Skip to main content

Mula2 Suka,Lama2 Bosan

tak pastilah korang penah alami ke tidak perasaan macam aku rasa sekarang.kisahnya begini

-Dulu..aku suka sangat baca blog seseorang (nama dirahsiakan atas faktor keselamatan).kalau boleh nak suh dia apdet setiap 1 jam.hehe.sebab rasa cam best sangat baca blog dia.Walaupun apa yang dia tulis cuma benda biasa je pun

-Sekarang..aku tak masuk pun blog dia (kalau masuk pun mungkin sebulan sekali) sebabnya aku dah tak minat nak baca..semua yang dia tulis sekarang dah takde kisah dia..tapi cuma promosi produk semata-mata.

aku jeles ke?
ntah...(<_>)

Comments

Unknown said…
mungkin dia sedang mengumpul cerita2 menarik la irfa...
Jangan bosan baca entri kak zan ye irfa (macam le blog kz best sangat!)
nur anis said…
lama-lama bosan kan bila asyik promote produk je...
akuzle ayu said…
keh3.. pasir n pantai berubah. inikan plaks manusia..paham sesangat...kikikiki
NenetPenne (NP) said…
bukan blog kak net kan? katakan bukan!!! ha ha ha....

mcm tau je blog siapa tu... atau mungkin tak tahu tapi rasa mcm tahu...heeee
Yellow said…
Hah !! Sama la kat fb.... asyik2 nak pfomote SD2!!


Eh?? Aku lari tajuk
-Sara- said…
aah ade setengah org cmtu kan :)

hop blog tu bkn blog saya tau :D
Lady Windsor said…
Irfa
OOo ok..ingatkan blog saya. err tapi kalau irfa dah terjemu baca blog poyos saya pun...saya tak leh kata apa...hihi
Nick Nashram said…
maybe dia nak bukak kedai jual produk kot pasni..sbb tu dia promosi kat blog dulu..hehe
:: CIKVIVA :: said…
emm...macam tau je..apakah??
♥cikmOt♥ said…
Hurm..blog sy kah?mungkin idak...tkde produk nk pomot
Dr K said…
hahahaha..rasa macam baca Iklaneka kan? :P
ZieMarziah said…
Ok kompom bukan blog sy kan sbb sy xde mende pn nk promote..haha confident gila
Irfa said…
#kak zan..
sebenarnya saya lebih suka baca blog kisah empunya blog itu sendiri.bukan produk yang dijual ;)

#nur anis..
rasanya lebih baik dia asingkan blog niaga dgn personal blog.sbb akak cuma suka baca kisah dia ;)

#akuzle..
emm dah lama aku x gi pantai ;)

#kak net..
semestinya bukan blog kak net dan blog kak lw ;).tahu ke?emm tak kot.kalau tau buat x tahu jelah ye

#yellow..
aku jarang bukak Fb,so takde la kes nyampah dgn org duk tag jual barang

#sara..
ye,bukan semua.sebenarnya kalangan begitu tak ramai pun

#kak lw..
oh tak mungkin blog akak ;)

#nick..
emm mungkin la kot.agak2 kalau saya buat nanti mesti ada org nyampah
Irfa said…
#cik viva..
tahu?emmm ok..

#cik mot..
eh awak penah promote barang ke?rasanya takde kot

#DZ..
kita namakan dia blog iklaneka ;)

#zie marziah..
jap saya check :)
Mummy Sher said…
Salam

Alahai sayang janganlah cakap macam tu, apakah blog saya pun tersenarai macam tu..ohh tidakkkk!!

Harap awak suka singgah n baca blog kita yang entah apa2 tu..hehehe :)
Kak Mahh said…
Setiap blog ada kelebihan dan kekurangannya.
kujie said…
ini lah sebab utama kenapa jarang ambil job tulis review.... kita sendiri tak suka, kenapa kita nak org lain suka

duit bukan segalanya.... sesekali bolehlah supaya tak nampak ketara.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t