Tuesday, June 4, 2013

Can I Have My Seat Back ?

Tu diaaaaaaaaa tajuk, speaking London katanya.

Kisah berlaku masa aku nak 'terbang' ambik kakak Khamis lepas. Kan aku citer, aku balik tanpa perancangan, dengan baju kerja aku lenggang kangkung naik flight. Dalam flight, seat aku 14A (tepi tingkap) tapi masa aku masuk, seat aku sudah ada orang duduk (seat 14 B & 14 C). Kapel baru kawen barangkali, nampak sengih memanjang siap main cubit2 manja. Cubit pipi kang. Eh!ai tak jeles pong..

Dah nampak aku berdiri sambil kengkonon check seat number, baik si lelaki dan jugak si pompuan, semua buat donno je. Dalam hati bara api mula mencetuskan anak-anak api 'eh seat aku tepi tingkap ke? tapi nape diorang wat donno je kat aku? tak tahu ke seat memang ada tulis kat boarding pass tuh?' emm perlu ke aku mintak seat aku nih? Okey,duduk jelah seat sebelah laluan tu.

5 minit berlalu, tambah 10 minit, kapel bermain gosok2 tangan sambil baca paper, konfem nak bulan madu ni.

Tetiba aku nak jadi jahat 'dik, boleh saya duduk kat seat saya balik?' sopan je aku sound. Dengan muka tak senyum si pompuan bangun dengan muka ketat dan bagi aku duduk kat seat asal aku.

Serius, aku tak heran naik ketebang duk tepi tingkap tuh. Tapi, kan elok masa aku berdiri cari seat tu dia bagitau aku 'kak, boleh tak bini saya duk tepi tingkap? dia suka tengok awan' konfem dengan senyum lebar aku izinkan dia duduk seat aku tu. Ini tidak, budi bahasa kemana, senyum memang takla. Si Pompuan tu sampai ke destinasi langsung tak pandang muka aku. Susah ye nak senyum?.

Masa nak balik kesini, (aku dan kakak) seat aku tetap jugak tepi tingkap. Tapi masa nak duduk dah ada sorang lelaki di seat tepi laluan tu, dan aku dengan murah hati 'dik, nak duduk tepi tingkap tak? boleh tukar seat? akak malas nak masuk kedalam ' dengan senyum dia jawab 'oh boleh ke? terima kasih ye' 

ini bukan kali pertama berlaku, tapi saja kali itu aku nak jadi 'nakal' sikit ;)

Korang penah alami situasi macam ni?

29 comments:

Rai Ourkizuna said...

'kak, boleh tak bini saya duk tepi tingkap? dia suka tengok awan'

hahaha.. baca dialog ni teringat masa aku pegi tengok wayang anak beranak aritu. ada couple tu kata seat yg kitorang duduk tu diorang punya. since husband aku bertegas kata tu seat kitorang (seat belakang sekali double) diorang pun duk depan..

lepas habis wayang.. husband aku cakap kat aku yg couple tu buat wayang kat depan..

patutnya diorang cakap kat kitorang masa nak mintak seat tu..

'kak..boleh kami duk sini.kami datang bukan nak tengok wayang. kami nak buat wayang"

hahaha...

Irfa said...

RAI..
mmg ada jenis maknusia yg suka suki duk seat orang (jelas tulis seat ko no sekian-sekian tapi saja suka duk seat orang mentang2 orang lom sampai..duk sekejap smentara tuan belum sampai boleh diampun lagi)

nape ko tak suh shujin ambik video upload kat you tube?hihi

Ratu Hatiku said...

hihihi.... dia xnak berenggang lah tu..yalah at least tyalah kan. APTB :D

Kakzakie said...

Kalau kakak pulak tak suka duduk tingkap macam peninglah kakak suka duduk tepi laluan. Kalau tengah laagi tak selesa - rasa sesak nafas.

Menyampah kalau org manja-manja bagi org nampak apa lagi kalau org bangsa kita. Walaupun sah tapi tak perlulah tunjuk...

NenetPenne (NP) said...

eeeh geli laa..kalau nak sangat carilah bilik...kot ya pun tak menyempat2 nak main..haaa tu dia...statement lazer...

kadang2 orang ni tak faham bahasa...duduk jelah kan kat tempat masing2...kalau dah sampai kapal terbang tu fly, tak ada orang kat sebelah, barulah duduk..tak gitu irfa?

tapi kalau dah salah, buat muka mcm tu mmang dapat lahar jelah dari akak...

Irfa said...

Ratu HatiKu..
nak gi bulan madu kot ;)

Irfa said...

KakZakie..
budak2 je suka duk tepi tingkap ni
saya malas nake menyelit menayang bontot celah seat tu
baik duk di laluan tu je tp sbb dia buat donno dari awal,saja la nak kenakan diorang
hahaha

Irfa said...

KAK NET..
hahaha tu dia..ayat power terus menusuk masuk ke tulang sum sum
ye betul..kalau dah terbang tp ada seat kosong boleh la ko nak main pindah2 seat setiap 30 saat tapi ni orang semua belum duduk ko dah chop tempat orang.silap oranglah.sbb mood saya ke laut hari tu..sakit hati sbb dia xde budi bahasa

Aku Ibu Muda said...

part jd nakal sket tu kita samaaa! haha... kadang tu rasa meluat bila ada kapel yg gesel2...

