Skip to main content

Sabtu dan Ahad,Hari Gantung Periuk Kuali

~Salam~

Datang keje tadi jalan clear,pegi kafe pun takde adegan beratur panjang masa nak ambik makanan...hati rasa sikit pelik.Masuk opis pun banyak meja kosong,bos besar pun takde,pelik.Tapi bila kakak depan meja ni bersuara 'ramai orang cuti hari ni..kan best kalau kita cuti jugak,esok public holiday..sambung terus' sepantas kilat jeling kalendar atas meja.oooooooo patutlah,esok cuti umum-hari jadi Sultan Selangor rupanya.

Okey..meh kita bercerita kisah gantung periuk  dan kuali (Sabtu/Ahad) yang lepas.

Lepas Magrib hari jumaat tu kami dah pecut balik Cheras,adik ipar buat kenduri sikit sempena anak dara no2nya dapat result bagus dalam upsr yang lepas.Makan2 keluarga je..kami sampai masa orang dah start makan.elok lah tu,capai pinggan terus makan je sambil borak dengan sedara mara yang dah lama tak jumpa.Malam tu kami balik tido umah mil.

Sabtu..Majlis Pertama kat sini,Sangkot The Garden Wedding Place

Sangkot The Garden Wedding Place
sesuai untuk majlis seperti  bersanding,hari jadi dan juga hari keluarga


pelamin dalam taman
Sebenarnya,aku tak terlintas pun nak datang sini.Kebetulan masa kat umah mil tu..mil pun ajak kami ikut pegi kenduri kahwin anak kawan baiknya masa zaman duk berek polis kat Perak dulu,jam 12.00 tgh hari kami pun gerak dari rumah mil ke Dusun Tua.Nama tempat tu Sangkot (pelik kenapa namanya begini dan aku senyum bila ingat balik sebab mil asik tersalah sebut nama tempat tu.kejap Songkok kejap Songket.hehe).

Elok kami selesai makan(menu ala kampung.sedap jugak)..pengantin pun sampai..sempatlah tengok pengantin bersanding,cuaca tak panas sangat..okeylah

pengantin hari ini

sama cantik sama padan
pengantin perempuannya adalah anak kawan baik Mil


mil dan BFF,makcikNab
tu bukan nasyid ye..tengah baca doa ;)


atok bersama cucu2nya
kakak takde,dia ikut sil ke Baling.Kedah
nak jadi cerita,masa duk tengok pengantin tu aku terperasan satu pasangan biker tengah makan dalam khemah sama ngan kami.dalam hati aku tercakap 'pengantin ni mesti biker jugak,ntah2 diorang ni kawan kepada kak Z..(kak Z dan abang R adalah kenalan aku/en abe yang memang peminat motosikal berkuasa tinggi) tapi tak mungkinlah kot..sebab jauh sangat dari rumah diorang'elok aku abis cakap,si bikers pompuan tu berpaling..terkejut aku sebab itu adalah kak Z.alahai keciknya dunia.terus tegur dia dan dia pun terkejut sebab tak sangka jumpa kami kat sini.rupanya pengantin pompuan tu adalah kawan bikers diorang jugak.

pasangan bikers kakZ dan abangR
selesai makan dan salam ngan tuan rumah,kami pun mintak diri sebab ada satu lagi majlis kena pegi.Yang ni wajib pergi sebab majlis keluarga.

Majlis Ke 2,ini majlis meminang untuk sepupu en abe(sepupunya lelaki).rumah bakal tunangnya itu sebelah ngan Sunway Pyramid.pusing2 jugak cari rumahnya.Janjinya nak gerak lepas zohor dari rumah pakcik en abe.so kami yang dah lewat sebab ada kenduri lain  bagitau rombongan,yang kami akan terus ke rumah bakal tunang tu je..tak payah patah balik.Sekali..kami yang sampai awal diorang tak jugak sampai2..Lama jugak kami kena menunggu sebab nak cukupkan ahli rombongan.Yelah,kalau dah namanya rombongan meminang kenalah masuk rumah sama-sama.hehe

Lepas sesi berbalas pantun, dan sarung cincin,kami dijamu makan.Aku masih kenyang tapi jamahlah sikit..emm tak menyesal sebab menunya ada macam-macam.spageti seafood,roti jala.bihun,pulut durian,dan bermacam pencuci mulut.dah macam makan kat hotel pun ada.

fil dalam sesi berbalas pantun

senyuman bakal disarung cincin 
Ingatkan itu je,baru nak mintak diri disuruh tunggu sebab 2 bakul besar durian sedia menunggu depan pagar.alamak..mana nak sumbat ni?aku jamah seulas..dah takde ruang nak masuk

tu dia..sapa yang ada ruang lagi dalam perutnya,boleh isi dengan durian
aku dah mengaku kalah,layan seulas je
pukul 5.00 petang jugak barulah kami undur diri..itupun anak-anak dah ajak balik..tapi keta stuck tak boleh keluar dihalang oleh kereta lain..ejas punya ejas,dapat jugak keluar.Terus balik umah Sil sebab tujuan utama aku balik Cheras ialah nak tengok baby.

jap lagi aku tunjuk gambar 'ahli baru'.

Comments

isme_cv said…
ooo... kak zcn ke...emm..best tu naik moto..
Lady Windsor said…
banyak banyak nama, sangkot juga dipilihnya yer..hihi..karang ada yang dua kali sangkot...
Skull Writers said…
sepadan betul kedua mempelai :D


-Nico Robin-
kujie said…
wah..... rezekinya mewah

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...