Skip to main content

Datuk Fazley Tak Puas Hati dgn Azwan Ali?

wachaaaaaaaaaaaaaaaa
gempak tak tajuk tu?bikin panas je kan..
cam biasa..aku suka intai apa keywords yang buatkan orang masuk blog aku
dan hari ini keywords nya (siap print skrin..nampak sangat macam takde keje)



yang lain-lain tu biasa je dan aku penah tulis kot.kalau tak betul 100 % pun sipi-sipi tu ada la..

contoh:

-ikat peranakan (aku ada mintak pendapat tentang ini bebaru ni)
-gambar kantin sekolah (citer psl abang dan duit poketnya dulu tu)
-lienanilaz (alfatihah buat arwah..ingat je mesti sebak dan cepat2 sedekah Al-Fatihah untuknya)
-Rita Rudaini (oh ni yang aku penah tulis Rita cantik bila pakai tudung)

tapi cara-cara nak jahit poket baju kurung aku tak penah tulis..mungkin juga masa aku berangan nak beli mesin jahit sebab nak buat baju kurung tu kot.

hah!sapa yang duk cari tentang 'Datuk Fazley Tak Puas Hati dgn Azwan Ali' ni?cepat ngaku.tak baik tau..

macam-macam keywords ye..so far keywords paling tak senonoh yang aku jumpa cuma 'stim tengok Yuna' sian Yuna kan?nak marah ni..sebab aku kan peminat setia Yuna..minat jelah tapi tak penah beli album.hihi

Comments

HeNRieTTa JoSe said…
errr....keyword mmg sebegitu....huhuhu....
kannnnn.....tajuk yg gempak mmg org akan terjah mcm saya....:)
Anamarza said…
Macam-macam keywords yang lekat ya, tapi keywords stim tengok yuna tu memang tak sesuai hihi
~Cik Sweety~ said…
hehe..ade la tu yg xpuas ati ngn aa n dr fazley....
Masy said…
tengok yuna pon nk stim. ape giler dorg ni hahahaaha
Irfa said…
MASY..
selera masing2..hahaha
Irfa said…
SH..
diorang okey je..tpi peminat yg lebih2 ;)
Irfa said…
ANAMARZA..
rasanya blog ni suci je ;)
jgnlah ada yg sesat ke sini cari benda yang 18sx
Irfa said…
ZURINA..
sesekali buat gempak okeylah
kalau selalu org pun nyampah..propa je lebih tapi apa pun tarak ;)
Irfa said…
RIETTA..
main taip je apa terlintas kat kepala
Unknown said…
marah Qi nanti..hahaha..
Anaasuria said…
kahkah.. ko memang kelakar lah IRfa...
Irfa said…
RAI..
'Qi sporting..bende remeh dia tak layan'
kata Yuna kepadaku dalam mimpi malam tadi ;)
anda percaya?
Irfa said…
Anaa..
kelakar?part mana yang kelakar tu.cer citer sikit
hehe..hidup kena ceria

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...