Skip to main content

Pagi Yang Sejuk

bangun sahur kul 5.00 pagi terus takleh tido dah.makan simple je pun.tak lalu nak makan berat.lepas minum air banyak-banyak baring kat sofa sambil terkelip-kelip bukan buat apapun..(patutnya dah takde apa nak buat tu baik baca Qur'an.zaman sekolah dulu boleh je khatam dalam bulan Ramadhan..sehari satu juzuk.sekarang ni liat sangat.huhu...nak kata digoda syaitan,orang kata syaitan semua dah kena ikat).kul 6.30 hujan turun lebat le jugak..kejut hero bangun sekolah.

semalam dia tak pegi sekolah agama sebabnya dia tak tahu pun bulan Ramadhan ni sekolah agama dah tukar waktu awal sikit dari biasa.selalunya mula jam 2.30 abis jam 6.00 petang(isnin-selasa dan khamis) tapi bulan posa ni tukar kepada isnin-selasa-rabu.start pun lebih awal..jam 2.00 sampai jam 5.00 petang.semalam dia balik umah pengasuh dah jam 2.00 lepas tu mandi dan bersiap..tunggu van sampai 2.40 tak jugak datang2..bila aku call sekolah tanya 'kelas petang start awal ke bulan posa?'baru sekolah bagitau ada pertukaran untuk bulan puasa ni.manalah aku tahu sebab takde surat pun..mungkin pihak sekolah ingat mak bapak dah tahu pasal pertukaran waktu ini..bagi yang ada anak lain sekolah kat situ,kakak @ abang mestilah dah tahu.bagi anak pertama kali sekolah manalah kami tahu.takpelah abang..ponteng sehari je.

hari ni aku suruh dia bawak 2 beg.1 beg sekolah pagi dan 1 beg sekolah petang.dah pesan siap-siap tak payah balik waktu tengah hari nanti tak sempat nak pegi semula.lagipun anak-anak jiran ramai yang tak balik tengah hari..lepak kat sekolah je tunggu kelas petang.harap-harap dia paham pesanan aku tu.risau jugak sebab dia posa takut penat.setakat ni belum tinggal lagi posa.ada orang kata jangan paksa sangat anak posa umur awal macam tu..solat tu yang sepatutnya dititik beratkan.terpulang pada pendapat masing..setakat ini aku dah cukup puas hati..dia boleh solat dan puasa dalam waktu yang sama..aku dah didik anak aku posa dari umur 5 tahun.posa 1/2 hari dulu dan cuba posa penuh sikit-sikit.kalau tak didik awal-awal takut nanti jadi kebiasaan.menyedihkan bila tengok orang tua yang ambil mudah bab posa.demam selsema sikit terus tak posa.bukan boleh mati pun..posa di bulan Ramadhan tak sama nikmatnya dengan posa ganti dibulan yang lain.tak gitu?

apa yang aku merepek ni?sebenarnya aku takde mood nak bercakap dan nak buat apa pun.dahlah sejuk gile dalam opis ni.perut kosong memang cepat sejuk orang kata.satu lagi hal,acantik je nak mula posa ni 2 biji ulser naik dalam mulut.nak gosok gigi pun siksa dan nak makan pun dah tak rasa nikmatnya.inilah dugaan namanya.........itu baru sikit.bagus jugak sebab tak payah bercakap,kalau bercakap lebih-lebih nanti menjurus kepada mengumpat.apdet blog takpe sebab pakai jari-jemari bukan pakai mulut.hehe

Comments

aNIe said…
Salam Irfa... bulan2 posa ni banyak dugaan kan...? panas kat luar tu menyengat...yang kat opis pulak sejuk hingga ke tulang sumsum.... semua tu dugaaaan...
-Sara- said…
haii bertukar lagi headernyaa..hehe
Anonymous said…
mmg sejuk sebab pagi2 hujan dah turun kat tempat KA hehe
pB said…
semoga kita terus mendapat rahmatNya disepanjang Ramadhan ini
Unknown said…
aku pun skang tak selera nak makan banyak2..

