Skip to main content

Tah Hape-Hape Je

dah bekfes?aku makan lempeng gandum ngan sambal paru.lempeng bawak dari rumah,sambal paru je beli kat kafe bawah ni.tapi parunya agak liat..sampai naik lenguh rahang aku mengunyah.dahlah la lupa letak sambal.rasa cam kunyah selipar jepun pun ada (macamla pernah rasa mengunyah selipar jepun.hehe).

sebenarnya aku nak share gambar si abam pagi ni.belasah durian sebelum gi skolah.boleh?ayahnya bawak balik durian malam tadi tapi dia dah tido,kejut banyak kali pun tak bangun-bangun.ayahnya dah kopekkan durian dan letak dalam 'tipuware' buh dalam peti ais.pagi ni dia bangun dah siap beruniform boleh dia makan sikit je lempeng gandum yang aku buatkan untuk dia.syok je dia layan durian,naik meloya aku bau durian pepagi.huhu..

durian mentah ni paling banyak aku boleh layan 3 ulas je kot..lebih-lebih nanti boleh muntah hijau.tapi aku suka makan nasi dengan durian mentah+budu+cili padi..ada pulak ikan kembung goreng yang buh kunyit hidup tu.peerghhhhhhhhhhhh,nikmat tak terkata.tak sedar licin nasi seperiuk.cer korang cuba?konfem tak nyesal..apa?tak makan budu?dah kurang sikit nikmat dunia..hehe

tapi belum pandai nak tsfer gambar dari henpon ke pc.huhu..henpon lama senang je,henpon baru ni haru betul la..(malu nak citer ada henpon pintar tapi tak pandai guna.henpon je pintar aku tak berapa pintar pun.hahahaha)..yang aku tahu cuma kol,sms dan ambik gambar je.sesekali buleh bukak fb dan blog tapi tak puas sebab skrin kecik yang amat.tapi rasanya aku lebih puas pakai desktop.apa motif citer pasal henpon ni?nak citer ko ada henpon baru ke Irfa?*malunya..malunya*henpon Nokia73 aku tu dah masuk 6 tahun usianya..kalau tolak kedai memang takde harga dah.mintak tukar ngan topup rm10 pun belum tentu tokey kedai tu kasi.sesuka hati dia je bila kita tengah bercakap,dia pegi kol orang lain.sms dah berapa kali terhantar dengan ayat tergantung.belum abis aku taip dia dah send..tak nyempat-nyempat.

entri apa merepek-repek pepagi ni?moral of the story 'aku sayang henpon lamaku itu.Oh Nokia73 ;)

Comments

Unknown said…
irfa...skang ni aku harap aku berjiran ngan ko.. boleh gitu? hahaha...
Kakcik Seroja said…
Pagi ini kakcik bawa bekal nasi dengan ayam paprik lebihan semalam je.

Hp lama kakcik nokia C3 pun masih kakcik sayangi. Nokia lumia ni masih banyak yang kakcik tak reti! :(
HeNRieTTa JoSe said…
doyan....kerana doyan sebiji...demam seminggu....hehehe...


PSSS....hp lamer rietta pown rietta sayang....kenangan banyak...hehehe....sms pown banyak....
NenetPenne (NP) said…
teringat kisah satu makcik tu tumpang kereta i tetiba sedawa bau durian..nak termuntah i tau...

eh tapi budu + durian mentah + cili api adalah terbaik..tu pasal malas nak makan sebab kang, nasi seperiuk pun boleh habis...
Zareda Norman said…
Pagi tadi kat radio sinar pun citer paal deroyan....
ct rahani said…
wah sedapnya budu kak.. my feveret tuh.. klu balik kg memang beli sedozen wat stok.. haha.. tp x penah makan durian ngan budu.. leh try nih.. :)
-Sara- said…
budu mmg best! mkn ngn tempoyak kan? ehehe..mmg terbaik!
bangsawan nilai said…
eksen la tuh, ada hp baru...he he
Nieda said…
ada henpon setakat nak calling2 saja.
Hanis Azla said…
henphone akak pun dah ada sindrom yg sama irfa.. tp mcm baru lagi aje beli.. he..he.. akak tak pernah lg try makan durian dgn nasi plud budu mcm tu.. nnt2 nak cuba try lah..
MOKCIK AZWA said…
cik abe azwa memang kegemaran dia makan nasi panas dengan budu, durian, cili padi..hehehe.. kalau ada ikan singgang lagi la berselera dia makan..
Misz-ella said…
teringat KC mkn lempeng panas2 dgn sambal tumis kat Meru. sedaps.
Asmara said…
hihi.. kelakar pulak mkn paru mcm mkn selipar. bagusnya 6 tahun bertahan tu! tahniah! ;D
Aidah said…
Durian mentah makan dgn nasi mmg pergghh...,irfa. Bertambah2 nasi lagi tau.
FaD + iLaH said…
huhu saya x de perasaaan nak tukar fon..pakai jela fon lame selagi bertahan..hehe
Mulan said…
hp baru atau lama, kita mmg tak panndai2 nak transfer... tapi suka sgt hp lama sbb tak complicated mcm hp baru..
yana said…
This comment has been removed by the author.
Lady Windsor said…
Ya Rabbi dak abam makan durian pepagi buta? Anak bertuah..hehehe harus kalau dia burp satu kelas bau durian...
Unknown said…
nasib baik makan paru tak pernah lagi rasa cam makan selipar.

kat umah ni pun ada gak yang boleh makan durian pepagi...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t