Tuesday, December 31, 2013

Masa Kita Dan Anak2

Terlintas nak tulis pasal ni bila baca BlogOurkizuna, kalau rajin, baca situ dulu baru korang paham apa yang aku nak tulis.

Dalam 24 jam sehari, berapa lama sebenarnya masa kita dengan anak? Contoh aku sendiri:

Isnin - Jumaat (hari bekerja)
7.20 pagi dah keluar rumah, sampai rumah jam 6.20 petang.
Ambik anak kat rumah pengasuh, balik umah, masak untuk dinner, ajar anak ngaji
Lepas Isya tengok tv kejap.
Pung pang pung pang 10.30@11 malam anak2 dah tido

Sabtu Ahad
- kalau takde xtvt, duk lah umah sepanjang hari dari pagi sampai malam
- kalau en abe cuti, keluar makan2 kat luar @ balik jenguk mil n fil kat Cheras
- kalau en abe keje, dan CV sudi bawak jalan, kami keluar cuci mata kat shopping mall terdekat, hihi

Itu rutin aku, korang pun rasanya lebih kurang je kot.

TAPI, dalam sabtu ahad tu wpun ada kat rumah bersama anak2, banyak lagi mende lain nak buat. Basuh kain, kemas umah itu ini begitu begini. Berapa lama sebenarnya yang kita betul mengadap anak? dengar luahan hati diorang? dengar diorang bercerita tentang xtvt mereka selama masa kita bekerja? Macam sikenit aku tu, ada ke benda dia nak citer bila ambik dari rumah pengasuh.

Permulaan ayat dia selalunya macam ni:

'tadikan, kita bla bla bla'
'tadi kawan2 kita kan, bla bla bla (padahal kawan dia dirumah pengasuh cuma seorang, tapi tetap guna perkataan 'kawan2 kita' macam le ramai, hihi)

Ada orang, layan anak ala kadar, anak bercerita sepuluh kali pun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak bagi perhatian pun pada cerita si anak. Besok bila anak dah besar, anak buat kita macam tu, macam mana rasanya ye? rasa oren kah @ epal kah?

Sebagai manusia biasa, bila kita penat, cepat je nak marah. Mau tidak, kemas menan diorang ke ada kot 16 kali, kalau kemas pun tetap tak sempurna di mata kita. Peringatan untuk aku 'bila nak marah, ingatlah. Mereka akan membesar, sampai masanya .. mereka akan buat hal sendiri.

Macam kata kawan aku tu 'Masa anak sedang membesar, itulah masa untuk kita dan dia. Bila dia dah besar.. diorang dah ada jalan diorang sendiri.. Masa tu, kalau kita nak pun, kita dah susah untuk main dengan diorang lagi... hehe'..


Fikir2kan dan selamat beramal


14 comments:

  1. kan best kalau dpt lihat anak membesar 24jam depan mata :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. NINA AZ..
      dunia serba serbi pakai $$ ni tak mengizinkan hanya ketua keluarga saja bekerja
      itulah hakikat kita kena terima
      # teringin nak ada gaji, kerja dari rumah,huhu
      bilakah kesampaian

      Delete
  2. kan..aku ni dah la garang..kadang2 diorang mintak air masa aku tido pun aku rasa nak marah.. sbb penat kononnya..tapi bila pk balik.. tanggungjawab aku kat diorang.. bukan lama pun.. beberapa tahun ni je.. dah besar nanti diorang pun tak harap kat kita.. so aku belajar nak meluang masa ngan diorang.. cuba kawal sikit marah.. still.. kadang2 hilang sabo gak..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      aku pun garang
      tak caya cer tanya anak2 aku.diorang akan pilih ayah sebab ayah dia lagi sabar layan anak
      dengan aku? air tumpah pun kena marah
      penat weh asik keje mngemas je, baru nak baring kena buat itu ini
      bila diorang tido, baru aku rasa kesian sebab marah diorang
      huhu

      Delete
  3. alamak kak... terasa la pasal entry ni... smlm cda kena dengan asben bila cda marah anak sbb anak buat tak tahu je cda tanya dia.. sambil2 dia dok main henset. Asben kata... ermm dah mak dia pun sama... kadang2 anakpanggil 2 -3 kali dok ralit check fb lagik.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHIDA..
      hehe, takyah terasa sgt
      sbb akak pun sama
      duk layan wsap/we chat..anak kena ulang citer dua tiga kali.huhu

      Delete
  4. betul2..bila dah besar, masing2 ada hal..masing2 masuk bilik masing2 layan games...dah tinggal kita terkontang kanting kat luar..jadi bila time depa kecik, depa tak nak berenggang dengan kita (ikut keadaan), biarkan jelah...

    ReplyDelete
  5. Lbh kurang je rutin tu..uhuhu.. Bilalah blh benti keje nak jadi surirumah sepenuh masa uhuhuhu

    ReplyDelete
  6. KITA KAN RINDUI SAAT KITA MEMBELAI N MENCINTAI ANAK2 TIKA MRK KECIL SETELAH MASA BERLALU N MENDEWASAKAN MRK...PENYESALAN AKAN DATANG JIKA TERASA KITA PERNAH MENGABAIKAN MRK....

    ReplyDelete
  7. itulah sebabnya saya nak sgt berhenti kerja dan fokus jaga anak2 je... tapi setakat ini belum mampu lagi....rugi kalau masa dh berlalu takleh ulang balik...

    ReplyDelete
  8. Kak... bayangkan saya yang rumah jauh ni.... lagila terasa...
    kerja di sini buat saya feel demotivate...
    kadar stress saya meningkat.
    tua di jalanan

    ReplyDelete
  9. Sejak ada budak kecil kat rumah ni aku dah pandai ajar diri jadi sabar. Aku dah pandai control temper aku. Aku set kat minda dengan budak kecil dengan orang tua kita kena sabar. Aku belajar didik budak kecil so that once I have my own aku dah tahu macam mana nak didik dia pulak.

    ReplyDelete
  10. Antara kuakiti time dan kuantiti time.. mana yg pntg? Kak zar nampak kqlau kita cemerlang di rumah in shaa allah cemerlanglah kerjaya. Jangan susqh hati kalau x boleh jd surirumah seownuh masa. Usahakan yg terbaik ikut cara kita. Solat jangan ringgal dan doa jangan putus

    ReplyDelete
  11. tersepit kan.
    sbb tu ramai yg bekerjaya pilih berniaga online atau bisnes sndiri yg mana boleh pantau anak di depan mata.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)