Skip to main content

Bila Di Cari..Memang Tak Jumpa

*ku mencari ..ku mencari..dimana kah dikau*..
mood sambil nyanyi
aduh!tengah pening kepala ni
bila mencari sesuatu yang tak jugak jumpa-jumpa
huhu ;(
ni mesti sebab pindah opis tu ari..
aku dah lupa mana aku letak fail yang aku letak sijil-sijil aku
sijil sekolah dan jugak sijil-sijil yang dapat masa keje
bukan nak gi intebiu pun tapi bila cari tak jumpa risau la jugak

seingat aku masa nak pindah aku isi semua barang dalam kotak
dah kira semua kotak barang aku ada la dalam 9 kotak
6 kotak besar dan 3 kotak kecik
rasa macam hilang satu kotak besar tu
ada sesapa alih kan ker?
nak tuduh sapa kan?
semua orang sibuk pindah..


moga-moga ketemu la kotak tu dalam masa terdekat ini

'kotak...............oooooooooooooooo kotak.mana ko nyorok ni'.



...........ini bukan kotak yang aku cari........

Comments

NenetPenne (NP) said…
i pun penah bawa sijil2 mcm tu kat opis tapi bila pindah, angkut sendiri naik kereta..bukan apa..takut jadi mcm ni lah... harap kotak tu munculkan diri dia...

kalau petua LW, tabur garam...
Irfa said…
NET..
gatal bawak opis sbb tu ari nak kemas kini kat umah tak sempat nak membelek.nyesal woooo..tabur garam ?kat mana?tpt kejadian ke @ kat mana2 je?

sila bantu
Unknown said…
ko rilek je dulu..nanti bila ko da tak kelam kabut cari muncul la tu kat mana2..jangan kotak tu balik sendiri ketuk pintu sudahhh..serammm..

hehe..

selalu jadik kat setokin laki aku..da beli baru nanti muncul la setokin yg hilang sebelah tu..tension je aku..
Afasz said…
singgah n follow blog awak. :D

jemput singgah blog sy di afasz.blogspot.com
Acik Erna said…
dik nanti dah jumpa simpan dirumah ye.
aNIe said…
Salam Irfa...kadang2 masa cari tak jumpa....masa nak solat tulah baru teringat..w
~Cik Sweety~ said…
crik selow2 yea cik kak..kot2 ade dpn mata..tapi baisalah..bile nk cari,cm xnmpk jekk
NenetPenne (NP) said…
i tak penah buat petua tu tapi LW penah buat..i tak ingat entry yang mana satu.. katanya tabur garam kat kawasan tempat hilang tu... tapi tu just petua jer...jangan percaya sangat2 tau sebab takut jadi khurafat laa pulak kan...
Irfa said…
net..
tak salah mencuba kan?
cari dulu nanti kalau x jumpa jugak boleh cuba petua itu
Irfa said…
RAI..
ko buat aku seram la ..
stokin hilang sebelah tu biasa berlaku
lain kali beli stokin sama kaler dan design..so tak berlaku hilang sebelah sbb semua sama je..
Irfa said…
AFAZSZ..
hai ..selamat berkenalan
tq sudi singgah
Irfa said…
KAK ERNA..'
harap2 jumpa la
Irfa said…
KAK ANIE..
mmg pun..masa nak angkat takbir tu baru teringat kat mana
mak saya kata 'mainan syaitan tu'
hehe
Irfa said…
SH..
saja buat2 x igt.
ada tu x kemana..dia nak main nyorok2 ngan saya tu
JunAina said…
Duduk...rehat2, pekena kopi secawan. Tarik nafas dalam2 baru carik balik. Dedulu gi Putrajaya je pun carik jalan kelaur tak jumpa dari masjid tu. Last singgah petrol pum basuh muka, rileks jap sambil menung. Istighfar banyak2. Tanya staff petronas senang je dia bagi direction jumpa jalan keluar dari situ. Sebelum ni tanya2 org jugak tapi still silap jalan. Memalam, malukan org kajang sesat kat Putrajaya...hehehe...
bangsawan nilai said…
rasanya dh diambik dek org yg beli 'sulat kabar lame..."!
nn lylyn said…
cari perlahan2 jgn kelam kabut..nanti jumpe la tu
Leney said…
Irfa,
Selalunya bila cari barang, saya baca surah Al-Kafirun. Saya ikut petua sorang colleague saya dulu. Alhamdulillah, selalunya dapat balik. Dalam kes saya, selalunya kalau tak kunci rumah, kunci kereta..gitu ler. Demo tera lah.

Leney
Irfa said…
JunAina..
mmg kena rilex dulu baru jumpa yg dicari
mencari dalam kelam kabut memang tak jumpa la jawabnya

saya jarang drive sendiri so tak penah la sesat ;)
kdg2 tempat dekat ngan kita tu yg boleh sesat
buat2 jelah macam org dr luar kawasan bila bertanya arah jalan
hehe
Irfa said…
Bangsawan Nilai..
dah jumpa..lalalallalala
Irfa said…
Salam Untuk Kak Aisyah jugak ;)
Irfa said…
nn lylun :)
dah jumpa pun..semalaman tak lena tido ;)
Irfa said…
Leney..
tq untuk petua itu :)
kunci rumah selalu jugak salah letak
mmg berpeluh la jawabnya bila seluk-seluk beg tak jumpa kunci umah
Anaasuria said…
uit, kena cari sampai dapat kotak tuu.. harta tuuu.. :)
Irfa said…
Anaa..
dah jumpa.gembira tak terkata
kalau ilang susah hati tu..dokumen penting sume dalam tu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t