semoga ulser ko cepat sembuh..kalau bukan bulan pose boleh gak kumur2 air garam..bulan pose ni sabar je la..
NenetPenne (NP) said…
ada orang tu suruh cat dinding rumah pun boleh bukak puasa..i terhidu bau rokok dalam tandas...i cakap setakat bukak posa hisap rokok baik tak payah, baik order mekdi, pijahut terus...

meh le kita bercakap yang elok3 je kan... bukan hari ni tapi selama2nya... boleh? :)
Irfa said…
NET..
betul tu
kalau malu nak gi order kat kaunter,pegi jelah drive thru.apa sgt nak malu kat tukang ambik order tu kalau dgn Allah tak malu pulak.

dahlah isap rokok,tutup pintu sedut semua asap pastu duduk pulak dalam toilet sambil meneran..uwekkk
Irfa said…
RAI..
dah berumur ni makan ala kadar je
masa budak2 dulu sahur makan macam buka posa ;)

moga cepatlah baik.sapu ubat gigi je pagi tadi kat ulser tu..selalunya okey kalau buat camtu
Irfa said…
KAKPB..
insya Allah
Irfa said…
KA..
sejukkan bumi ;)
Irfa said…
SARA..
layan selagi tak bosan.
akan bertukar lagi mungkin 4x sebelum abis waktu keje
hahaha
Irfa said…
KAK ANIE..
dugaan bulan posa.itu baru sikit..bukan kena angkat pedang gi berperang pun tapi perang ngan nafsu :)
Nieda said…
wah berwajah baru !
Aidah said…
Cantik blog irfa yang dah makeover ni. Ni sempena nak sambut raya ke?
Alhamdulillah abam senang dididik utk puasa dan solat. Sejuk hati ibu yang mengandung, kan.
Kakcik Seroja said…
Kakcik pun rasa nak cari bantal dan kain selimut ni! :)
izawani said…
Dugaannnnnnnnnnn....
Yunus Badawi said…
Salam Irfa.

Elok galakkan anak mula puasa dari mereka kecil ni. Kalau perlu berilah galakan. Saya bagi anak2 saya seringgit sehari jika mereka puasa penuh masa mereka kecil dulu. Kalau tahan setengah hari saja saya bagi 50 sen .... hehehe
ida napi said…
salam Irfa..selamat berpuasa..apapun dugaan tu utk ingatkan kita erti sabar..
Irfa said…
NIEDA..
pagi ni aje 3 kali tukar background.hehe
layan
Irfa said…
KAK AIDAH..
mekasih
tukar karpet je kak
kebetulan nampak pakistan jual karpet lalu.
insya Allah..semoga baik pekertinya sepanjang hayat.itu doa semua ibu-ibu
Irfa said…
KAKKCIK..
takde bantal selimut la kakcik
pashmina pun takde,huhu
tu ari bawak balik rumah nak basuh,lupa bawak opis
Irfa said…
KAK IZAN..
cobaan ;)
Irfa said…
YB..
pendapat saya tak salah bagi imbuhan untuk berpuasa,kecik2 mgkin dia kejar imbuhan tapi dah besar nanti dia akan tahu sendiri kenapa dia kena puasa.x perlu la nak risau sgt.sebab tu kena didik awal supaya dia rasa keseronokkan berpuasa dan berbuka ramai2.

pakcik dia janji rm50 utk posa penuh.dia suka la tu
Irfa said…
IDA NAPI..
selamat berpuasa.dibulan posa ni lah kita merasai macam mana org yg susah berpuasa berhari2.kita ni masih boleh makan waktu berbuka.sampai penuh meja dengan makanan.huhu
Yunus Badawi said…
Baiknya hati pakcik dia.

Saya punya duit seringgit sehari tu sebenar duit utk dia belanja sekolah yg tak diambil sepanjang bulan puasa kerana dia takde nak beli apa2 .... hehehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t