa tu baru je beberapa bulan mula kerja(umur 19 tahun).Sedih memang sedih sebab banyak kenangan zaman kecik aku dengan arwah Wo Aji.Tapi seiring dengan masa kesedihan itu hilang cuma sesekali memang teringat.
Tapi..kehilangan bapa sedara kesayangan,PokSu (adik bongsu mak) pada 7 Nov 1998 paling memberi kesan pada aku..sampai saat ini bila teringat aku pasti akan menangis.4 bulan selepas tarikh itu pula,arwah atok (belah mak) menyusul..lagi bertambah kesedihan itu.
Selepas kehilangan orang2 yang aku sayang,setiap kali aku baca blog @ dengar sesapa meninggal otomatik aku kan teringatkan mereka dan sedar betapa kematian itu semakin dekat dengan kita tanpa kita sedari.
Bercerita tentang arwah kak A..sesiapa yang kenal dengan arwah sebelum ini pasti ada kenangan yang manis dengannya.Orang yang tak berapa kenal dengannya pun bila kita bercerita tentang dia,orang akan kata 'aku tak kenal sangat dan ingat2 lupa tapi kalau dengan ciri2 orang yang ko cakap ini..dia yang suka senyum dan badan besar sikit tu ye?'..Alangkah bertuahnya dia kerana meninggalkan ingatan yang positif pada orang yang mengenalinya.Arwah seorang yang peramah,suka senyum dan tidak lokek ilmu.Arwah antara orang yang terawal aku kenal masa mula2 masuk kerja dulu sebab dia kerja bahagian admin.Staff yang baru masuk keje mesti sentiasa ulang alik ke admin kalau ada hal berkaitan kerja (tentang cuti@hal berkaitan admin).Tapi waktu itu setakat baik gitu-gitu je
Kami makin rapat bila aku bertukar dari kerja shif ke kerja opis hour.Arwahlah tempat aku mengadu bila tak paham tentang kerja dan juga hal2 lain.Kami satu opis pernah gelarkan arwah sebagai 'kamus bergerak' kerana apa saja yang kita tak tau,tanya je dia..dia expert tentang jalan2 di KL walaupun tak boleh drive.Tanya je apa,InsyaAllah dia ada jawapannya.Arwah suka masak-masak..kami selalu buat potluck dan makan ramai-ramai di pantry opis.
Arwah meninggal kerana breast cancer dan meninggal dalam usia muda (36tahun).Pastinya kehilangan besar bagi suami dan 4 orang anaknya (yang sulungnya 11 tahun,7 tahun,4 tahun dan paling kecik nak masuk 5 bulan).
AlFatihah untuk kak Anie semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.Amin

Comments
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman, amin
Al-fatihah.. semoga arwah tenang di sana.. semoga anak-anak yatimnya mendapat penjagaan yang sempurna dari waris2nya, insyaAllah..
Aku pun byk hilang org terdekat setaun dua ni. Berita kematian selalu buat aku terfikir.. bila turn aku & bagaimana...
takziah buat keluarga arwah
moga allahyarham kan berada di samping kekasih2 Allah DISANA
Salam takziah buat keluarga dan sahabat-sahabatnya. Sedihnya pada anak yg masih comel-comel lagi. Moga ada pengganti si ibu demi menjaga anak-anak tersebut
Al-fatihah buat arwah.
Al Fatihah
Sabar ye kak irfa. Semoga arwah teman kak irfa di tepatkan di kalangan orang-orang yang di cintaiNya. Amin