Skip to main content

Ramadhan ke 7

Salam Hari Jumaat dan Salam Ramadhan yang ke 7.sekejap je dah seminggu kita berpuasa.cepat sungguh masa berlalu.

Sejak balik dari kampung dan berbuka bersama mil,selalu aku hanya berbuka berdua dengan si abam je.En Abe keje shift petang.Kalau berdua kami berbuka simple sangat.aku akan masak nasi goreng kegemaran si abam dan belikan air kegemaran dia.Dia akan makan sampai abis sambil mulut akan puji 'umie masak sedap sangat.esok masak lagi macam ni yer'.mau tak kembang umie dia.tapi nasi goreng je la,suh aku masak nasi arab aku angkat bendera putih awal-awal lagi.hehe

Tapi semalam rezki dapat berbuka 3 beradik (adik pompuan dan adik lelaki) tapi 2 adik lagi tak join.memang takde plan nak berbuka sama-sama tapi kebetulan 2 adik tu balik rumah petang semalam..aku cuma masak nasi dan sambal cendawan kukur atas permintaan adik lelaki dan lauk lain beli je.aku dah cakap,kalau membeli ni memang sakit hati je.aku beli sebab dah lewat balik umah..

semalam balik keje konon nak pegi kedai spek mata katanya ada promosi.adik temankan tapi taktik peniaga..yang promosi tu tah hapa-hapa punya design.dia saja promosi suh kita datang kedai je kot,lepas dah masuk kedai dia cakap la yang promosi tu tak bagus takde kualiti..last-last suruh ambik yang mahal jugak.kalau gitu baik tak payah buat promosi kalau nak bagi orang sampah.ish ish ish..kurus posa aku marah-marah petang semalam(marah dalam hati je pun).

semalam aku beli:

1-gulai kawah(cair dan tak rasa apa,daging pulak liat).semua pakat ambik kuah je buat teman nasi dan dagingnya last-last rezki tong sampah

2-laksam..(versi kelantan)tapi bau kuah macam basi..try sikit je

3-laksa penang untuk abam tapi makan tak abis..selalunya itu memang feveret dia

yang puas hati makan cuma ayam golek(adik beli),kerabu perut lembu,sambal bilis petai.kalau tahu baik aku masak nasi goreng telur mata kerbau je kot.



abaikan susun atur yang ke laut itu..mana boleh celen Masterchef kan?

tadi jumpa KakErna..lama kami borak dan lepak sebab flight dari Jeddah yang adik kak erna naik tu delay..siap boleh main-main dengan cucu kesayangan kak erna yang 2 orang tu.sampai tertido baby sebab lama sangat menunggu.tapi aku dapat buah tangan dari tanah suci.kurma dan sebotol air zam-zam.terima kasih Ucu(adik kak erna).nak baca cerita kak erna tentang pertemuan kami tadi klik sini

okeyla...jumpa lagi next week,Insya Allah.bagi yang balik kampung untuk berbuka bersama mak ayah cuti 2 hari ni.hati-hati di jalan raya ye :)

Comments

Unknown said…
beli kat pasar ramadhan memang macam2 kisahnya.. tensen je aku kadang2..belum pernah kena yang basi tapi biasanya rasa tah hape2..buat bahan meloyakan tekak aku je sudahnya..
ibh_sue said…
Best ja dpt pujian kan. Makin semangat nak masak...
HeNRieTTa JoSe said…
tta blom pernah ke bazaar lg...mls nk bersesak dgn org rmai....rela msak jew wlau xpndai...Rie
NenetPenne (NP) said…
pasar ramadhan adalah terdiri daripada peniaga yang ala2 baru pass masak instant noodle..

tak sukaaaa.....nak untung jer tapi kualiti ke laut...
Hah! Salah satu sbb nape tak suka g param - lauk yg da nak basi. Tak freshh! Haishh!
mama aryan said…
mmg saya tak suka beli lauk..sebab mcm tu la,kalu beli pun kuih je,tu pun dah tau kat gerai mana yg nak dibeli
Misz-ella said…
Tu pasal kan Irfa, KC tak suka lauk beli. Walau penat, KC sanggup masak sendiri. Simple pun tak pe .. janji kita puas hati, kan.
saya terbalik....berbuka beli kuih jer...x mkn nasi....sahur saya masak....makan nasi...canner tu?
paridah said…
makanlah apa yang badan perlukan untuk jana balik tenaga yg kehilangan kot..kalau beli banyak makannya sedikit kan membazir n rugi...
happyichigo♥ said…
tensen sungguh lah wat promosi tetibe gi promote yang mahal2..ape daaa kedai spek mcm ni!

bazaar ramadhan satu lagi hal kan..nak jual buat lah cara nak jual..ade ke yg basi nak jual juge...kalau lah saya ni tak bekerja boleh lah masak juadah berbuka tetiap hari..ginilah nasib org bekerja kena gak lah membeli!
blm jengah lg ke pasar ramdhan.... serabut tgk org ramai.. huhuh..

salam ramadhan.....

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t