Thursday, June 20, 2013

Ulam Tenggek Burung, Tak Kenal Maka Tak Cinta

Baru balik dari lunch, makan nasi la apa lagi (lauk ikan x tau nama dimasak sambal dan kuah pucuk paku masak lemak-pucuk paku dah abis, tinggal kuah je). Member makan nasi siap ulam. Dia pelawa ulam tu kat aku. Katanya 'try la ulam tenggek burung ni.susah nak dapat ni tau' dan reaksi aku takdelah pelik mana sebab nama ulam tu penah dengar cuma aku tak pernah cuba. Ulam yang aku suka cuma timun, kacang botol, kacang panjang, ulam raja. Tapi daun tenggek burung tak pernah makan. Memang suka mencuba benda baru, selagi ia tak memudaratkan apa salahnya macam kes gatal mencuba produk muka yang menyebab naik jerawat batu. Nyesal pun tiada gunanya. huhu

Okey, kita cuba je nanti ada modal nak tulis kat blog, hahaha.

daun tenggek burung
rasanya kelat-kelat pahit
tapi bila dah makan, ada rasa unik disitu

Khasiat Pucuk Tenggek Burung sumber dari MelayuKini

1. Pucuk Tenggek Burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan.

2. Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim.
3. Ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan pengaliran darah.
4. Ia juga boleh melambatkan keluar mani lelaki , lebih menegangkan zakar dan menjadikan zakar lebih sensitif.
5. Ia juga menyegarkan badan. Badan rasa ringan sedikit.

# petua awet muda, sentiasa ada ulam dalam menu harian anda. Wah! siap buat pesanan penaja lagi padahal baru hari ni berkenalan dengan ulam tenggek burung ni. Emm nape dia 'tenggek burung'? adakah pokok itu tempat kegemaran burung2 bertenggek? Sapa nak jawab...

18 comments:

  1. uiihhh..!!! saya memang suka daun ni..
    sedapnya..

    ReplyDelete
  2. pernah makan...tpi skrang dah jarang makan...sebab kat kafe xde...klu kt kdai luar pula, jauh sgt nak perginye...

    ReplyDelete
  3. Mana ada pahit? Tenggek burung kan lemak-lemak sedap ada masam sikit best. Kakak suka siap tanam lagi bawa dari kampung. Kena ada sambal belacanlah kalau tak mana kick.

    ReplyDelete
  4. Dik dulu kat opis banyak je pokok ni..dah abis dah tinggal sepasu je

    ReplyDelete
  5. Irfa,
    K.Sham first kenal ulam ni masa makan kat kedai nasi ulam cikgu di Kota Bharu.
    Mmg sedap.. tambah pulak partner ngan budu.
    Mujur makan ikut turn, so mmg puas layan tekak.
    Tang khasiat.. macam2..
    &&& mmg susah nak dapat sbb ramai yg buat jamu.

    ReplyDelete
  6. yah betoi tempat burung dating..kahkahkah..
    by the way,1st time sebenarnya dngar nama ulam ni.cuba lg lah xpenah...

    cheery pun sama gatai g try produk bawu,skali muka yg xpenah jerawat jd jerawat batu..dan sngat menyesal sbb xleh nak pulih dah..uwargggggghh

    ReplyDelete
  7. Salam Irfa.

    Daun tenggek burung ni ada juga orang panggil daun cabang tiga/ Cuba perhatikan daun, setiap tangkai ada 3 helai daun. ,Maklong pun suka ulam pucuk tenggek burung ni.

    ReplyDelete
  8. Salam Irfa, ulam ni biasa nmpk kalau akk balik Kelantan tp akk belum teringin nk cuba.

    ReplyDelete
  9. kalau dah berkhasiat tu tak kisah apa rasa, mesti kita nak makan kan..

    ReplyDelete
  10. Irfa,
    Memang sedap ulam ni. kalu makan dengan lauk yang sesuai berlemak rasanya.

    ReplyDelete
  11. kalau tempat burung bertenggek.. takde poo nya ke..hahaha..

    aku pun biasa dengar tak penah makan lagi..

    ReplyDelete
  12. kenal daun ni tp xpernah try. tenggek burung namanya ek.
    bw dtg follow sini.slm kenal

    ReplyDelete
  13. kat kedai sebelah opis akak memang adajer... akak kalau gi kedai dia tak sah kalau tak amek.. kegemarantu...

    ReplyDelete
  14. Suami kak yus suka sangat makan ulam tenggek burung, dulu kak yus pun tak tahu makan dan tak kenal macam mana rupa ulam tenggek burung, SRD lah yang memperkenalkan, sedap juga, tapi takdelah suka sangat, dia je yang terlebih suka...:)

    ReplyDelete
  15. maksu cuma kenal pegaga jer, hehehe

    ReplyDelete
  16. salam.
    awak,tumpang lalu.
    kte nak promote sikit.
    kte ade jual aura white RM130 je.
    free postage + shaker + 5 free gift.
    kalau nak, contact kte ae.
    Diba 012 7009100 :)

    ReplyDelete
  17. best oo ulam ni..cecah pulak dgn sambal mangga..i tell u..sedapppp

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)