Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Parody dan kesannya

okey..pertama sekali tq banyak2 pada blogger CikMot sebab sudi jawab soalan tentang BE disini yang sangat mengganggu fikiran (alahai sampai gitu sekali ye..gurau je la)  tentang status OnGoing semenjak Nuffnang berwajah baru ni.hehe..okey sekarang bagi yang tak tahu tu sila tahu sekarang yang OnGoing itu adalah BE (Buffered Earning nama dulunya). okey ni ada perkara nak merapu..sila layankan aje.tentang Parody.maknanya aku ambil dari sini  sini  . aku cilok sebijik-sebijik dalam blog orang ni.maaf ye "Parody is a specific form of comedy, used to satirize, mock or poke fun at a particular piece of work." dalam bahasa senang paham ialah 'parody ialah sebuah bentuk komedi,diguna untuk menyindir.mempermainkan @ untuk mendatangkan keseronokkan terhadap sesuatu hasil kerja' itu aku cilok sebijik-sebijik dalam blog di atas serious.. *malu nak ngaku..tapi itulah kenyataan*  aku baru tahu apa makna PARODY.memula aku dengar dari adik-adik aku duk citer pasal vide...

On Going tu BE ker?

sebelum tu nak share satu laman yang aku rasa banyak manfaat yang boleh kita kutip.hari ni duk menelaah laman tu je.hehe,ni dia Kevin Zahri .membaca ni banyak manfaatnya dan kalau ada laman web yang rasa bagus boleh share ngan kengkawan. psttttttttttttttttttttttttttttt (malu sebenarnya nak tanya tapi orang tua dah pesan,malu bertanya sesat jalan..jadi tanyalah,kot-kot korang yang baca ni tahu). pada sesapa yang tahu pasal Nuffnang tu,aku nak tanya.dulu-dulu kan,sebelum nuffnang berwajah baru.kita selalu seronok kalau ada BE melekat.tapi wajah baru ni aku takleh beza yang mana satu BE dan yang mana satu iklan biasa. dan aku perasan ada status On Going.itu BE ke?tengok gambar dibawah jangan tengok angka tu yer,aku baru je cash out last week.huhu wajah baru nuffnang On Going tu apa? BE ke? okey..sapa tahu cepat jawab ye tata

Marathon 1 Jam dan jumpa blogger

Salam Jumaat untuk semua..moga pagi yang mulia ini kita diberkati dalam semua urusan.Insya Allah Pagi ni aku bersenam *tak caya?*.memang tak perlu percaya pun.yang pasti aku cuma bersenam dalam rumah je.tak perlu pusing padang pun. kunci jam 6.00 pagi tapi bangun 6.30 pagi..buka je mata,kejut abam bangun.solat subuh.gosok baju sekolah abam.turun bawah buat sarapan abam-roti celup telur + air milo.abam ke sekolah.naik atas mandi dan bersiap.kemas beg adik dan abam untuk umah pengasuh. (sepasang baju abam,3psang baju adik+6keping diapers). sidai kain sebakul yang basuh malam tadi.7.25 kuar rumah.kunci pintu.kunci pagar..hantar adik umah pengasuh (belakang rumah je pun). 7.30 pagi dah terpacak depan simpang tunggu member pick up.hebat kan?dalam 1jam semua siap.tapi.......................rasa macam tak bernafas pun ada.peringatan untuk diri sendiri,sila bangun awal sikit.atleast kul 6.00 pagi.hahaha.cam awal,setengah jam awal je pun. Pagi ni jumpa sorang blogger- KakBie .dia bersama ...

Pucuk Ker Batang?

tajuk yang menyeramkan.kah kah kah.seram tang mana tu.ni kisah aku semalam dan hari ni.patutnya ada gambar tapi belum sempat ambik gambar dah masuk perut.acaner? sapa suka makan sayur pucuk paku?sila angkat keyboard..hehe.tak kenal pucuk paku?memang melampau la..meh aku gugel sekeping gambar.ni dia... sayur pucuk paku  aku memang penggemar pucuk paku yang tegar tapi memandangkan aku bukan jenis yang ke pasar tani,beli barang kat minimarket je sebab bukan nak beli banyak.kalau ke pasar tani konfem segala jenis mak nenek sayur semua ada.bukan setakat pucuk paku,segala pucuk pun ada. semalam,akak sebelah ni kata kat kafe ada sayur pucuk paku.sepantas kilat aku turun kafe tapi yang tinggal cuma batang paku yang keras itu.tahap kalau cucuk mata boleh buta.huhu.kecewa mak,nak. hari ni..akak tu kata 'eh!tak turun kafe ke?ada sayur pucuk paku tapi dah tinggal sikit' ish.akak ni ..kalau tahu kenapa tak belikan dulu.sekali lagi seperti lipas kudung aku turun kafe,tu dia.....

