Skip to main content

Rajin @ Malas Je Membezakan

Sebenarnya aku bukan up to date sangat bab makan-makan ni.Bagi aku asal kenyang okey je.Sebab tu kalau bab beli aiskrim pun anak2 pandai bagi komen 'umie beli aiskrim sedap,tapi ayah beli aiskrim lagi sedap'.rasa nak nanges tak dengar statement tu?huhu..

yelah,aku kalau boleh beli aiskrim bekas besar rm5.99 sen (gambar monyet tu je) tapi kalau en abe beli haagen dazs @ wall's selection ke hapa namanya,yang reganya jauh beza dengan aiskrim cap monyet tu ada 3 perasa dalam satu bekas tu (perasa vanila,coklat dan stoberi dalam satu bekas kan jimat tu).

dan sekarang aku nak stori mori tentang 'kegilaan' blogger masak-masak yang buat aku jeles tahap gaban.telan air liur tengok diorang post resepi yang sekarang ni je aku baru kenal.dulu-dulu kecoh duk posting apam polkadot,pastu red velvet kek,datang pulak pavlova dan sekarang durian crepe.setakat ni pernah rasa red velvet kek dan durian crepe je tapi pavlova belum lagi.

Tadi saja la taip 'pavlova' kat YouTube..lahai,senang giler nak membuatnya..rajin ngan malas je yang membezakan.Pakai putih telur je dan sedikit bahan2 lain.

Durian crepe pun senang jugak.adunan kulit macam buat roti jala/lempeng je pun..letak durian sebagai intinya.wah ko,memanjang senang.buatnya tak pun

Emm..beli lagi senang kot.hulur je $$ terus boleh masuk mulut.hahaha (opss..tadi aku beli durian crepe rm10 ada 4 ketul..sebab kesian kat adik aku duk sebut tak penah makan durian crepe).

dalam bekasnya

buka je bekas,semerbak satu opis
tak tahan bau durian..nasib ko la labu
Senang kan?

Comments

ct cheery said…
beli kat mana?hehe..xrasa lagi..
*SiRibenMerah said…
hahaha.. sila masak masak...
NenetPenne (NP) said…
actually crepe durian, crepenya dibuat dari 7 jenis tepung kalu irfa nak, tunggu kita buat gath kat rumah kakLW then i bring u some to taste...

ice cream haagen daaz best, sara lee best, baskin robin pun best... dia punya taste tu memang lain habislah... tapi icecream tu memang mahal..untuk akak yang dok sorang memang berbaloi sangat membelinya....heeee
Unknown said…
Kalau anak 5 cam kz kena rajin2kan diri jugak irfa...bagus juga...kerana nak jimat,ibu mereka pandai (boleh tahan!) masak!
:: CIKVIVA :: said…
Bile nk beli eskrem baskin robbin yg rega rm74 tu....
Sedak la moknik buleh makan durian crepe....huhu
lyzaCR7 said…
Assalamualaikum..
Kita sama je... hehehe...
Unknown said…
Salam,
Tak boleh tengok lama2 sangat ..
sweetie said…
Aduh Irfa, maunya pengsan dalam ofis dgn bau durian... nama je glamor... 'durian crepe'... sebenanya benda ni dah lama wujud... ianya popular di kalangan orang2 cina... tp chef2 Melayu sudah membuatkan ianya jadi satu fenomena... Tp saya belum teringin lagi nak makan atau nak membuat crepe ni...
fieda said…
tak tau la bile dapat mkn durian crepe ni..
Irfa said…
#ct cheery..
ada kawan tlg belikan,jiran dia yg jual ;).

#siriben merah..
kena check kalendar bila free untuk acara masak2..hehe

#kak net..
ai like makan2 ;).
kat internet ada mcm2 resepi crepe ni.ada pakai 5 jenis tepung ada pakai smpai tujuh..pakai tepung gandum semata harus jadi lempeng je

#kak zan..
mmg pun..kalau anak ramai baik belajar buat sndiri.boleh makan sampai kenyang

#cikviva..
dia punya suka sampai sebut banyak kali.ni pun suh beli lagi..amboi

#lyza..
ye ke?meh sini..bagi 5 jari ;)
Irfa said…
#Uncle LF...
tgk je takpe..tak batal posa ;)

#sweetie..
saya makan durian dan juga tempoyak tapi kalau tak makan tiba2 bau durian boleh mual saya mual ;).mmg fenomena pun durian crepe ni..kita tunggu apa pulak lepas ni

#fieda..
dah ramai org jual..takat nak rasa tu beli je ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t