Skip to main content

Kerana Power Trip

aku tak pasti la orang sebut power trip @ power trick..ala,yang tetiba black out tu.sabar je lah.semalam aku dah siap buat monthly report..data semua dah isi dan tinggal nak touch up je kasi lawa sikit..pastu boleh la emelkan pada yang berkenaan.baru aku nak letak bedak dan gincu kat report aku tu..ada bunyi TUP dan semua pc off tetiba.

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................. dan suara-suara orang menjerit pun bergema.emm nampak gaya bukan aku soranglah ni.

tensen tak?
walaupun salah sendiri sebab lupa save.
terus takde mood nak buat keje
nak buat balik pun rasa macam kecik je pc tu aku tengok
bukan sekali tau tapi sampai 3 kali
last-last aku tak submit pun report..sib baik bos tak tanya
kalau tanya pun,aku dah sediakan jawapannya..hehe

so hari ni..ulang balik aku buat semalam.
alahai labu..

Comments

Unknown said…
ko buat dalam apa excel ke word doc? sambil buat tu 5 minit sekali ko tekan ctrl+s.. at least takde la ko nganga kena buat semua bila power trip..sakit jiwa woo..
Kakcik Seroja said…
Kakcik pun beberapa hari lalu jadi sengal. Bos minta dokumen, kakcik hantar melalui emel, tapi tak sertakan fail! :(
mama aryan said…
biasa juga jd mcm tu kat opis nih,mmg geram la..tp nak buat mcm mana..terima je la seadanya
NenetPenne (NP) said…
kat office i pun sama..
tengah syok buat kerja, sekali black out...
uwaaaa nanges.. tapi sib baik sempat save before that...
Nieda said…
waa..boleh nangis ni.
Unknown said…
aduhhhhhhh..

mmg seriau habis..... kadangkala tak tersangka2 kan
arghhhh arghhh arghhhh sapa nak rasa kaki nii
Asmara said…
uwaa.. kalau saya pun dah menjerit. huhu.. penatnya nak buat balik benda yg sama. xpelah 4x buat dah hafal kot. hehe..
HeNRieTTa JoSe said…
sabar yea....rietta pown tensen kalu jadi camtu....sangat tensen....
-Sara- said…
alahaiii ciannyaa..xpee buat balik slow2 k..jgn tensi2 ;)
Ummi said…
akak suka save sikit2, amnd sikit save, amend sikit save.... sebabnya selalu jadi macam irfa, bukan black out tapi computer hang :( benci kalau kena wat semula :(
Anaasuria said…
Kella kena make a habit amend sikit, cepat2 tekan Ctrl S.. tu shortcut untuk save... make it a habit.. akak dah biasa, kadang tambah sehuruf pun jari ni macam otomatik je takan butang tuu.. tka amend, tengok saje pun tertekan.. hehe..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...