Wednesday, January 29, 2014

My Sarapan: Spaghetti Cheese Herb

Pagi ni semuanya keluar rumah dengan muka senyum
adik ke umah pengasuh muka senyum
siap dia pulak pesan kat aku
'nanti umie work, nanti umie ambik kita tau, nanti kita tengok wayang ye'
berapa banyak nanti la, hihi
eh! macam mana timbul idea nak tengok wayang nih?
mimpi tengok wayang malam tadi kot

kakak dan abam pun kesekolah dengan senang hati
kakak memang jarang ada masalah
sebelum tido dia dah setel apa yang patut dia buat
so bila bangun je, buat apa yang patut, terus angkat beg ke umah transit

cuma abam ada hari susah bangun
ada hari, dia bangun paling awal dari orang lain
macam semalam, dia kejut aku bangun jam 5.00 pagi
bangun mandi, terus solat subuh
padahal azan Subuh pun belum lagi, adoyai
tak pasal2 kena solat Subuh 2 kali

bila anak2 okey, umie pun double OK
sempatlah buat sarapan hebat sikit
macam hebat kononnya, padahal sarapan campak2 je pun
# kalau Zamir Juara Masterchef Malaysia All Star tengok gambar spaghetti aku ni
konfem lap air mata dengan apron 
(^_^)

sarapan spaghetti kita pagi ni ye
ini namanya spaghetti versi malas
1- rebus spageti dengan sedikit minyak dan garam hingga lembut
2- potong dadu bawang holland dan bawang putih (agak2 la)
3- potong sosej ikut suka
4- panaskan minyak, tumis bawang hingga kuning
5- masukkan sosej kacau sikit
6- masukkan sos prego cheese herb, kacau, letak air sikit sebab nampak pekat sangat
7- rasakan, agak tawar buh garam sikit
8- agak2 dah sebati, matikan api

nak makan, ambik spaghetti, letak sos
dah siap

# cili tu aku potong asing, khas untuk aku je
sebab tak pedas tak kick katanya, hihi

tercapai sos ni kat pasaraya malam tadi
main capai je, tak tengok pun sos perasa apa

aku nak ucap TAHNIAH pada seseorang
pepagi dia dah wsap aku gambar pregnancy test ada 2 line
dengan icon muka suram

dear fren, terimalah ye
Rezki Allah nak bagi, bukan semua orang dapat
Insha Allah, semuanya akan okey

(^_^)


 

14 comments:

  1. Anak-anak happy memanglah umie double happy.
    Itulah untung bila Umie happy dapat makan spaghetti kan anak-anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZAKIE..
      hihi
      untung buat si ibu @ si isteri
      berganda2 balasannya ;)
      the more u give, the more u get
      amboih, speaking sgt,hahaha

      Delete
  2. dapnya..sy yg cheese ni memang suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MSREADCHEESECAKE..
      tak penah beli sos yg perasa ni
      selalu beli yg cabonara tu je
      ok gak yg ni

      Delete
  3. rajin ko memasak pulak pepagi ya.. aku kena usaha lagi ni..hahaha

    tahniah buat kawan ko tu :P pesan kat dia jangan sedih2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      itu time rajin
      kalau malas, roti 70sen tu je buat sarapan ;)

      nanti aku sampaikan
      dia ok dah tu, dah bagi suntikan semangat tadi
      bukan semua org terpilih mcm dia ;)

      Delete
  4. Yummynye kak irfa mkn spaghetti..
    Nape sedih2 pula teman yg pregnant..alhamdulllh rejeki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIRA..
      tambah carbo yg dah memang sedia berlebih ni ;)
      dah cakap ngan dia, dah oklah tu kot
      dia bukan taknak,cuma terkejut sbb baby kecik lagi
      malu kat bos katanya sbb baru je cuti bersalin tahun lepas

      Delete
  5. Sempat juga buat spagheeti.. kak zar pepagi.. uruskan diri sendiri je.. 6.15 dah keluar rumah. Masuk opis dgn bulan keluar opis pun dgn bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZAR..
      senang ek urus diri sendiri je ;)

      sy pun kuar dgn bulan jugak kak
      tp balik sblom bulan muncul ;)

      Delete
  6. Ni yang beli haritu..baru masak ke?? loorrrr

    ReplyDelete
  7. Kalau masak dengan hati yang ikhlas mesti makanan jadi sedap, seronok anak2 makan.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)