Skip to main content

Selesai Sudah

aku keje
ramai jugak yang keje hari ni
agaknya sama kes dengan aku kot
cuti dah abis..hehe

semalam selesaikan persiapan anak2 nak masuk sekolah
ke Pasaraya Hari-Hari je pun

Untuk si Abam
-sepasang kasut dan 3 pasang stokin
-sepasang uniform baru

Untuk kakak lebih sikit
-sepasang uniform baru(kain,baju dan tudung)
-camisole(hehe.dah anak dara kenalah pakai) 
-sepasang seragam Puteri Islam

yang lain-lain pakai je mana ada
takkan setiap tahun nak beli serba baru
tapi anak-anak sangat memahami
kata si abam 'umie tak payahlah beli seluar.elok lagi seluar abam'

kata kakak 
'kasut kakak baru lagi.kakak nak beli baju baru je sebab dah singkat'
alhamdulillah..

Comments

azieazah said…
Ulang pakai atau recycle abang/kakak punya adalah suatu cara berjimat. Pergi sekolah untuk belajar, bukan nak bergaya pun. Pakai asal kemas bersih sudah memadai. Tapi biasanya, baju uniform sekolah memang mahal juga.
Dinas Aldi said…
Alhamdulillah, sejuk hati dapat anak2 macam tu :)
izawani said…
Yer... bagus jer. Akak beli banyak sebab baget 5 helai seminggu... jadi, mana mana yang dah kuning dan singkat, kena la ganti baru. Errr... apasal anak akak ni cepat tinggi ? Atau sebab akak beli baju kecik sangat ? Adoiii la... Si Hakimi tu pakai seluar tahun lepas dah singkat giler...
Cikgu Ma said…
alhamdulillah..anak2 memahami dan pandai ambil hati ummi dia ^_^
LYAfrina said…
klo y elok baik digunakan.. elakkan pembaziran kan.. lya lak..kali ni 1st time rasa pgalam buat psiapan sekolah anak..mmg eksited.. tp asya bru je tadika.. hihi
Unknown said…
itu lah rutin ibu bapa bila dekat2 nak buka sekolah...
Lady Windsor said…
sejuk hati kalau dengar anak cakap macam tu kan..untung irfa!
Mummy Sher said…
Alhamdulillah lega rasanya kalau dah settle semuanya. untung awak dapat anak macam tu..terharu juga..:)
Mulan said…
budak2 ni pon gitu jgk.. tak kisah pakai yg lama.. macam mak apak dia jgk sbb yg lama kain lembut lembik & sejok..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t