Masterchef Malaysia Musim ke2

Salam Hari Khamis..suks-suka..hari ni dah khamis la esok jumaat..sabtu ahad cuti ye haaaaaaaaaaaa aku perasan sejak dua menjak ni selalu tido awal penat sangat ke? nak kata keje penat bukan membajak sawah tapi sapa kata keje pejabat duk dalam ekon tak penat? penat tau..penat badan dan juga otak kalau dibandingkan antara  keje pakai kudrat dengan keje pakai otak mana lagi penat? kalau penat badan boleh di urut-urut tapi kalau otak penat nak buat apa? kena bercuti-cutian kot hehe adakah kena ambil vitamin tambahan? yelah..umur pun bukan makin muda  malam tadi miss tengok Masterchef peserta masterchef malaysia musim ke 2 aku perasan dalam musim ni banyak peserta yang bekerja dalam sektor penerbangan ada pelajar penerbangan (bakal pilot la kan) ada pramugara bekas pramugari pun ada(bekas tu kira jawatan jugak ker?pelik.. bekas pelajar pun ada kalau dah bekas tulisla apa yang dia buat sekarang kalau suri r...

Dulu Aku Peminat Mereka

ish..mata sangatlah ngantuk kalau bosan bukan takde keje tapi mood dah ke laut maklum dah petang-petang gini kepala duk ingat nak balik umah je aku suka bukak google dan tekan nama-nama yang terlintas di kepala tadi saja tekan nama-nama artis yang aku minat zaman sekolah Wann -suka dengar suara dia yang serak-serak basah tu dulu ada kawan sekolah rendah kata muka aku macam dia lama aku telek celah mana yang sama mungkin mata la kot sebab sepet cam aku jugak   Ella -minat ella sebab dalam bilik arwah paksu aku dulu banyak kaset Ella bukan kaset je,majalah urtv banyak gambar ella ni siap ngan poster curi-curi masuk bilik arwah paksu sebab suka tengok majalah wajah ella dulu dan sekarang berbeza gila alfatihah untuk Paksu kesayanganku Shima -minat lagu Teringin kenangan zaman sekolah menengah driver bas suka pasang lagu tu dalam bas bila dengar lagu tu mesti teringat kenangan naik bas Abot -aku minat dia mungkin sebab di...

Gaji dan Mengaji di Oversea

cer tengok gambar bawah ni?sian pakcik tu kan?kadang-kadang aku fikir 'susahnya jadi lelaki.kena fikir pasal kerja,pasal nak bagi anak bini makan lagi.nak bayar itu nak bayar ini.semuanya nak pakai duit'. tapi aku kata ni dalam konsep LELAKI,kalau JANTAN memang senang kot.tak payah fikir apa-apa.hahaha Itu yang gaji rm1500,yang gaji lebih dari itu pun masih tak cukup jugak.acaner? tapi bila tengok keratan akhbar ni..emmm Dapat kaya,tak payahlah keje kan?hehe motif ? baru dapat tahu ada kawan nak ambik cuti panjang sebab nak ikut suami belajar kat oversea.aku yang dengar pun teruja..tuan punya badan tengah pening itu aku tak ambik tahu.hehe..sebab aku membayangkan kalau aku di tempat dia (harap-harap jangan indah khabar dari rupa dah la.kita doa yang elok-elok je untuk kawan aku tu). jom berangan duk oversea ;)