MOKCIK AZWA said...

kalau mokcik yg terkena dan mood kelaut hari tu, berdiri tengok orang tu sampai stewardess datang tanya orang yg tengah duduk tu, apa seat number dia..hehehe..tapi ada juga masa malas nak gaduh. Mokcik biasanya duduk tepi tingkap sebab boleh relak tak perlu bangun tergesa2 bila sampai ke destinasi..tunggu org lain dah angkat beg semua, baru keluar hehehe

IndaMarya said...

Tudia Net, aunty suka..straight to the point.walaupun pedih tapi lpas geram..ha ha.

HeNRieTTa JoSe said...

Pernah juga....tpi rietta mls nk amek port.l..

zino said...

saya pun suka duduk tepi tingkap nak tangkap gambar kepak kapal terbang tu hehe

Azwan@Mr Money said...

Saya jenis suke duk seat paling tepi.... tapi x suke pon tengok awan, suke tengok mase nak landing. hahaa bila dapat boarding pass terus cek seat... hehee

sitiezahim said...

heheehe sekali kena zass dah.. bagus jugak irfa buat camtu. ye lah supposely mintak la izin, paling tidak pon dah kena sound, mintak maaf la (incase kot2 derang tak tahu yang seat tu u punya)..huhuhu

Ibu Khalish n Ilhan said...

Tak pernah jd lg mcmtu. Tapi kalau naik bas masa zaman belajar dulu org selalu cilok seat tepi tingkap saya. hihihi

Lady Windsor said...

pernah..bosan kan orang kekwat sombong tahap taik kucing gitu...
macam dia sorang la mampu naik kapalteghobang..

Biarlah rahsia said...

kes k.bi plak berbeza...selalunya akak tak kisah duk mana2 seat abc tu...selalu jugak dpt tepi tingkap....tp klu tgk org dah duduk kita biar je lah...tp ada sekali tu...pramugara cek tiket dan didapati seat akak org lain dah duduk...dh bgtau...takpe....saya tak kisah...tp si pramugara tu suh tukar jugak...mula2 adik tu berkeras taknak tukar memandangkan akak tak kisah...tp dia paksa gak suh tukar...lawak betul...so tukar je laa...ikut arahan pramugara.

Irfa said...

AIM..
tapi lepas dah buat rasa kesian pulak :(

Irfa said...

KAK AZWA..
emm patutnya saya buat mcm tu kan?
berdiri je smpi cabin crew dtg tanya 'knapa tak duduk?'
double malu kot dia dapat

Irfa said...

Rietta..
selalu mmg x kisah pun
hari tu je yg kisah :)

Irfa said...

ABAH ZINO..
eh!macam tempias je
sbb saya pun kalau duk tepi suka ambik gambar sayap tu.hahaha

Irfa said...

azwan..
ye,dpt boarding pass terus check seat
dan duduk di seat sendirti supaya takde kes orang sakit hati
hahaha

Irfa said...

SitiZahim..
kalau dia atleast senyum dr awal sebab dah tau duk seat org
takkan jadi mcm tu ;)
mgkin dia igt free seating kot

Irfa said...

Ibu Khalish..
sama la..naik keta api,naik bas ke ada je org macam ni
hobi kot.hehe

Irfa said...

LW..
ntahla.
skrg saya baca balik en3 ni rasa mcm saya lak kekwat
pasal seat pun nak kecoh kat blog.huhu
niat asal sekadar berkongsi cerita
harap xde yg salah paham

Irfa said...

KAK BIE..
gitu pulak?
alahai en pramugara tu betul2 ikut buku la
dah sesama penumpang relahati nak tukar seat,apa salahnya ;)

Tihara said...

boleh plak takmo senyum tu..

ina ku said...

irfa, kita pernah kena tp tak de la org tu kekwat. dh sah2 kami bertiga so, sederet tu kami punya seat la. ntah camne budak 2 orang tu enjoy jer duk kt seat kami. tp bila kami cakap, diaorang bangun elok jer la. takde masalah. cuma terfikir dlm hati knp bleh duduk suka2 hati je, mcm naik bas lompat2 plak...hahaha.

pernah jgk skali terjadi dlm train, masa tu takde anak lg. kebetulan terserempak dgn sekumpulan budak2 pompuan muda2 ni. boleh pulak mintak tukar seat. masa tu kami kt seat bawah (dlm kete api mlm kan ada seat yg katil tu), dia orang katil atas. kite sengih buat bodo jer, anggap diaorang gurau2 jer walau pun cam annoying jer. dah sah2 la, harga tiket seat atas dgn bawah beza. yg atas lg mulah2 maaa....hahaha.

lagi satu masa flight nk ke oklen. ini bukan kite yg kena. minah salleh ni yg umur makcik la. masa tu flight penuh, baby pun ramai. ini yg line depan yg ada basket baby tu. kita dh tak berapa ingat mula2 camne tp klu x silap ada org mintak tukar seat dgn kami, kami setuju, kemudian kami mintak tukar dgn auntie tu, dia setuju, kemudian ada org mintak tukar dgn autie tu lg, dia setuju, kemudian ada sorang lg mintak tukar dgn dia....hahaha...kesian betul kat auntie tu. tp dia sangat baik setuju je sambil tersenyum mungkin mengenangkan nasib dia hari tu, hahaha...walau pun dari line depan terpaksa berpindah ke line ke dua. nak buat mcm mana, yg mintak tukar tu smua ada baby.