Skip to main content

Tiada Lagi Telefon Meja

sebelum ni boleh bagi alasan 'masa bos call tadi,saya takde kat meja.pegi toilet kejap'.lepas ni tak boleh bagi alasan macam tu lagi sebab lepas ni semua orang kena bawak henpon kemana saja pergi.nak ke toilet ke,ke surau ke atau langit ke7 sekalipun(itu perumpamaan yang agak over).tak boleh lagi bagi alasan 'saya nak call negeri lain,takkan nak pakai henpon sendiri?sapa nak bayar bil?'.

KERANA APA?

sempena nak masuk opis baru(patutnya pindah last week tapi tangguh sampai hujung bulan ni kami semua dah takde telefon meja.katanya nak jimatkan kos.yer ker?semua dah dibagi henpon sorang sejibik.jangan berangan nak Samsung Galaxy S3 macam ni yer



tapi ia cuma Nokia zaman tok kadok dulu-dulu.siap dengan simkad.pakai line pulak tu.bukan prepaid.nombor pun tak boleh pilih-pilih.ingat nak pilih nombor yang ada unsur2 tarikh lahir.hehe.maka lepas ni usungla kemana pergi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.jangan ngada-ngada nak tinggal..nanti senang orang nak call.



'helo..helo sapa tu?nak order nasi tomato 2 bungkus boleh?hantar kata alamat ni yer ...............'(gara-gara baca blog sapa tah tayang nasi tomato teringin pulak nak berbuka dengan nasi tomato).

Comments

Hehehehe..bijak boss tu yer.. Dah takde alasan lagi dah tak jawab call boss. :)
NenetPenne (NP) said…
haaaa??? tak ada telefon meja dah??? wahhhh bil melambung laa gituh..sebab tak ada extension line...

janji bil dibayar..kan kan...hp murah pun gasak laaa...

errrr nak apply kerja kat tempat u lah irfa..boleh tak?? boleh tak?? heeee
:: CIKVIVA :: said…
wah!! bestnye pkay hp x yah bayar bil..
knpe kt opis kitorng xde??
Kak Nik Ja said…
alasan henpon habih bateri...boleh di guna pakai kan!!hihi...pandai jek nak ngajor org mengular!
waah camno nak bercakap kalau tengah dok lam toilet tuh?
makchaq said…
Kat ofis lama makchaq call ofis divert kat hp, kalau 5 kali ringging x angkat terus divert.. nyampah.. cuti pun kena angkat tepon..
nasib baik ofis baru ni tak..
Lady Windsor said…
Salam Irfa,
Rinduuu....meh cepat xoxo!!
Ok tak tahu nak tulis apa, dua minggu tak baca blog, tak baca paper...hehe
Memula sampai terus tdo dan kini bw sementara nak tunggu buka puasa...muahh!
HeNRieTTa JoSe said…
ok jew phone tu....sng nak handle...tapi pas waktu pejabat jgn lpa off....t bos call...
Dkna Abza said…
ok lah tu dapat buat kol dan sms dari tak boleh guna...ehhee..selamat berbuka dengan nasi tomato :0
aNIe said…
Salam Irfa...dpt handpon free...bestnya... alah... zaman tok kadok pun tak kesah...janji free & boleh guna...
Zareda Norman said…
I just call to say i love u..hehehe

Tak siok hp ofis bg.. Rasa macam diekori... Tapi hp free ok gakss.. Ahak ahak
Nieda said…
Header color baru. Baru cung.
Unknown said…
sape yang kasi free walaupun hp lama..bagus gak idea boss kamu ni..classnya balik kampung naik flight..
Irfa said…
CikPuanHaLia..
tq sudi singgah sini
kena ari alasan baru la kot.hehe
Irfa said…
NET..
tak pasti la semua department sama macam kami ke tak.tp satu bangunan ni rasanya dibekalkan dgn henpon utk ganti telefon meja dan modem utk talian internet.

free je kol sesama staf.kalau kol no lain je kot kena bayar.

nak tukar sini?keje net lagi best kot.hehe
Irfa said…
CIK VIVA..
tak berani guna lagi sebab x tahu term n condition
kena bayar bil sendiri,naye je
opis korang takde?no komen..hehe
Irfa said…
MOKWO..
wah tq tq tq ;)
dah ada 1 alasan.
bawak hp dlm toliet jatuh dalam mangkuk tu camner yer?
emm..pikir 16kali
Irfa said…
MAKCHAQ..
kol hp opis divert ke hp sndiri ker?kalau ke hp sendiri saya pun tak nak
takde privasi gitu..kalau hp kompeni terpaksalah
Irfa said…
LW..
gi mana ni?lama cutinya..
okey..rehat dulu,nanti sambung citer ye
Irfa said…
RIETTA..
katanya lepas waktu keje tak payah bawak balik
tinggal je dalam locker sebab hp itu pengganti telefon meja
selamat ;)
Irfa said…
HAI ADYLIA..
tq sudi singgah :)
kan?dahlah free banyak pulak songeh

tak jd makan nasi tomato tak singgah param pun
makan roti john dan bubur je
Irfa said…
KAK ANIE..
hehe..tu lah pasal
dah free pun nak demand lagi tu
Irfa said…
KAK ZAR..
sebenarnya bagi saya ni bukan keperluan pun
bukan org penting.tp dah bagi,ambik jelah :)
Irfa said…
NIEDA...
mekasih :)
Irfa said…
HASLINA..
tq sudi singgah sini :)
hp baru cuma pesen lama je
naik flight sbb tiket murah

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t