Hujan Pagi dan Drama Keluarga Iskandar

Pagi ni kelewatan.huhu.sedar jam 5.30 pagi hujan lebat.tak,tak..aku tak salahkan hujan tapi tahu jelah kalau hujan..memang sedap tido.nak pulak bila baru je nak bangun,ada orang tarik suh baring.tak caya?tengok ni.. aku bangun,dia tarik aku tarik,dia bangun..hehe penyudahnya lagi 10 minit kul 8.00 baru aku dapat mandi.huhu..dahlah malam tadi tido awal dan miss drama yang aku tunggu setiap hari Selasa. bukan drama Korea.aku tahulah korang pun dah nyampah kot asyik citer pasal drama korea je.tak abis-abis dengan drama negara luar. eh!dah bagus kenalah puji..tak bagus kena lah keji.hehe .oklah,aku layan drama melayu jugak tau.ini antara drama yang wajib tonton setiap SELASA jam 10.00 malam.kalau tak dapat tengok malam tu sanggup tunggu siaran ulangan.Astro kan suka ulang-ulang siaran sampai lebam. ops..terkutuk lak ini dia,drama keluarga dengan tajuknya KELUARGA ISKANDAR.sumber dari sini- Astro Gempak . Sinopsis Keluarga Iskandar ialah tentang sebuah keluarga yang di k...

Pooja Chopra.Aku Tak Kenal Dia dan Dia Tak Kenal Aku.Korang Kenal?

Eh..dah tengah hari?macam sibuk je aku hari ni buat-buat sibuk .haha.aduhai..pedas giler kicapcili ni.tak pasal-pasal meleleh airmata. nak tengok aku makan apa? maggi sup + kicap + cili padi potong sambil menyuap,buka emel .. baca/simpan apa yang penting dan buang apa yang patut.sebelum buang baca dulu.tertarik dengan satu emel kisah bagaimana seorang ibu membersarkan anak perempuannya saat suami beralih cinta.dah baca sampai abis,sedih pulak rasanya.pastu terus google nama dia 'Pooja Chopra'.eh!ada blog jugak rupanya.. Pooja Chopra ini blog dia  Blog Pooja Chopra .harap2 ini bukan tipu punya la..kisah anak perempuan yang kelahirannya bukan dinanti oleh sibapa tapi kini jadi terkenal bila dinobat sebagai Miss India 2009.aduhai..dahlah baru baca kisah sedih,pilih kasih antara anak kat blog Rai  sini . ni mak dia yang bercerita  Neera Chopra is her mother. This is her story. Neera Chopra lived through abuse, poverty and some tough choices to m...

Bahrin Tangkai Jering..gila kedekut taik idung masin

masih lagi kisah drama tv.hehe.takde keje lain ke ko Irfa,asyik ngadap tv je kerjanya ye ;).ni pun aku tengok masa duk melepak umah mil sabtu lepas.lepas rancangan Soal Wanita tu aku tukar channel ke tv3.masa tu ada gak drama melalak dari kenit sebab dia nak tengok kartun.ish budak kenit ni.tak jemu2 ngadap kartun macam aku la tak jemu-jemu ngadap citer korea. lama dah tak tengok tv3.kat umah aku memang tak layan la sebab asyik ngadap drama korea je kejenya.huhu Bahrin Tangkai Jering aku tengok ni,cerekarama bertajuk Bahrin Tangkai Jering .gila sakit perut aku gelak dengan lakonan Zul Yahya.dia ni suka berlakon drama kelakar.muka pulak macam tak bersalah je Sinopsis aku sendiri: Bahrin ni duk kampung.dah kawin dengan Zainab (lakonan Lisdawati) ada seorang anak nama Irfan (abam cakap eh!nama anak dia sama ngan abam la). konon nak mengubah nasib Bahrin ke Kolumpo tinggalkan anak dan isterinya.Memula keje kedai makan gaji sikit badan penat.pastu kawan suh dia try mintak keje s...

