Skip to main content

AA Keluar?Cam Tak Caye Je

Malam tadi selepas siap rutin wajib (dinner + solat magrib + ajar hero ngaji yang berakhir dengan adegan air mata..aku kan ibu yang aummmmm..hehe).

macam biasalah..waktu baring-baring sambil layan tv.aku baru je capai remote nak tukar channel biasa 393 sekali hero cakap 'umie.masterchef dah start.abang nak tengok' dan cikenit cikebum pun menambah 'mie.cef ..cef' amboi boleh tahan sikenit ni..umur 2 tahun setengah dah minat rancangan masak-masak.untungla umie dah besar nanti umie dah ada chef kat dapur.hehe

masa tu belum drama wajib tonton yang aku tunggu so layankan aje.



AA aka Azwan Ali

Pasukan Biru yang kalah masa cabaran sajian luar bertemakan menu hidangan kegemaran Tan Sri P. Ramlee terpaksa masuk pusingan penyingkiran.Dr Fazley,Soo Wincci dan Azwan Ali kena masak sajian mee.nampak cam senang je kan..kalau aku konfem campak-campak je..takat tekak aku bolehlah lepas tapi ingat senang ke nak lalui tahap ujian rasa oleh tekak Chef ber3 tu?tidak senang okey..kalau tak takkan muka masing2 ketat je ;)

bila diumumkan AA keluar aku macam..eh!biar betik.ingat boleh bertahan sampai final sebab ramai meramalkan Astro akan simpan AA menjadi Top 5.ramalanku tidak benar belaka.emm pasti lepas ni tiada lagi gelagat AA yang menimbulkan bermacam rasa di hati kita semua.orang kata 'benci tapi rindu' gitu.hahahaha


gambar dari sini

ini dia Bihun Hailam ‘Seafood’ hasil air tangan AA..aku sangat terpikat dengan pinggan-pinggan dalam rancangan ni..beli kat mana yer?mesti lebih berselera makan dalam pinggan cantik tapi jangan pinggan je lawa rasanya alahai..tak tertelan

kalau dah abis musim ni agak-agak ada lagi tak MasterChef Selebriti Musim Ke2 ?kalau ada ..artis mana yang korang harapkan akan masuk rancangan ni?aku belum fikir lagi tapi kalau boleh nak Fahrin masuk.boleh?eh,pesal tetiba minta Fahrin ni?kalau takpun Scha Al-Yahya..aku suka dia.hehe

Comments

NenetPenne (NP) said…
masakan dia tak outstanding compared to dato fazley and soo winci. tak innovatif laa gitu.. masa kes masak kat restoran saloma tu lagi kelakar.. dato fazly kata AA tak payah nyanyi tapi belum pun dato fazly bukak mulut, AA dah nyanyi dah... tapi dato fazly as being dato fazly... tak kutuk apa2 pun... sebab dah karektor AA tu memang mcm tu.. suka menonjol...

tapi last ucapan AA tu memang sedih, dia kata sesiapa yang menang tu, janganlah riak dan berubah sikap dengan kawan2.. tu memang betul sebab antara kita pun, kalau dah 'maju' sikit mulalah bersikap lain dah pilih kawan.

pinggan cantik mcm tu i jumpa masa i pegi Quongzhou tu..kat satu tempat tu memang khas jual pingan mangkuk untuk hotel2 punya.. tapi sebab i jenis yang setakat pnggan cantik tapi makanan tak cantik so tidaklah membelinya... i bukan pengumpul pingan mangkuk tapi pengumpul baju2... ha ha ha...
NenetPenne (NP) said…
ralat: makanan tak sedap..ada ke patut makanan tak cantik...he he he..
Kakcik Seroja said…
Tengok AA tercemik-cemik, kesian ada kelakar pun ada! :)
Irfa said…
NET..
mcm majalah pulak ye..ada ralat utk isu bulan lepas ;)
Irfa said…
NET..
saya tgk masa tu adegan tiba2 dia nak nyanyi jugak pdhal dah janji awal2 dr fazley nyanyi.dia dan sos wincci menari je..alahai,sib baik dr fazley cool orgnya

pesanan dia tu mcm pesanan ayah kepada anak-anak ;)

pinggan lawa tu org kata ada kat Ikea tpi sy dah lama x kesana
Irfa said…
KAKCIK..
ye..nak gelak pun ada
kesian pun ada
2 dalam 1 ;)
-Sara- said…
penuh drama ada AA ni! haha

tulah, mst benci tp rindu kan! hihikk
Elly said…
Hahaha....dia menanggis siap muncung2. Cute sangattttt
HeNRieTTa JoSe said…
oooo ye ke....thanks share kat cni....rietta xtgk coz xde astro cni...
Kakzakie Purvit said…
Ada hikmahnya tu Tiha... ramai yg kutuk-kutuk tapi bila dia terkeluar ramai juga yg macam tak percaya. Sekali Astro nak buat gimik masukkan balik macam rancangan realiti lain macamana agaknya reaksi penonton ye?

Si Comel pun pandai tonton masak-masak ye...:)
Irfa said…
SARA..
tulah pasal..dalam nyampah dan meluat pun nak tgk jugak
haha
Irfa said…
ELLY..
la ye ker?
rugi aku tak tgk part tu sbb masa tu jugakla anak kenit aku mintak susu.huhu.takpe,aku tunggu ulangan ;)
Irfa said…
RIETTA..
share citer jelah sbb video takde ye ;)
Irfa said…
KAK ZAKIE..
Tiha?
akak salah taip nama saya ker?
saya ada gak fikir macam tu..kotlah lepas ni ada undian masuk macam Af..kalau ada mmg nampak sgt la Astro suka buat 'drama'.

ye kak..dia pun sibuk nak tengok masterchef ;)
Aku lagi respect AA dr Fazley. Ooppss, aku takut t peminat Fazley mrh aku. baik aku diam je.
Irfa said…
FARA..
tak marah pun.hahaha
sbb aku pun baru nak 'suka' dgn dr fazley ni.
Anonymous said…
okla tu.. tiada lagi bulu2 musang itu..heheh
ape2 pn suke part fazley jpe ct n ct npk cantek sngat....
Irfa said…
CIK ANON..
apa fungsi bulu musang tu yer?
geli pulak nengok..sib baik takde resepi pakai bulu musang ;)
hah!part jumpa ct tu..saya lak over depan tv,sampai merah2 muka
Miss Volvo said…
drama king aa ni :P

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t