Wednesday, June 26, 2013

Erti Ramadhan Bila Dewasa

Bila puasa? kalau tengok kalendar kat diary dan kalendar atas meja aku ni .. kita mungkin berpuasa dalam 10 Julai. Sangat berbeza kan zaman kita kanak2 dengan zaman kita dah tua dewasa ni.

Dulu, hari paling gembira ialah bila nak raya, tak sabar nak habiskan puasa sebab nak raya. Kalau anak2 nakal, mak-mak suka cakap 'panjat lagi tinggi-tinggi, jatuh nanti patah kaki tak dapat raya' cepat2 turun takut jatuh nanti patah kaki, tak dapat nak raya. Nampak tak yang raya itu penting bagi seorang kanak-kanak.

Masa kecik2 aku tak paham kenapa mak dan nenek aku selalu sebut 'nok abih doh poso, tak tahu la panje umo lagi ko dok nok juppo dengan poso tahun depe' paham ke? tak paham sila guna gugel translate, hehe. Tapi sekarang, aku pulak yang ternanti2 bila tibanya Ramadhan. Bila nak penghujung Ramadhan sedih rasanya. Sedih takut tak bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. Sekarang baru aku paham apa yang mak dan nenek aku rasa.

Apa yang bestnya Ramadhan bagi korang?

15 comments:

Kakzakie said...

Betullah apa yg mak/atok kata bila macam kakak ni dah tua mula rasa dah.

Kalau tanya kakak mestilah paling best tak payah masak. Kakak ni kalau ramadhan jaaaaarang masak melainkan ada permintaan.

Masak sahur simple-dimple aje.

Balqis Nazid said...

masa kecik2 memang tak sabar nak habiskan ramadan... nak cepat2 raya.. nak pakai baju baru..

bila dah besar dah dewasa.. bila ramadan sampai hujung rasa sebak sangat..betul kata orang tua2 sampai lagi tak ramadan akan datang...

*bila ramadan..ada bau wangi aja, bau yang taka da pada bulan2 lain... - ( bukan bau masakan... tp satu bau ramadan...)

HeNRieTTa JoSe said...

Bestnye ramadhan.....hati rietta akan terasa tenang tiap tiap malam....sunyi dan sepi itu menjadi keindahan....dan kedaiaman hati....

NenetPenne (NP) said...

harap bukan ramadhan terakhir....

sitiezahim said...

betul tu irfa.. mmm bagi saya kat germany ni, puasa macam tahun2 lepas.. dari kol 3 pagi - 10 pm..mencabar kan? mmg kenangan habis kalau dah balik msia nanti hehe..selamat menyambut Ramadhan irfa :)

faraherda.razalan said...

Samalah kita. Teruja smbt ramadhan. sedih bila smpi ke hujung. Bukan sedih pe tp aku sdih sbb aku rs mcm selama ni byk sgt bazir masa. Haih!

Irfa said...

Kak Zakie..
tak payah masak bekfes/lunch tu antara perkara best ;)
tp yg pasti ada satu perasaan yg sukar di luah dgn kata2
mgkin sebab kita sudah pun menuju usia ................ (isi tpt kosong)

Irfa said...

Balqis Nazid..
igt lagi,mak ayah ke surau solat terawih
kita duk umah kena jaga adik//siap pakai baju raya dengan kasut raya/hbag
round dlm rumah ;)
sgt nostalgia

Irfa said...

Rietta..
malam2 di bulan Ramadhan mmg mendamaikan.
sunyi dia lain macam
tak sama dgn bulan yg lain ;)

Irfa said...

KakNet..
insya Allah :)

Irfa said...

Siti Zahim..
3pg smpi 10 malam?
lamanya puasa tp tpt sejuk x rasa dahaga kot.hihi

Irfa said...

Fara..
dah masuk 30 series ni makin terasa
masa 20an dulu x kisah sgt pun...huhu

paridah said...

bagi yg dh banyak usia mcm kak ni, Romadan adalah bulan utk beribadat sungguh2 maklum langkah semakin pendek, cerita kuih2 raya, baju2 raya sudah xbermakna lagi namun tetap gembira menyambut raya seadanya...

Nong Andy said...

kalau Ramadan... maksudnya dah nak raya.. dah nak cuti haaaaaaa :)

Nora Karim said...

betul... saya kalau nak habis ramadhan rasa sedih sangat.. takut tak ketemu ramadhan thn berikutnya...