Wednesday, May 28, 2014

Silent Readers (Pembaca Senyap)

Siapa Silent Readers kat sini? sila komen? hahaha

Kenapa ada Silent Readers?
- mungkin hobi dia membaca macam aku dia suka baca je tapi segan nak komen
- mungkin dia nak komen tapi takde google account, so tak leh komen
- mungkin dia taknak empunya blog tahu dia datang baca

Apapun alasan, rasanya semua blogger ada Silent Readers mereka sendiri, betul tak? Ada yang tinggal komen di sebalik nama 'cik anon'. Memandangkan nombor henpon aku di paparkan di blog online, jadinya ada Silent Readers yang terus wsap ke nombor aku.

Tapi setakat ini, mereka perkenalkan diri dengan bertatatertib. Ayat digunakan pun hampir sama
'salam, nama saya .... , saya silent readers blog Irfa, saya nak tanya bla bla bla...'.

Ada yang nak beli barang
Ada yang sekadar nak kenal-kenal
Ada yang mintak pendapat (mungkin malu nak share ngan orang yang dia kenal)
Setakat yang aku mampu jawab, Insha Allah aku tolong jawab.

Yang kelakar tentang silent readers Isnin lepas (harap2 dia tak baca hari ni, hihi).

Aku kan tolong jiran jual kek, dia suri rumah yang ada bakat buat kek. Setakat ni dia buat Kek Cheese Leleh, Kek Coklat Cheese dan Kek Velvet Cheese.




Hari tu ada bawak 20 pack kek tu, tapi dah waktu lunch tinggal lagi 6 bekas. Aku lak nak cuti setengah hari.

Rasa kesian pulak kalau kek tu tak habis jual, nak pulangkan balik pada tuannya tak sampai hati. Jadi sebelum balik, masa lalu lobi opis, aku lalu depan sekuriti kaunter. Nampak ada 2 staf pompuan kat situ, dengan buka selamba panda, aku offer kek tu kat diorang, yang kelakar seramnya bila sorang staf tu cakap 'eh! ingat jual yang ada kat blog tu je, kek pun ada jual ke?'. Aku rasa macam seram sejuk bila dia sebut perkataan BLOG. Alamak, aku sesapa lagi kat bangunan ni selain dari 2,3 orang kawan aku yang tahu aku ada blog ke? Tak ingat sama ada kami penah borak ke tak? huhu.

Tapi bila dia sebut 'happyirfa kan?' masa tu aku rasa nak masukkan kepala dalam beg plastik besar yang bubuh kek tu. Malunya kita.

Tapi TQ kat diorang sebab beli 4 bekas kek tu, so bawak balik baki lagi 2 bekas, jiran tu bagi free untuk anak-anak makan. Rezki anak2

Sebenarnya aku tak kisah sapa nak baca pun, lagipun blog ni public, bukan rahsia sangat pun. Cuma bila ditegur depan-depan tu terasa gak merah muka. Baru sedar, pemalu rupanya aku nih.

semalam dapat souvenier (shawl kaler oren dan keychain dari korea)
dari 'silent reader' yang pernah beli ikan bilis tomyam
sebenarnya aku tak jual, tolong belikan je
TQ ye Anis
Okey, selamat membaca entri merepek dari Irfa
TQ sebab sudi baca (^_^)


17 comments:

  1. Bukan tu sajer...itu maknanya awak dah jadik celebrity gitew... hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AZIELA..
      celebrity lah sgt, x nak mintak sign ke? nnt kalau betul dah jd celebrity payah dah nak sign, hahaha
      berangan tak kena bayar gitu

      Delete
  2. ahahaahah....rupana mereka lah silent reader tu yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      taklah, bukan diorang yg sms tu
      mungkin tersesat kot masa duk layari internet
      tp yg pasti, bila trserempak kat kafe, akak dah rasa malu,huhu

      Delete
  3. malu ke? hehee... budak opis akk semua tahu blog akak even bos akk pun tahu...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. MSREDCHEESECAKE..
      kalau bos tahu, sy harap dia tak ngaku yg dia baca blog saya
      double malu, tutup terus blog nih

      Delete
  4. Aduh tergoda akak tengok kek2 tu Irfa.. dah lah hujan ni lagi tambah lapar huhuhu.. ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)..
      mmg sedap
      feberet anak2 dan suami saya ialah cheese leleh
      tp sy suka velvet cheese tu ;)

      Delete
  5. banyak jugak blog yang i jadi silent readers muehehe, memang ai malu nak komen2 depa, kamu ni pun nasib jer kamu tegur kami dulu, dah la sekappung muehehe. my blog tu pun my fren tak ramai yang tau, my adik2 jer la yang suka skodeng.

    femes la u, hati2 kang ada stalker pulak muohoho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUMMY JJ..
      eh dah online?
      baby baru buat apa tu? tido ke?
      tahniah tau utk kelahiran adik Jelita

      tu ler pasal kita suka blog kamu, kata sekapal, kih kih kih
      suka tgk JJ yg sebenarnya
      dan suka tgk mummy JJ masak campak2

      Delete
  6. susah juga jd blogger terkenal kan irfa...mujur kak xde sapa yg kenal...

    ReplyDelete
  7. salam irfa... hehehe gelemer la tu kalau dah orang tau irfa ada blog :D

    ReplyDelete
  8. saje nak silent kan diri... silent is golden muahaha.

    ReplyDelete
  9. hehehe..glemer Irfa..tapi bagus juga tu..for your business hehehe

    sebenarnya orang boleh terjumpa blog kita tanpa sengaja..azwa misalnya, terjumpa blog rakan sekerja semasa mencari pengalaman bersalin di hospital sekian2...tup2 jumpa blog dia sebab dia sertakan gambar2 dia sekali. Blog Irfa pun mereka jumpa bila klik "inner magic"..agaknya lah hahaha..tapi yang pasti kalau klik " Vietnam aku datang" salah satu blog yang akan keluar ialah blog Irfa hehehhe..

    ReplyDelete
  10. kalau blogger tu menulis dengan ikhlas, dia tak kisah pun dengan silent reader ni..hehehe..
    p/s:sedapnya kek tu irfa, saya tak nak jadi silent reader,nak jadi silent eater.. :p

    ReplyDelete
  11. hmm sedapnya kek..aiseyyy camna nak diet ni..

    ReplyDelete
  12. Risau gak ni kalau geng2 opis tau ada belog, bukan apa...i is pemalu..hehee

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)