Suami Seperti Encik Abil,1 Dalam 1000

sapa tengok Tv AlHijrah,rancangan Soal Wanita jam 8.30 malam Sabtu yang lepas?aku tengok pun sebab kebetulan baca akhbar petang tu.so memang aku tunggu siaran ni.kalau tak memang tak tengok.hehe Malam tu pengacara ada Natasya Hudson.tapi bila gugel jumpa yang ni je..  kisah seorang blogger,En Abil yang menulis setiap saat dan hari bagaimana dia menjaga isterinya yang sakit kerana serangan asma sejak Jun tahun lepas. Warkah Buat Isteri nama blognya.Kalau aku kata En Abil ni suami yang 1 dalam sejuta..cam melampau sangat.Penduduk Malaysia pun baru berapa juta.nak letak 1 dalam 10 macam susah je nak tengok kisah macam ni.kisah suami jaga isteri sakit jarang dipaparkan mungkin sebab susah nak jumpa dan mungkin juga diorang yang taknak share dengan masyarakat.betul tak?aku baca blog dia melalui laman blog kakciknurseroja . Bagi yang belum kahwin mesti berangan nak dapat suami macam dia dan bagi yang dah kahwin akan doa banyak2 moga nanti kalau sakit akan dapat suami yang jaga ...

Gigi Sensitif

Salam Semua.. pertama sekali nak bagitau pada yang berkenaan. aku tak pandai tulis bahasa Tamil,rasanya Bahasa Malaysia ni semua orang faham. harap ni kali terakhir aku tulis pasal ni 'kalau dah baca blog ni baca jelah,lagipun blog ni memang open.bukan untuk invite reader je.dan please lah,kalau dah baca tu duk diam-diam je tak payah duk tanya aku 'tengah apdet blog ke ?'  Boleh? *emmmmmmmmmmm..tarik nafas...hembus* okey..hari ni aku banyak masa abis disini- TENTANG GIGI .dalam banyak-banyak laman yang tulis pasal gigi,aku rasa laman ni senang nak faham.tapi satu je yang tak puas hati,aku takleh tinggal komen.mungkin juga tak tahu cara @ kena daftar dulu kot.takpelah..baca je pun Jenis-jenis Rawatan Gigi 1) Cuci gigi a.k.a  Scaling Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan) 2) Tampalan/Simen a.k.a  Filling Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada s...

Peramah Luar Dan Dalam

ada blog yang kalau kita baca blog dia  ayat-ayatnya macam melambangkan dia seorang yang peramah ceria happy go lucky kiranya semua adalah senang citer tapi bila jumpa kat luar takdelah peramah mana pun. korang pernah jumpa? aku pernah jumpa dan aku rasa malu  sebab aku heges-heges tegur dia huhu tapi fikir + jelah mungkin dia penat balik keje masa tu eh!masa tu hari bekerja ker? ntah...aku pun lupa jadi korang jangan terpedaya peramah di blog tak semestinya kat alam nyata dia juga peramah  takpun mungkin dia jenis lambat panas engin tapi kalau dah kenal boleh bercerita dari subuh bawak ke zohor  sambung lagi sampai masuk asar ambik napas 5 saat pastu sambung lagi sampai Magrib  dah masuk Isya' baru abis cerita hehe kalau nak tahu korang peramah ke tidak jom join sesi beramah mesra sambil makan-makan disini Blog KakCik ada tulis AHAD-23 SEPTEMBER 2012 tak payah malu-malu kita-kita je ...

Berkawan Biar 1000 Tapi Takkan Sama Dengan Yang 1 Itu

hari ada bz sikit. tapi blog tetap tak lupa nak apdet.haha gigih kan? nak tanya korang masih ingat siapa kawan baik masa sekolah rendah dulu? .....masa sekolah rendah dulu ..... aku ada 3 orang kawan baik 1 pompuan dan 2 lelaki kami sekampung tapi sekarang hanya sorang yang masih berhubung itupun sebab kami sedara jauh,bau-bau belacan gitu tapi 2 lagi dah hilang dibawa arus apapun aku doakan mereka bahagia walau dimanapun berada ....masa sekolah menengah.. aku ada group kawan baik tapi 2 orang yang paling rapat kami masih berhubung dalam facebook nak jumpa memang susah la sebab semuanya ada komitmen selepas itu kawan silih berganti kawan tempat kerja dengan macam-macam karenah yang mengundang tawa dan juga air mata semua itu adalah kenangan tapi ingat lagi tak masa zaman sekolah dulu,katakan A dan B berkawan baik. kemana2 pun bersama.ke library mahu pun ke kantin pasti bersama.dalam kelas pun duduk sebelah menyebelah.pastinya sentiasa ada cer...

Shila Amzah @Asean Wave 2012

tak keluar lunch ke korang? aku malas nak kuar sebab tadi dah bekfes 4 keping roti celup telur.kenyang lagi ni ;) masa yang terluang meh layan You Tube,sebab nak cari video Shila Amzah yang katanya nyanyi sampai meremang bulu roma juri kat Asean Wave tu.okey dah jumpa... emm .. mungkin sebab aku pun memang minat lagu Adele,Set fire To The Rain maka meremang jugak la bulu roma bila Shila yang nyanyi.dia pun ada nyanyi Lagu Cina,tajuk Forever Love dan ada sorang amoi,nama Lau Wan Yin siap pakai kain batik dan berkebaya nyanyi lagu Siti Nurhaliza,Bukan Cinta Biasa.walaupun sebutan ada sedikit bunyi pelik tapi abaikan jelah..itu dah kira bagus dia boleh nyanyi dengan betul.ada kes yang lahir dan duduk Malaysia sampai tua pun tapi langsung tak tahu berbahasa Malaysia.aku rasa cina yang dengar Shila nyanyi pun akan kata ada sebutan yang tak betul.kan? bila tengok semua ni rasa macam 1Malaysia sangat kan?harmoni gitu...buat apa nak gaduh2. ni masa nyanyi lagu Set Fire To The Rain ...

RM di Baris Pertama SinarFM

HAI :) SELAMAT PAGI.. pagi ni entah kenapa mata macam ada gam uhu cap gajah duduk (eh!gajah duduk bukan kain pelikat ke?) .mungkin ini natijah kerana melayan drama korea malam tadi.dah la citer tu abis jam 1pagi pastu baru je nak lelap en abe baru balik keje,layan en abe borak sampai jam 2pagi.mana tak ngantuk.huhu mata ngantuk ker?jom kita layan radio.aku suka layan SinarFM sebab lagu-lagunya sedap ditelinga walaupun agak retro.zaman mak ayah aku ni tapi mungkin faktor umur,aku pun dah suka layan lagu-lagu macam ni.tapi itu tak bermakna aku tak layan lagu zaman sekarang.kan ke feveret aku adalah Yuna Zarai.hehe. peraduan dapat duit cash di Baris Pertama di SinarFM bersama Dj feveret aku,Abby Norfanaskova aka Kak Bed.perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..kan best kalau tengah-tengah bulan ni dapat duit cash selepuk rm3100.dahlah rasa lama sunggu tunggu gaji bulan ni,mana tidaknya sebab bulan lepas dapat gaji awal.tu pasal rasa lamaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat nak tunggu gaji bulan ni.oh ...

Umie,Adik Ajaa Nak Satu

tadi post pasal trench coat idaman aku,hehe.sekarang pulak terbekenan dengan gambar ni.comelnya coat yang anak blogger Chawanna ni pakai.berkenan pulak rasa hati.mana nak cari ni?ops..sekarang suka lepak blog Chawanna ni sebab suka tengok gambar percutian mereka yang super duper lawa itu ;) mungkin ada kat Universal Traveller ?emmm bape rm agaknya size kecik cenggini.kalau beli mahal-mahal pastu pakai sekali je mesti rugi kan?lainlah kalau ada baby lain menunggu ..hehe bye..dah 5.30 ready to go back tata

Excuse Me,Trench Coat Selai.. ;)

bila dilanda kebosanan..ginilah jadinya cik,bagi saya trench coat selai..extra cheese yer lawa kan? *sila angguk laju-laju*

Tanda-Tanda Anda Adalah Suami/Ayah Yang Bagus @ Tidak Bagus

hari ni buat keje sambil layan ceramah Ustaz Kazim kat You Tube.tajuknya 'Rumahku Syurgaku Volume1' .videonya amat panjang dan banyak yang beliau cakap tapi yang ini je buat aku tertarik nak share kepada lelaki,tanda anda adalah suami/ayah yang bagus ayah/suami yang bagus -bila anda outstation,anak dan isteri merindu anda. +ibu,ayah mana? -ayah kursus +bila ayah balik? -lagi 2 hari +ala...lamanya.rindu la ayah.tak best la ayah takde -kepulangan anda ke rumah disambut dengan gembira oleh anak/isteri dimuka pintu ayah/suami yang tak bagus -bila anda outstation,anak dan isteri bersorak riang anda takde kat rumah +ibu,ayah mana? -ayah kursus +bila balik?berapa hari kursus? -lagi 2 hari +ala kejapnya,kenapa tak kursus sebulan.lagi bagus -tiada siapa pun tunggu kepulangan anda dengan muka gembira kalau anak/isteri tak gembira bila anda dirumah..pasti ada sesuatu yang silap disitu.kenalah perbaiki dimana silapnya lagi contoh yang buat aku gelak ialah ...

Pengumuman Penting

ada sesapa dapat emel dari mawarni79 tak? ni nak bagitau..itu bukan aku yang hantar. aku pun tak tahu sapa tah yang 'berjaya menyamar jadi aku tu'. alkisah bermula pada tarikh yang sama aku tulis  entri 'Second MukaBuku Kena Locked' aku dapat emel dalam akaun emel pejabat emel tu datangnya dari akaun emel aku sendiri mawarni79@yahoo.com itu memang akaun emel aku dan emel tu jugak untuk akaun blog ni tapi aku jarang guna dan memang dah lama tak buka  tiba-tiba dapat emel dari diri sendiri tu aku tak senang duduk hari ke hari nak bukak akaun emel yahoo ni baru hari ni menjadi kenyataan mula-mula macam susah nak masuk tapi last-last dapat jugak masuk  ish..sebijik macam masa aku nak buka akaun FB tu ada notification kata ada percubaan untuk buka emel ni  bila ku belek-belek akaun tu banyak emel mengarut yang aku tak hantar tapi dihantar pada semua contact fren arghhhhhhhhhhhh gila la ;( pendekkan citer cuma nak bagitau...

Tips Menghafal Surah Lazim

macam tak percaya aku bagi tips *jom tepuk pengakap..pertama kali aku nak bagi tips ni..bukan senang tau* tips apa?jangan sebarangan bagi tips,nanti tak pasal2 kena cop ajaran sesat.hehe,gurau je.. okey ini dia tip menghafal surah lazim dalam muqaddam.korang ingat ke semua surah dalam ni?kalau tanya aku,surah pendek aku ingat lah.kalau panjang tu konfem ingat-ingat lupa ;)   aku pakai muqaddam ni..abam punya kaler merah gambar dari sini  tara....................inilah caranya -AJAR SENDIRI ANAK MENGAJI TAK PAYAH HANTAR PADA ORANG LAIN..tapi sebelum itu sediakan bahan-bahan asas iaitu 1-korang mestilah tahu mengaji dan tahu serba sikit hukum tajwid dan paling penting 2-sebakul kesabaran dengan mengajar sendiri anak mengaji,insya Allah..korang boleh mengingat surah-surah dalam Muqaddam itu.takdelah bila solat asyik ulang surah An-Nas dan surah Al-Ikhlas je (macam cakap kat diri sendiri pun ada.huhu) muqaddam belum abis lagi ni. harap2 khatam la sebelum h...

3 Hari Yang Padat Dengan Aktiviti Makan2

Morning u olls...Salam Syawal dah tamat,sekarang dah masuk bulan Zulkaedah. Boleh aku lupa hari ni hari Selasa.huhu...mati-mati ingat hari Isnin.dahlah malam tadi last episod drama korea,Bravo My Life aku lupa tengok sebab ingatkan hari Ahad.uwaaaaaaaaaaaaaaaa.bila member citer ending drama tu pagi tadi,aku cuma dapat bayangkan je macam mana ending watak2 dalam drama tu.aku harap dapat tengok ulangan nanti. Hari ni aku puasa ganti yang dah tinggal 2hari tu,konon nak bagi perut rehat sebab 3 hari cuti Sabtu,Ahad dan Isnin asyik makan je kerjanya. Sabtu  paginya sarapan kat PijaHut.punya banyak order sampai terpaksa tapau bawak balik.memnag nafsu sungguh la.dan petangnya patutnya pegi kenduri sorang kenalan dan dia jugak blogger tapi rasanya blog dah tak apdet lagi sebab aku cari blog dia tak jumpa.Aku kenal dia sebah dia penah menang dalam mini contest yang pertama kali aku buat.teka teki teka tekuk tu bertajuk Destinasi Percutian dan dia jawab dengan betul iaitu 'France'...